Monday, May 26, 2014

Ini cerita horror


Semalam aku pergi main futsal. Main kena paksa dengan boss tapi aku suka juga. Pasal kasut aku beli untuk jogging lima tahun lepas macam kasut baru keluar stock kelmarin kat Nike. Dah 4 minggu training dan semalam game pertama aku. Lawan department lain.


Dan sememangnya berpeluh peluh aku berlari ke sana sini sambil bersorak untuk pemain utama. Aku pemain simpanan yang paling semangat sekali. Peluh tidak berhenti, kaki sudah penat dan air 100 plus sponsor habis aku pass pada pemain utama.

Sedang aku berlari, aku jatuh terlanggar bola tidak bergerak, melantun ke depan terhantuk tiang dan kaki tersangkut di bawah kerusi sebelum seorang lelaki terpijak kaki aku. Teruk. Kaki aku tulang mungkin retak. Seperti biasa, kerana aku hanya manusia yang lemah di sisi Allah, aku menjerit. Sekuatnya.

Kelam kabut kawan kawan bawa ke hospital kerana mungkin masing masing tak terfikir nak telefon ambulance. Hospital Tropicana Medical Centre yang paling dekat sekali. Sebab office aku kaya, main futsal pun kat Sports Planet Kota Damansara.

Semasa di hospital, aku tunggu seorang diri kerana yang lain tidak dibenarkan masuk. Jam di dinding sudah 1.00 pagi. Memang macam tu kan orang main futsal tengah malam. Hospital sunyi. Tiada sesiapa. Kedengaran bunyi jarum saat bergerak.

Tik.

Tik.

Tik.

Masuk seorang doktor lelaki. Jambang tidak terurus. Senyum sedikit sebelum duduk. Tidak berkata sepatah langsung. Aku telan air liur. Dia angkat kaki aku. Dan belek. Aku tak kata kaki mana yang kena pijak pun. Mana dia tahu kaki itu? Ntah. Mungkin dia hebat sebab aku tengok pada dinding biliknya ada certificate MD. Aku ada degree je. Jadi aku tak pertikaikan.

Tangan dia sangat sejuk. Lagi sejuk dari Subway Melt Sandwich yang aku tertinggal dalam kereta masa beli untuk breakfast tadi. Dia belek lagi. Tekan tekan pakai ibu jari. Masih lagi tidak bersuara. Aku cuba bertanya tentang kaki tapi dia hanya menjeling ke atas dan pandang aku tanda suruh shadap.

Dia mula ambil jarum untuk menyuntik bius. Mungkin. Aku pun tak pasti. Tapi iya rasanya pasal lepas beberapa minit kaki aku mula rasa kebas dan lama lama tidak rasa langsung. Dia tolak badan aku perlahan tanda suruh baring. Aku ikut kan sahaja tanpa ragu. Sebab dia ada certificate MD di dinding.

Dia keluar sekejap. Aku masa tu tengah bosan jadi mata mula meliar. Tiba tiba aku nampak barang barang pembedahan di atas kaunter sebelah sinki. Kenapa tadi tak perasan? Ntah. 

Tapi yang pasti sekarang aku nampak segala alatan untuk pembedahan. Aku tak tahu apa nama tapi sama yang macam kita nampak dalam cerita CSI atau Scrubs. Silap. Bukan. Macam kita nampak dalam cerita horror mainstream yang klisenya pesakit kena bedah ginjal yang sebelumnya di kebaskan dengan ais dalam tab.

Aku cuak. Aku nak lari keluar, atau panggil kawan kawan aku. Tapi, kan kaki aku dah kebas. Macam mana nak lari? Nak jerit pun tak boleh pasal hospital kan tempat senyap. Jadi aku tunggu dan berdoa supaya tak jadi apa apa.

Doktor tadi masuk kembali. Kali ini dia tersenyum. Lebih kepada sinis. Seriau aku. Meremang bulu roma. Dia duduk menghadap dan senyum lagi. Baru aku perasan mata dia seperti tiada nyawa. Seperti orang yang tidak tidur lama.

Dia pergi ke kaunter dan mula menyusun peralatan. Mengambil sesuatu dan hulur kepada aku.

Aku mengambil dan lihat. Berderau darah aku. Blood pressure meningkat. X-ray yang menunjukkan tulang aku retak dan bil sebanyak RM 500!

Dia tersenyum lagi dan berkata “lain kali beli insuran”.

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p.s. kaki aku tak sakit pun. ini cerita dongeng. cukup bagi kalian tak tidur malam.