Saturday, September 29, 2012

#19 Hero


Si jaka memandangku.
Lalu bertanya.
“Kalau kau boleh menjadi hero kepada seseorang,
Siapakah kau akan baktikan diri?"

Aku terkedu.
Tidak tahu ingin menjawab apa.
Lantas hanya menuturkan kata tanpa berfikir.
“Entah, kalau aku mampu. Aku akan menjadi hero kepada satu dunia.”

Si jaka tersenyum.

Aku bertanya mengapa.

“Kalau aku, aku akan menjadi hero mu.”
Jawabnya sebelum terbang jauh meninggalkan ku.

Ini kisah setahun lalu.
Rupanya setahun kau tunggu.
Sebelum kita bersatu.

Bodohnya aku.

Sunday, September 23, 2012

#18 Jam

Kalau aku dapat memutar kembali masa ke zaman lampau, aku akan kembali ke tarikh 16 Ogos 2011, tarikh perkenalan kita. Tarikh mulanya babak kisah kita. Tarikh aku jatuh cinta.
Entah kenapa, walaupun aku tidak pernah menatapi matamu, aku dapat rasakan renungan matamu menusuk terus kedalam hatiku. Dan entah kenapa juga, tanpa sebarang kata kau dapat menyakinkan aku dengan ketelusanmu.
Tahun yang paling bahagia untukku, tahun yang terisi dengan memori manis, tahun yang dipenuhi dengan kenangan indah antara kita.
Aku suka apabila kau sentiasa memegang tanganku. Tidak pernah lepas dari genggamanmu.
Aku suka apabila kau benarkan aku mengelus mukamu. Membenarkan aku merasai raut wajahmu. Kacak. Sungguh.
Aku suka apabila kau menasihatiku. Kau kata lihatlah dunia dengan cara yang berbeza. Jangan di lihat dengan mata tetapi tidak menggunakan hati untuk menilai. Rugi. Living life without living.
Kau hadiahkan aku jam tangan. Kau tahu bukan, yang aku tidak perlukan jam. Tetapi kau kata juga, ini satu-satunya pemberian yang boleh aku bawa kemana-mana. Kau kata nak beli emas, tak mampu. Berdekeh kau ketawa. Kata kau lagi, satu hari nanti aku akan mampu melihat jam itu, teringat akan semua memori antara kita dan tersenyum panjang. Aku tersenyum, hanya memakai jam tangan itu dengan setia.
Enam bulan aku kenal kau. Sepanjang itu kau layan aku dengan baik. Aku letak harapan yang tinggi dengan kau. Aku yakin yang kau adalah cinta pertama aku. Dengan harapan, cinta terakhir aku juga.
Tetapi kau penipu. Sepanjang kita berkenalan, kau tipu aku. Aku tak sangka kita akan berpisah sebegini rupa. Kau kata kau sayang aku. Kau kata kau tak akan tinggalkan aku.
Tidakku jangka, perkenalan sepanjang enam bulan ini hanyalah masa untuk kau merasai dunia setelah dua tahun menghidap penyakit leukemia.
Kini, aku berdiri di kalangan Jemaah. Mengiringi mu ke tempat bersemadi.  Aku berjalan bersama adikku, memakai cermin mata hitam dan jam tangan pemberian kau. Berjalan mengikuti ketukan perlahan bertongkat pengganti deria.
Kau tinggalkan aku tanpa aku sempat melihat wajahmu. Hanya jam tangan pemberianmu menjadi temanku. Meskipun aku tidak mampu untuk menentukan waktu.
Selamat tinggal sayang. InsyaAllah aku akan dapat menatap mukamu. Disana.  


Wednesday, September 19, 2012

# 17 Berger ayam spesel.



Hari ini entri sedikit personal.
Sedikit emosional.
Sedikit *mohon ampun bahasa vulgar* sial.

Perkenalan antara dua darjat
Yang membedakan kau dan aku
Apa hak untuk kau memperlekehkan
Apa hak untuk kau berprejudis

Mungkin sebenarnya
Ku mahu percaya
Yang kau berbeda dengan yang lain
Yang kau boleh menerima dengan rendah diri

Aku silap kerana membiarkan
Aku tak mampu menahan rasa
Kau bikin aku sakit pabila keluarga dipermainkan
Hati dipijak henyak ditendang dicaci maki

Darjat dipergunakan duit yang ada
Ingatlah brader satu perkara
Lagi tinggi kau berdiri
Lagi sakit kau jatuh nanti

Aku yang bodoh bangang
Bertahan berkawan dengan kau
Lalu bagaimana aku habiskan kisah
Meninggalkan kau dalam rela

Di pondok kita kenal
Di tempat aku beli berger ayam sial


Wednesday, September 12, 2012

Ampunkan aku kerana

1. Dah lama tak update entri. Untuk pengetahuan semua, masa untuk aku mengumpul duit membeli laptop baru setelah hilang diambil orang sangatlah lama gila nak mam!!!

2. Meninggalkan janji dengan Perewa tentang #21harimaintulisankreatif yang kini menjadi #21harimaintulisankreatif + sebulan.

3. Tak ada usaha untuk update entri awal awal inform semua yang laptop aku kena curikkk ~!!

4. Aku dah naik 5 kilo sejak kerja part time kat Tutti Frutti. Terima kasih !!