Wednesday, July 25, 2012

#16 Cinta pertama


Aku belum rasa
Aku dah pernah utarakan hal ini
Mungkin aku perlu utarakan sekali lagi

Cinta
Perkara yang aku tahu
Perlu abadi sehingga mati
Belum pernah aku ungkapkan
Dan tak mungkin sewenang wenangnya

Aku tunggu
Tunggu hingga tiba masa
Aku diijab kabulkan
Aku di akad nikah kan
Sehingga aku sah menjadi milik

Akan aku abdikan diri aku kepadanya
Pergi mati siapa kata
Dia dah rasa cinta pertama

Bagi aku
Cinta pertama
Harus menjadi hak mutlak

Sang suami
Pemilik tulang rusuk kiriku
Pemilik cinta pertamaku



#15 kahwin muda

Bila orang sebut kahwin muda mesti orang kata
Baguslah, elak maksiat
Banyak duit dia mesti guna duit ibu bapa
Sabarlah, tak puas lagi enjoy life

Bila orang sebut kahwin tua mesti orang kata
Tu mesti kahwin dengan laki orang
Boleh terima ke anak tiri tu
Jangan dia nak mengikis harta dah lah


Mulut manusia aku paling tak faham
Bila boleh tutup

 
 

Tuesday, July 24, 2012

#14 fail peribadi


diri sendiri bila dipuji
melambung naik berbangga keji
terlupa dosa terlupa Ilahi
yang penting sendiri lain tak peduli

ada juga yang terasa dirinya rendah
dipijak henyak ditendang patah
menginjak dewasa semakin mentah
dibuli dimaki orang bersepah sepah

fail peribadi
hanya tuhan sahaja mengerti


Monday, July 23, 2012

#13 Puasa

Entri lambat tentang puasa. Dah hari ketiga baru up tajuk begini.


Yang aku perasan semasa bulan puasa, terdapat beberapa klise yang aku perhatikan.

1. Kawan non muslim sibuk cover cover makan dalam office sebab takot kami offended tapi kawan muslim yang terang terang pergi clubbing minum air setan selamba tak puasa makan sekali dengan non muslim tadi.

2. Tiga puluh minit nak berbuka puasa, berlambak gambar taken by instagram diberitahu satu dunia berbuka makan mahal atau masak sendiri. Macam orang Somalia yang tak pernah makan sebelum ni. Tapi, orang Somalia pun takde fesbuk nak up gambar macam bangang.

3. Pergi bazaar ramadhan niat nak beli kuih pelita dua ringgit je tapi ended up bawak balik sepuluh plastik makanan yang tak habis kononnya esok nak buat sahur tapi bila sahur minum air je sebab mengantuk gila.

4. Pelbagai ustaz dan ustazah lantik sendiri dengan menggunakan petikan hadis yang dikopipes dari status orang lain yang juga merupakan ustaz dan ustazah lantik sendiri.

5. Traffic jam yang selalunya mula pukul 5.30 petang kini bermula pukul 4.30 petang.

6. Tiada perbezaan perangai dan juga tingkah laku umat Islam dalam bulan mulia ini. Puasa tapi mulut masih mengumpat, mencarut, middle finger dan mata masih lagi menonton sinetron yang membazir masa.

7. Pergi iftar dekat masjid ada dalam 14 saf tapi time terawikh tinggal dua saf.

8. Penjualan air tawar yang sangat laku di bazaar masih dijual keesokan harinya. Dan masih tawar.

9. Penjualan baju raya semakin meningkat dan walaupun setan di ikat seketat-ketatnya, kakak-kakak masih membazir membeli pakaian yang mahal stok rupa mak ngoh dan hanya pakai setahun sekali.

10. Akhir sekali, bila menginjak dewasa perasaan puasa itu tiada feelnya lagi sebab dah biasa dan tahu hukum dosa tak boleh minum curi curi dalam toilet lagi macam time kecik kecik dulu.


Walaupun klise klise ini wujud, masih ada lagi umat Islam yang betul-betul menyambut Ramadhan yang Mubarak ini. Klise ini hanya untuk santapan kebosanan anda yang tidak boleh makan. Kepada yang menyambut Ramadhan dengan menghayatinya, Alhamdulillah. Kepada yang tidak, moh le kita sama-sama berubah. Yess, aku pun sama cam korang. Haha.


Salam Ramadhan.



Kasut crocs

Pergi pasar dengan adik aku umur 10 tahun.

Adik : Lama tak pakai crocs. Mulai hari ini, adik nak panggil kasut adik ni. .cock.
Aku : Eeii ada ke panggil camtu.
Adik : Kenapa takleh?

Aku : Err *diam terus malas jawab.

Di pasar.

Adik : KAAAKKKKK!!!
Aku : Kenapa dik?
Adik : Cock adik berpeluh-peluh.
Aku : Shhhhh -.-'





Adikk ! Tolong lah !


Sunday, July 22, 2012

#12 Sepuluh ribu




Sebanyak itu aku ucap
Aku sayang
Aku rindu
Aku kasih

Sebanyak itu kau balas
Kau sayang
Kau rindu
Kau kasih

Tapi kini kau jauh
Sebanyak itu jarak kita
Jauh dari aku


Sebanyak itu aku panjat
Doa untuk kau
Doa untuk aku

Supaya jauh kau dan aku
Didekatkan dengan halal
Amin



#11 Keluarga


Mana pergi kau bila aku susah
Mana pergi kau bila aku senang

Kau duduk kat sana
Perhati dari jauh
Senyum bila perlu
Nangis tak sedu

Ada orang beruntung
Dapat kau yang menjaga
Dapat kau yang mengasihani

Yang aku pelik
Mereka sentiasa kata
Kau teruk kau penyibuk

Oi orang yang beruntung
Dapat kau yang masak bila penat kerja
Dapat kau yang bagi ubat bila demam
Dapat kau yang selimutkan malam malam

Nak tukar dengan aku tak
Nak tukar dengan aku yang takde kau
Tukar dengan kau yang kini
Jauh secara fizikal
Jauh secara rohani

Itu masalah mereka
Bebal bodoh bangang
Dapat kau yang berkorban
Masa tenaga uang dan perasaan
Tapi di sia siakan

Aku sanggup lakukan apa saja
Untuk dapat kau
Yang orang lain
Lepas pandang

Satu hari bila mereka hilang kau
Aku harap mereka sedar
Kau penyuntik kehidupan mereka
Bukan si pembebel melimpah kasih



Saturday, July 21, 2012

#10 “pen merah pen biru, u marah I love u”, rasha tersenyum baca kata akhir di surat itu. Tiba2 kedengaran suara dari depan rumah…..(sila sambung dan tak lebih dari 100 patah perkataan)


“Pen merah pen biru. You marah I love you.” Rasha tersenyum baca kata akhir di surat itu. Tibe tibe kedengaran suara di depan rumahnya.

“Woii! Bukak pintu rumah kau!!” Jerit seorang gadis seakan histeria.

Rasha lantas membuka pintu rumahnya dan meluru seorang gadis kenit masuk melanggar bahunya.

“Kau rampas boyfriend aku!!” jerit gadis kenit itu sebelum Rasha dicucuk bertalu-talu di bahagian perut. Darah membuak-buak keluar, isi perut seakan hancur. Gadis kenit itu berterusan mencucuk dengan penuh amarah.

Cucuk.

Cucuk.

Cucuk.

Dengan pen merah. Pen biru.



Wednesday, July 18, 2012

#8 Hitam


Aku menghentak jam locengku. Pening pagi-pagi dengar bunyi bising. Malam semalam selepas puas berjimba, aku tertidur dengan nyenyak. Badanku masih lagi berbau arak dan kepalaku berat berpusing dengan hang over.

Aku berpusing dan menghadap ke kanan. Tanganku terasa kehangatan. Aku tersedar dari mamai dan seorang gadis sedang tidur dengan lena. Bertelanjang. Aku mengangkat selimut dan memerhati sesusuk tubuh yang ramping, punggung yang mungil, kaki yang panjang dan apabila dia pusing, mencanak buah dada yang ranum membuatku tersenyum.

Aku bangun dari katil lantas mencapai boxer di atas lantai. Selepas ke tandas untuk rutin harian, aku mengejutkan gadis tersebut. Sambil menguap, dia tersenyum kepadaku dan menyelimutkan badannya dan ke tandas juga. Bagai sudah biasa dengan kondisi apartmenku.

“Hi Shaun. I see you make some coffee. Have extra for me?” tegur gadis itu selepas keluar dari tandas. Pakaiannya ketat berwarna putih menampakkan susuk tubuhnya yang menggiurkan. Aku menelan air liur. Tipu jika aku katakan, darah lelaki aku tidak meruap ke anggota kesayangan.

“Yeahh, I make a pot of coffee but in case if you don’t like them, there’s some juice inside the fridge,”

Gadis itu tersenyum dan duduk dihadapanku. Mencapai cawan dan menuang kopi panas. Sambil meniup cawan yang berada di bibir mungilnya, aku tertarik untuk menanya soalan yang jarang ditanya kepada one night stand.

“I’m sorry, usually I don’t ask this question. But, what is your name?”

“I’m Kady. And I should leave now since it’s morning already.” Dengan hanya menghirup sekali, dia mencapai tas tangan namun terjatuh dari meja dan terburai segala isi di atas lantai.

Segera aku membantu mengutip barangannya dan mataku tertancap pada sekeping kad berwarna biru.

Siti Khadijah Binti Husaini

“I know. I’m a muslim. But it’s only in my identification card. What’s in a name right my dear,” Kady berkata dengan tertawa mersik sebelum menghala ke arah pintu.


"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).




#7 Nescafe


Aku sedang duduk di Starbucks dan minum Machiatto kegemaranku. Sedangku sedap minum menggunakan wifi free, tibe tibe sebuah portal terbuka di depanku. Keluar seekor raksasa berbulu dan anak jin yang menyeringai memandangku.

Hodoh gila.

Si raksasa berbulu itu datang duduk dihadapanku dan tersenyum. Tangan dihulurkan dan aku tidak menyambut. Bukan mahram, maka haraamm. Raksasa berbulu itu mengenalkan dirinya sebagai Pai. Aku tersenyum dan mengangguk walaupun hairan bagaimana raksasa itu berbahasa melayu.

“Sedap Machiatto kau minum itu?” tanya Pai kepadaku.

“Sedap lah jugak, walaupun mahal nak mampus. Tapi aku ni hidup nak up je, bese lah. Duduk Key Ell.” balasku dengan lagak biar-papa-asal-gaya-ada.

“Ouh, kau tahu dari mana asal usul air ini?” tanya Pai kepadaku.

“Errr, dari US kot.” Balasku acuh tak acuh.

“Meh aku tunjuk kat kau, dari mana asalnya air ni semua.” Secara tibe tibe efek slow motion berlaku disekelilingku dan aku ibarat dibawa ke portal yang berbeza.

Pai menceritakan tentang IFOK.

Setelah aku melihat semuanya, Pai membawa kembali aku ke Starbucks. Aku melihat Machiatto tanpa selera sebelum muntah darah. Celaka! Lepas ni aku nak minum Nescafe je.

Thursday, July 12, 2012

#3 Hindustan

Cakap
Ayat bunga

Cakap
Serius nada

Cakap
Lawak gila

- Lagu -

Lari
Pusing pusing

Lari
Guling guling

Lari
Loncat loncat

- Lagu -

Berhenti
Camera rolling

Berhenti
Manusia lain perhati

Berhenti
Lagu berkumandang

- Lagu -

Gaduh
Bangun semula

Gaduh
Takde luka

Gaduh
Dapat wanita

- Lagu -

Tiga jam

End



(Gambar sengaja buat korang rasa nak tengok Khabi Kushi Khabi Gham)

Tak sangka aku akan up entri pasal hindustan. Koh koh

 

Entri Perewa



Wednesday, July 11, 2012

#2 Minyak gamat

Jatuh? Biarkan. Tangis? Shaddap you.

Ini adalah norma hidup Ah Tan semasa kecil tiada yang menjaga. Ibunya, sibuk bermahjong. Ayahnya? Tak jumpa sejak World War Two. Kata ibu, ayah seorang perajurit yang tumpas di Thailand. Tumpas di tangan pembedahan plastik bapok lorong.

Ah Tan anak yang baik. Sentiasa siapkan kerja sekolah, tak pernah main lumpur dan menjaga basikal dengan baik. Tetapi ibu selalu marah dia. Tak pernah berpuas hati dengannya.

Ada satu hari, Ah Tan main batu seremban. Ibu rampas kata jangan kawan dengan orang melayu.

Ada satu hari, Ah Tan balik menangis sebab jatuh basikal. Ibu memaki kerana dia mengoyakkan seluar.

Ada satu hari, Ah Tan dapat markah paling tinggi dalam kelas. Ibu kata heh, baru tadika.

Ada satu hari, Ah Tan menang pertandingan sains. Ibu gelak suruh buang kacang hijau dalam tong sampah.

Ah Tan mintak ibu ajar buat puisi. Minggu depan, ada pertandingan deklamasi. Tapi ibu tak layan. Lama-lama Ah Tan fed up. Malas nak berbangga dengan pencapaiannya kepada ibu. Biar ibu main mahjong. Biar ibu dengan kawan cina bukitnya yang rambut kerinting mekap opera. Maka Ah Tan pun naik basikal, kayuh laju laju pergi rumah cikgu Nora nak mintak tolong.

Dalam perjalanan ke rumah cikgu Nora, Ah Tan terjatuh basikal lagi. Selalunya calar biasa tapi hari ini masuk longkang. Basah Ah Tan. Tapi Ah Tan bangun balik dan terus kayuh. Tibe tibe hujan. Memang terbaik ah hari Ah Tan.

Setibanya dirumah cikgu Nora, Ah Tan menggegar pagar kuat-kuat. Cikgu Nora keluar. Melihat Ah Tan seorang diri basah kuyup, cikgu Nora suruh Ah Tan masuk cepat cepat.

“Ehh, Ah Tan! Kenapa kotor baju?”

“Saya jatuh basikal cikgu, masuk longkang tadi.”

“Lahhh, Ah Tan jatuh masuk longkang. So Ah Tan bin apa?” soal cikgu Nora.

Bin apa? Ligat kepala Ah Tan fikir. Ah Tan mana pernah solat. Bukan anak Islam. Kenapa cikgu Nora tanya macam tu? Ah Tan geleng kepala, tanda tidak faham.

“Ah Tan benjol lahh. Hihi,” buat lawak bodoh rupanya cikgu Nora. Celaka.

Ah Tan terpana. Entah kenapa, dia merasakan dirinya tenang. Ah Tan bin apa. Heh. Soalan yang sama berulang. Abaikan. Ah Tan baru 12 tahun. Belum mimpi basah lagi. Ah Tan melihat keliling rumah cikgu Nora. Banyak corak melingkar-lingkar di dinding yang di frame kan.

“Meh cikgu sapu minyak gamat kat kepala kamu,” cikgu Nora menarik lembut tangan Ah Tan dan menyapu minyak gamat di atas benjolannya. Ah Tan terharu, kerana ibu tak pernah layan sebegini.

Ah Tan bin apa. Soalan itu bermain-main lagi.



“Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah”
Surah Maryam 19:76



 
Klik sini untuk Perewa punya entri tajuk minyak gamat
 

Tuesday, July 10, 2012

#1 Tikus

Dua minggu lepas, tikus aku mati. Setelah menjaganya selama hampir lapan bulan, bila malaikat Izrail datang memanggil, aku tak boleh cakap apa selain innalillah kepada tikus ku.

Selepas mengebumikan tikus, aku tidur bersendirian di dalam bilik. Tiada lagi bunyi decitan manjanya, bunyi roda mainan berputar, tiada lagi jeritan selamat malam dariku. Aku terasa sedih dan sunyi kerana malamku hanya kedengaran desiran angin dari penghawa dingin.

Seminggu selepas kematian tikus, aku membeli lagi dua ekor di kedai binatang peliharaan yang diberikan nama ‘tikus’ juga. Mudah sungguh memanggil nama mereka. Seperti kucing belaanku, aku hanya memanggil kucing. Serupa.

Malam malam aku dihiasi dengan bunyi decitan tikus-tikus baruku. Aku sangat bahagia, mempunyai teman baru. Seronok bermain bersama. Hampir aku terlupa tikus yang pertama.

Tetapi semalam, aku mimpi tikus datang kembali. Datang naik ke atas katil. Tikus memandangku dengan muka yang sedih bagai merajuk. Aku dapat membayangkan, jika tikus mampu berkata-kata, pasti dia akan mempertikaikan kesanggupan diriku menggantikan dirinya.

Aku hanya mampu membalas dengan senyuman hambar. Meminta maaf darinya tetapi setiap orang haruslah maju ke hadapan. Bukan sangkut di masa lampau. Dengan itu, tikus hilang secara efek sci-fi hologram dari pandanganku.

Esok pagi, aku bangun dari tidur. Aku pergi ke sangkar tikus-tikus baru. Aku terkejut melihat dalam sangkar tersebut. Sungguh terkejut sehingga aku tidak mampu untuk menjerit.

Seekor tikus baru aku sudah mati. Bukan sahaja mati, tetapi seperti dilapah oleh binatang lain. Segala bulu bersepah didalam sangkar, isi perutnya hilang dan hanya tinggal tulang halus. Aku mencari seekor lagi. Hanya rentetan darah yang berada di atas lantai menjadi bukti.

Aku mengikut seretan darah di atas lantai yang kemudiannya menuju ke pintu hadapan rumahku. Ini mesti kerja kucing. Arghh! Aku masih lagi berjalan, kini aku di luar rumah. Berjalan terus sehingga kesan darah itu berhenti.



Di depan tempat tikus pertama bersemadi.

 

Klik sini untuk baca Perewa punya

Monday, July 9, 2012

#21harimaintulisankreatif

Ini bukan surat formal.

Surat ini aku tulis sebagai balasan kepada Perewa Junior, di mana dia mengajak aku untuk bermain satu permainan bersama sama. Ye, aku tahu Perewa lelaki sebab itu sebelum dia ajak aku bermain bersama, aku tanya mak aku dulu. Mak kata boleh.

Ke hadapan saudara Perewa,

Assalamualaikum. Terima kasih atas surat yang diutuskan kepada saya tempoh hari. Apa khabar di sana? Terasa janggal pula menggunakan 'saya'. Koh koh.

Tujuan saya membalas surat ini adalah ingin menyatakan saya menerima sahutan permainan yang dipelawa tempoh hari. Bagi pembaca yang mencuri baca surat ini juga, mari aku terangkan permainan ini serba sedikit.

Perewa, tunggu sekejap.

Okay, kepada para pembaca. Tempoh hari saudara Perewa telah mengajak aku untuk bermain satu permainan yang dicipta untuk menyentak kreativiti, menggali imaginasi dan mengukir entri. Permainan ini dinamakan #21harimaintulisankreatif. Formatnya, kami akan come up with 21 theme setiap hari bermula dari esok sehingga 31 Julai. Yessss, memang mati aku.

To be fair, aku dan Perewa telah meletak sepatutnya lima syarat seorang darab dua menjadi sepuluh syarat, but ended up menjadi lima syarat keseluruhannya.

Dari Perewa,

1. Satu hari satu tema, dari satu tema boleh postkan lebih dari satu entri. Nak kata kreatif sangat la tu kononnya banyak idea.

2. Wajib update, punyai masa 3 hari bila tema sudah dikeluarkan. tapi bila sampai hari ketiga itu sudah ada 3 tema. pandai2 kejarlah ye. contoh esok akan keluar tema. lusa tak post entri, lusa juga ada tema baru. tulat baru nak post entri. tulat juga ada tema baru.. so ada 3 tema perlu post pada hari ketiga. Tapi bukankah tekanan itu adalah makanan orang kreatif? Terpulang, jangan tak jadi kerja sudah. Haha!

3. Semua entri itu perlu dipost pada wall FB teman yang bermain. Sebagai contoh, Shafa Eman perlu post di wall aku entri beliau. Supaya tak lepas pandang kekreatifan itu. Kiranya….haha!

Dari aku,

1. Setiap tema mesti berbeza genre. Contoh, jika dah guna pokok (nature) dilarang guna awan, langit, bunga, laut.

2. Setiap entri haruslah diupload terus tanpa minta pendapat sesiapa. Kes ni, kena jujur.

Jadi, itu sahaja syaratnya. Esok, kami akan mula dengan satu entri yang bertemakan, TIKUS. Kenapa? Jangan tanya.

Ouh sebelum aku terlupa, pembaca akan menjadi juri lantik sendiri, jadi kami sangat mengharapkan anda membaca dan komen sebaik-baiknya. Terimakasih ya!

Kembali kepada Perewa,

Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak banyak untuk pelawaan ini. Akan saya guna sebaik baiknya untuk mengasah otak supaya entri yang kita akan up kan selama 21 hari ini menjadi entri yang penuh kreativiti dan imaginasi.

Yang benar,

Si penggemar cabaran.

Saturday, July 7, 2012

Babi dan anjing

Apa tempat ini?

Aku sangat teruja.
Melihat manusia sini sana.
Berjalan jalan dengan anjing.
Berpelukan.
Berjilat jilatan.
Wow. Beraninya mereka!

Eh di sana pula.

Apa itu?
Comelnya aku tengok!
Lahh, babi rupanya.
Comel. Geram.
Kecik, merah jambu.

Em, budak kecik.

Apa kau buat?
Bagi babi tu makan apa?
Oh, makanannya ye.
Pandai kau jaga.
Padanlah gemuk babi tu.

Aku teruja.
Aku batak gila.

Tepi tepi jalan ada sinki.
Ada tanah kat tepi.
Signboard terang menulis.
Tempat samak.

Oooo. . .

Bulat mulutku.

Tapi, kenapa mereka semua.
Pandang pelik terhadapku?
Pandang jijik?
Seperti aku buat sesuatu yang buruk.
Sesuatu yang busuk.


Ish sayang. Lepaslah tangan kita.


Thursday, July 5, 2012

Nasihat si pipit

Semalam petang aku pulang dari kerja, aku berhenti sebentar di tasik tepi rumah. Sudah lama aku tidak menikmati keindahan alam sekitar. Cantik tasik lagi lagi menjelang senja. Aku memerhatikan kanak kanak yang sedang bermain bola bergelak tawa tanpa risau tentang masa depan.

Sedang aku mengelamun, datang seekor pipit hinggap di bahu ku. Dia memandangku dan membuat muka simpati.

“Kau kenapa?” tanyanya dalam bahasa burung yang aku fahami secara tiba tiba.

“Aku sedih. Minggu depan dia nak ajak aku keluar. Aku mana setanding dengan dia.” balas aku dengan fasih.

“Kenapa kau kata macam tu? Kamu berdua kan dari spesies yang sama. Manusia. Mempunyai akal mempunyai nafsu.” cicit si pipit di tepi telinga. Aku melibas dia sedikit, kerana rimas. Dia lantas turun ke tapak tanganku.

“Aku sedih sebab aku tak kaya macam dia. Aku tak lawa macam ex dia. Aku tak genius macam dia. Perbezaan kami terlalu berbeda. Aku malu. Aku segan.” Jawabku dengan keluhan yang berat.

“Tapi dia sudah memilih engkau untuk keluar dating bersama bukan? Jadi mengapa kau risau?” kata pipit.

“Sebab walaupun dia memilihku, masih ada orang yang berkata-kata tentang kami. Mengatakan kami tidak sesuai bersama,” keluhan ku semakin menjadi. Si pipit nak berang. Dia menampar mukaku dengan kuat.

“Hoi manusia. Dalam dunia ini takde benda yang mustahil. Percaya cakap aku. Kerana aku pernah lalui benda yang sama kau lalui. Dulu percintaan aku dan isteriku dicemuh orang. Setiap manusia yang belajar bahasa melayu tahu kisah cinta kami. Tapi aku biarkan. Aku ikut kata hati. Kini, isteriku sudah bertelur berkali-kali. Membawa zuriatku.” cerita si pipit dengan panjang.

Aku tersentap kerana ditampar. Tanganku lantas ingin memicit si pipit sehingga mati tetapi aku tidaklah setangkas Goku. Si pipit terbang di depan mukaku.

“Baiklah, hari sudah senja. Aku ingin balik bersama isteriku. Astalavista bebeh,” seru si pipit berterbangan tinggi.

Aku memerhatikan sahaja si pipit terbang. Bersama isterinya, si enggang.


Monday, July 2, 2012

Klise kata si penjiwang

Orang selalu kata

Kita susah lupa cinta pertama

Cinta yang buat kita angau gila
Cinta yang semuanya cantik dimata
Cinta yang lupa ibu bapa

Ahh, itu semua dusta

Entah kenapa
Aku belum lagi rasa

Apa itu CINTA
Mahal sebutan semahal nilainya
Tidak aku sebut sewenang wenangnya

Aku tak rasa sia sia
Tak pernah mengungkapkan kata

Walau sudah tukar pasangan mengikut masa
Walau habis duit, masa dan tenaga
Walau kerat jari mengubah rupa

Biarlah, aku halalkan semua

Ramai yang mengata
Aku mudah lupakan yang lama

Senang untukku mencari permata
Senang lagi mencari yang kaca
Senang tinggalkan jika rasa tak berguna

Bagiku, buat apa pura pura jika kasih sudah tiada

Aku bukan buaya betina
Cuma mencari yang sama jiwa

Tuhan kata cari solatnya sempurna
Tuhan kata iman mesti ada
Tuhan kata lelaki pemimpin keluarga

Adakah kali ini aku sudah jumpa

Mungkin ini semua
Bukti dari pada yang Esa

Menyimpan cinta untuk yang haknya ada
Menyimpan dara untuk suami tercinta
Menyimpan hati sehingga ke pusara

Semua sudah termaktub dalam Luh Mahfuz
Jodoh hingga sorga




Sunday, July 1, 2012

Jodep macam desperate nak kat aku

Sedang aku memandu dari Bukit Jalil selepas menghantar adikku ke stesen LRT, handphoneku memainkan lagu Josh Abbott Band dengan rancaknya. Malang sekali aku sedang memandu maka tanganku tidak tercapai untuk mengambil handphone yang di kerusi belakang.

Maka aku biarkan sahaja. Nanti aku call kembali. Lagu Josh Abbott bermain selama tiga kali sebelum mati. Sampai sahaja di rumah, aku mengambil phone dan dial kembali nombor tadi. Namun nombor itu out of range dan tidak boleh dihubungi. Jadi, aku abaikan sahaja dan makan pisang goreng yang aku beli.

Tadi, lepas maghrib elok elok sahaja lepas aku baca doa dan cabut telekung, handphoneku berbunyi kembali. Kali ini, private number. Dengan teragak-agak aku mengangkat phone. Ini perbualanku dengan si penelefon.

Dia : Hi, is this Shafa?

Celaka, takde salam.

Aku : Yeahh, who is this?

Dia : I'm Jodep. Hi Shafa. Dah lama I nak call you. Tapi asyik tak dapat. Tadi pun I call you pakai number office, tak terangkat. Susah bebenor nak contact you.

Aku : Errr, you ni siapa ye? I tak kenal any Jodep. Sorry.

Dia : Ouhh, it's okay. Kalau you tak kenal I, kita boleh lah saling berkenalan kan.

Aku : Maaflah, I bukan jenis kenal stranger.

Dia : Okay, to prove to you I'm not a stranger, I add you dekat facebook okay. I recently baru single, and I tengok facebook you pun you tengah single. Ever since I muda dulu, I dah suka kat you. 20 tahun lepas, masa you lahir, I dah cakap dalam hati. This is the girl I'm going to marry. So can we date? I really like you.

Aku : Tidak. Okay lah bye.

Double celaka. 20 tahun lepas aku baru 2 tahun. Dasar pedophile.

Dia : Wow, I like fiesty girls. Jual mahal. Garang, tapi comel.

Aku : Bye.

Dia : Jangan lupa approve!

Sempat dia jerit sebelum aku matikan talian. Dengan rasa curiga dan cuak gila, aku pun dengan pantas membuka akaun fesbuk ku. Satu friend rekues.

Sebelum aku approve, dan stalk fesbuknya dengan teliti. Nama di fesbuknya terlalu mengelirukan. Dunia teknologi sekarang semakin menjadi jadi. Sesiapa pun boleh menyamar menjadi orang lain. Maka aku tidak percaya. Tetapi, ada satu contact number di akaun fesbuknya. Aku call number itu. Dan orang yang mengangkat itu merupakan seorang lawyer di California dan dia mengesahkan bahawa memang akaun fesbuk itu merupakan akaun . .

Johnny Depp.

Minggu depan, Jodep datang Malaysia. Dia nak bawak aku jalan jalan makan satay.

Dan bil Celcom aku naik melampau gila sebab aku buat call sehingga ke California rupanya.



P.S : Bagaimana Johnny Depp tahu cakap bahasa melayu, adalah sama dengan bagaimana alien reti cakap english. Rahsia alam semesta.