Monday, October 15, 2012

Aku rasa aku halimunan




Entah kenapa aku suka berseorangan. Mungkin aku ada depresi yang melampau sehingga aku rasakan orang sekeliling hanya merupakan ornamen dunia. Walaupun aku mempunyai ramai kawan. Ramai kenalan. Melepak selalu. Tapi entah kenapa aku lagi rela berseorangan.

Kadang kadang bila aku berseorangan, aku rasa tenang. Aku rasa dunia ini, aku yang punya. Aku keluar rumah rupa busuk, aku tidak peduli. Aku nak impress siapa? Tiada siapa. Tengok wayang seorang sudah norma aku.

Aku suka berseorangan. Naik bus rapid seorang diri, sambil mata meliar tengok luar. Masa bergerak tapi aku tak rasa. Aku suka berseorangan. Cucuk earfon. Bukak novel. Termenung. Berangan. Berangan aku merupakan seorang tuan puteri yang anggun. Tetapi terkurung di atas menara. Tanpa sesiapa.

Aku pasang lagu berlirikkan depresi. Berlatarkan tangisan. Bermusikkan rentak percubaan bunuh diri. Aku pandang lantai. Pandang tanah. Pandang jalan tar. Otak ligat berfikir, tapi fikiran yang gelap. Imej hitam.

Mungkin sebenarnya hati aku masih kosong. Kontang.

Mungkin aku sebenarnya halimunan. 

Mungkin aku sebenarnya lapar.

Mungkin.


6 comments:

Wadi AR said...

ko tak habis habis dengan lapaq

BESI BISU said...

Mungkun kau kena rejam dulu, baru kau tahu macam mana rasa jadi halimunan. haha.

Shafa Eman said...

Wadi : Kau pun sama kan. Haha.

Shafa Eman said...

Besi : Yang mintak di sembelih adalah ekau. Haha.

Fel said...

Jadi halimunan tu bagus. Tandanya kamu kebal.

Shafa Eman said...

Fel : Kebal dari godaan dunia. Kebal semua. Kecuali kelaparan.