Saturday, December 29, 2012

selamat tahun baru




Tahun baru sudah tiba. Marilah kita ramai ramai bikin resolusi baru.

Kerana aku yakin dengan resolusi tahun baru yang aku tanamkan dalam jiwa, nekad dengan hati yang kental, aku akan dapat turun 28kg dalam masa tiga bulan. Atau dapat promotion dalam kerja pertamaku lagi enam bulan.

Paling tidak, dengan resolusi yang sangat tekad tadi, aku akan bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi dan mulakan hari dengan lebih produktif tanpa menekan butang snooze.

Jom kita ramai ramai bukak facebook malam tahun baru. Naikkan status tentang countdown di tempat (masukkan tempat yang boleh check in FourSquare). Dan jangan lupa, tulis azam tahun baru aku dalam bentuk turutan dari 1 hingga 63. Kerana semua orang perlu tahu azam aku!

Tapi, kau tak percaya bikin azam baru? Oh, kau sungguh hipster. Tabik pada lu, dengan muka aidonggeevadem. Kalau macam tu, naikkan status klise ‘oh, aku tidak percaya pada azam kerana perubahan itu datang bila bila masa’

Deep. Sangat deep. Kemudian pasti dapat banyak like dan komen yang membina secara kritis dan kritik. Tahniah kerana anda mampu mengubahnya.

Ish, tak baik lah aku ni cerita pasal azam tahun baru. Ini semua konspirasi Yahudi. Patutnya kita berazam untuk berubah pada Awal Muharram. Maka, ini template aku sediakan untuk kesenangan aku nanti.

‘Daripada kita menaikkan status tentang tahun baru dan menyalurkan wang kepada Mark Zuckerberg untuk menjana para Zionis, adalah lebih elok jika kita diam sahaja’

Nahh, 50 like.

Jadi, marilah kita bikin/tak bikin resolusi baru pada tahun ini.

Dan resolusi aku ialah untuk tidak membikin satu resolusi pun.

Heh. Defeat the purpose nampak.

Selamat Tahun Baru semua.


ps. Saja post awal sebab takut tak sempat nak online. busy. FINALS !



Friday, December 28, 2012

malas nak fikir tajuk


Hari ini aku sangat bosan. Maka, aku pun buka facebook aku dengan harapan ada orang orang yang menaikkan status yang boleh bikin aku ketawa hentak hentak kaki tepuk tepuk lutut.

10 minit aku skrol ke bawah, tiada apa apa yang menarik.

Mana pergi klise jumaat yang sering di post kan oleh makwe makwe islamic sementara pukul 12.30 sehingga 2.30 petang semua?

Mana pergi abam abam yang selalu post gambar mereka memakai baju melayu dengan caption 'hanya ingin ke masjid untuk solat jumaat, tapi pakai macam nak nikah' semua? yang kemudiannya dibalas oleh makwe makwe islamic sementara tadi dengan komen 'macam ni lahh calon suami titeewww *wink wink'.

Mana pergi kakak kakak yang post kelegaan perut mereka selepas makan durian crepe yang di war war kan bagai sedap gila nak mam, walhal bila room mate aku beli, kami berdua hampir termuntah dan nyatanya sambal tempoyak lagi menyelerakan?

Mana pergi pasangan bercinta yang suka mengabdikan diri mereka 29jam sehari dengan menulis setiap bait bait cinta untuk santapan umum dengan gaya yang paling tomeyy tomeeyy sekali?

Selepas seketika, baru aku sedar.

Aku dah unfriend mereka. Semua !

Ahhhh, kini aku tiada lagi unsur hiburan. Tiada lagi bahan ketawa. Tiada lagi ceria di muka dengan selingan hembusan nafas heh bergabung dengan senyuman sinikal.

Ahhh, maafkan aku wahai rakan rakan yang telah di unfriend kan. Kerana baru sekarang aku sedar, tanpa anda semua, hidup aku kini tidak lagi ceria.



Wednesday, December 26, 2012

Introvert





INTROVERT.
Kau tahu apa itu introvert?
Kau tahu betapa beruntungnya kau ada kawan yang introvert?

Sebab mereka kawan yang paling setia.
Tapi hanya 25% sahaja atas bumi ni. Minoriti.

Kenapa? Pelik?
Itu alasan kau. Apa yang mereka buat melanggar norma, tapi tak pernah songsang.
Kau yang extrovert tak pernah menghargai mereka.

Kau mesti tak tahu ini, kan?
Dunia tanpa introverts akan menjadi satu dunia dengan sebilangan kecil saja:
saintis, pemuzik, artis, penyajak, pujangga,
pembuat filem, doktor, ahli matematik,
penulis, dan ahli falsafah.
Tak tahu kan?

Kau tak tahu kami yang introverts ni terima bertalu-talu tohmahan.
Kami didiskriminasi. Sering disalahanggap, disalah erti.

Bukan kami mahu semua pelik dan aneh tu.
Tapi itu fisiologi neurotransmitter kami.
Dopamin dalam otak kami melebihi kamu extroverts yang biasa.
Kami terlalu sensitif, selalu overdose dengan situasi.
Tapi kami masih dipersalahkan.
Tak seperti extroverts yang lebih pada adrenalin. Cergas, aktif, pantang dicabar.

Hal itu. Kami pilih untuk menyendiri, hidup dalam dunia kami.
Hidup terasing dari khalayak untuk bebas selagi mampu.
Walau masih didiskriminasi dengan cara kami sendiri.

Siapalah kami INTROVERT yang MINORITI ini....




Via : Axoneemy


Saturday, December 22, 2012

awek dan makwe




Awek.

Makwe.

Aku memang suka usha awek. Memang suka usha makwe.

Bukan.

Aku bukan lesbian. Walaupun aku pernah tersuka seorang pengkid.

Semalam aku duduk di stesen LRT Sri Rampai. Aku tidak pernah lagi jejak kaki ke (tak tahu uptown atau downtown) Gombak, jadi tempat ini memang sangat asing bagi aku. Aku sedang tunggu abang sedara menjemputku.

Sambil menunggu, aku niat nak habiskan buku Orhan Pamuk aku yang tak habis habis lagi, tapi entah kenapa, aku tak boleh stop usha awek makwe kat stesen LRT tu. Entah kenapa, aku asyik usha sahaja.

Aku yakin aku bukan lesbian, tapi ada sesuatu tentang awek makwe di kawasan sini yang bikin aku tak keruan, bikin aku tak lepas pandang. Lepas seorang, seorang lagi lalu. Haiihh.

Betul lah orang kata, jauh berjalan (jauh ke, Gombak dengan Puchong?) luas pemandangan.

Sekali lagi aku tertanya tanya, apa yang ada pada mereka yang bikin aku pandang tak berhenti?

Mungkinkah pakaian mereka yang bergaya?
Atau cara jalan dan postur mereka?
Atau keyakinan diri yang dipamerkan?

Tiba tiba aku rasa ada perlunya aku perhatikan diri sendiri. Selendang merah jambu, shirt purple, jaket denim, skirt labuh dan heels. Sekali pandang, memang hipster wannabe. Dengan novel di tangan, pen di jari, dan telinga di sumbat earphone, memang aku tak layak dibandingkan dengan mereka. Tak ada class.

Awek makwe itu semuanya berpakaian lagi dasyat dari aku. Mungkin dari kecil sudah biasa, atau mengikut peer pressure. Either way, aku cemburu dengan mereka. Cemburu.

Kerana mereka menutup aurat dengan sempurna.

Tiada mekap secalit pun, tudung labuh pin tepi, blouse longgar dan skirt comel yang labuh. Ada yang memakai sandal, malah ada yang memakai sneakers. Aku kagum. Mereka mampu bergaya sambil menutup aurat dengan sempurna.

Nak je aku berdiri, tegur sorang makwe dan berkata,

Tolong ajar aku tutup aurat dengan sempurna, please.

Tapi aku tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Kerana satu, aku ni pemalu. Dua, aku masih cintakan kasut tinggi dan gaya aku.

Haih tuhan, buka lah pintu hati aku. 



Saturday, December 8, 2012

kau sangat mulia


i.
Aku duduk menghadap ruang kosong
Merenung
Hati yang kosong
Tapi dengan akal yang ligat berfikir tentang apa yang kau tuturkan
Kau merendahkan darjat orang lain
Kau mengatakan tempat dia dan tempat kita berbeda
Ah, mulia kah engkau
Bila kau berkata begitu

ii.
Kau kata no offense
Tapi semua perkataan offensive kau lontarkan sewenang-wenangnya
Konon dengan niat tidak menghina
Tapi dalam niat itu kau rasa kau mulia dari mereka
Ah, aku tertawa dalam hati
Berfikir yang mereka yang kau rendahkan itu
Tidak mempunyai pemikiran secetek itu

iii.
Kau teruskan lagi dengar bahas istimewa
Mengatakan dia tiada masa depan yang cerah
Tiada apa tentang dia yang akan menjamin
Heh
Contoh terdekat pada kau sendiri
Yang kononnya awal hidup mewah tapi akhirnya jatuh juga kebawah
Tak sedarkah kau semua benda akan berubah

iv.
Kemudian kau alihkan dengan alasan iman
Imam muda yang kau impikan
Kau bikin aku tertawa riang
Kerana yang dekat dengan kau sendiri tidak pernah khatam
Kau kata dia tidak cukup ilmu
Apakah semua manusia memang begitu
Ah, kalau kita lebih semuanya
Malaikat lah kita

v.
Tiada peluang kau berikan
Sinis tuturan kau mempertikaikan usaha perubahan seseorang
Kononnya suku mereka tidak layak bersama kita
Sedih aku tengok mentaliti kau
Lebih rendah dari klise drama melayu
Heh
Kau tertawakan sinetron
Ingin sahaja aku hulurkan cermin untuk kau

vi.
Puas hati kau lakukan begini
Tapi janji aku akan tunjuk satu hari nanti
Kau dan kau salah menghakimi
Biar kau tahu malu, tahu tempat
Tahu mencari hati
Dalam diam aku, kau tidak menang sepenuhnya karena
Ianya dengan sendiri akan terbukti


Thursday, December 6, 2012

harapan


Aku dari dulu percaya yang kita sebagai manusia secara genetiknya memang suka benda yang cantik. Sama seperti homosapiens. Kita minat dan memuja manusia yang mempunyai rupa dan juga mempunyai bakat.

Kita mengidolakan mereka kerana entah mengapa ianya seperti memberi harapan kepada kita, yang mungkin satu hari nanti kita akan jadi seperti mereka.

Ianya bikin kita bahagia.

Semasa kecil, kita tidur dibawah poster pelakon yang kacak dan cantik, atlit sukan yang berjaya atau penyanyi yang berbakat. Dan sebelum tidur, kita berangan yang satu hari nanti kita akan mengecapi hidup yang penuh misteri dan berjaya seperti itu.

Bila sudah dewasa, poster itu tadi semuanya diturunkan dan diganti dengan jaringan muka depan kultur tabloid yang memberi ilusi si jutawan dan si dermawan. Masih lagi dengan harapan kita akan menjadi seperti mereka. Atau mengharap mereka jatuh dari tempat yang tinggi dengan sakitnya.

Tiada yang membatasi kepuasan hidup kita apabila melihat orang yang jatuh apabila kita di bawah. Lebih lebih lagi apabila kita rasa tidak puas.

Teori yang aku dapat hasilkan dari pemerhatian aku ialah ini semua merupakan permainan. Permainan genetik. DNA. Tak kira di mana kita, atas atau bawah, sederhana atau kaya, kita memang pentingkan survival.

Kewujudan homosapien yang superior dianggap sebagai ancaman.

Jadi mereka yang tadi kita anggap sebagai pemberi harapan, kini jatuh ke bawah, kita rasakan seperti : oh, mereka juga manusia biasa. Tiada yang istimewa.

Memberi harapan yang kononnya kita mampu juga menjadi seperti mereka. Jika mereka mampu untuk jatuh ke bawah seperti kita.

Pendek kata, harapan my ass.