Saturday, October 20, 2012

Malam dan gitar


Perempuan itu termenung. Menghadap bulan cuba memetik gitar. Gitar pemberian lelaki. Gitar hari jadi. Cuba petik sekali lagi. Busuk bunyinya. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Perempuan itu keluarkan telefon bimbit. Cuba menghubungi si lelaki. Voicemail. Cuba hubungi sekali lagi. Voicemail. Ah, tensen. Dia letak tepi.

Diangkat kembali gitar, letak di paha. Chord C. Chord G. Yang mudah mudah sahaja dia cuba. Baru sedap bunyi dipetik sekali lagi. Leka tak sedar masa. Bulan yang terang tadi kini makin hilang dari pandangan. Gelap yang kelam tadi kini makin kelabu.

Berjaya menukar chord. Jari semakin rancak. Perempuan itu gembira.

‘saya dah berjaya tukar chord. Saya cuba lagi ya’

Text dihantar ke lelaki. Tak delivered. Tak apa. Perempuan itu masuk. Tutup pintu. Hadap Tuhan.

Berdoa kesejahteraan lelaki.

Yang terpisah dua alam. Tak terpisah dari hati.



Wednesday, October 17, 2012

Oi oi


Ini aku dengar cerita dari kawan aku.
Makwenya cepat cemburu buta.

Jangan cepat buruk sangka.
Kalau perempuan baik dengan lelaki lain, kata gatal.
Bila lelaki tolong perempuan lain dalam kesusahan, kata miang.

Tak sempat selidik, dah menuduh.
Tak sempat kaji, dah memaki.

Kalau macam tu.

Baik lelaki tolong lelaki je.
Perempuan tayar pancit, tukar sendiri.

Perempuan kawan dengan perempuan je.
Lelaki cuci mata tengok bulu kaki sendiri.

Tapi dunia ni dunia lelaki dengan perempuan.
Kau sayang pasangan kau, jagalah.
Kau cinta dia, hormatlah.

Yang penting, kalau kau salah mintak maaf.
So karma won't bitch you back.



Monday, October 15, 2012

Aku rasa aku halimunan




Entah kenapa aku suka berseorangan. Mungkin aku ada depresi yang melampau sehingga aku rasakan orang sekeliling hanya merupakan ornamen dunia. Walaupun aku mempunyai ramai kawan. Ramai kenalan. Melepak selalu. Tapi entah kenapa aku lagi rela berseorangan.

Kadang kadang bila aku berseorangan, aku rasa tenang. Aku rasa dunia ini, aku yang punya. Aku keluar rumah rupa busuk, aku tidak peduli. Aku nak impress siapa? Tiada siapa. Tengok wayang seorang sudah norma aku.

Aku suka berseorangan. Naik bus rapid seorang diri, sambil mata meliar tengok luar. Masa bergerak tapi aku tak rasa. Aku suka berseorangan. Cucuk earfon. Bukak novel. Termenung. Berangan. Berangan aku merupakan seorang tuan puteri yang anggun. Tetapi terkurung di atas menara. Tanpa sesiapa.

Aku pasang lagu berlirikkan depresi. Berlatarkan tangisan. Bermusikkan rentak percubaan bunuh diri. Aku pandang lantai. Pandang tanah. Pandang jalan tar. Otak ligat berfikir, tapi fikiran yang gelap. Imej hitam.

Mungkin sebenarnya hati aku masih kosong. Kontang.

Mungkin aku sebenarnya halimunan. 

Mungkin aku sebenarnya lapar.

Mungkin.


Wednesday, October 10, 2012

Gadis bus rapid yang aku rasa nak kena educate


Kelmarin aku pergi shopping mall berdekatan dengan rumahku. Dengan hanya menaiki bus Rapid. Perjalanan selama 15 minit itu, aku berdiri sebelah seorang gadis yang sebaya denganku.

Teet teet

Telefon bimbitku berbunyi. Aku mengeluarkan Nokia torchlight aku dari poket seluar jeans dan menekan read. Selepas membalas, aku masukkan kembali ke dalam poket seluar.

Gadis itu memandang telefonku. Lantas senyum sinis dengan muka yang jelek. Aku hanya buat bodoh. Ya, aku miskin.

*ringing toneeee~~

Telefon bimbit gadis itu berbunyi. Dia mengeluarkan Blackberry dari begnya dan mengangkat.

“Haaa, oh sorry. Aku takde credit. Aku dah seminggu tak topup, kan aku dah cakap. BBM je.”

Heh. Apa perlu kau senyum sinis, bila kau ada handphone mahal tapi maintenance tak lepas.


Naik bus sama je dengan aku. Koh koh.
Biar papa asal gaya. Heh.


Sunday, October 7, 2012

Si pari pari yang datang malam malam pakai spender ketat

Semalam seekor pari pari datang ke bilik ku dan bertanya kepadaku. Berapakah nilai yang kau akan letakkan jika aku ambil masa tidurmu?

Aku terkedu. Kerana pari pari itu seekor pari pari jantan yang memakai spender ketat. Lantas aku menjawab dengan laju kerana malu.

Aku letakkan RM10,000 untuk setiap sejam yang kau ambil.

Pari pari itu menghentak meja tepi katilku dengan penuh emosi. Haram jadah katanya. Mana aku mampu!

Lalu dia meniupkan angin kus kus ke mukaku dan aku terus tidur dengan lena.

Sebab itulah sayangku, aku tak angkat call kau malam tadi.


Friday, October 5, 2012

Malam semalam


Jaka : Macam mana kalau aku mati esok?
Gadis : Jom kita nikah malam ini.
Jaka : Tapi, kita takkan hidup bersama. Aku sudah tiada.
Gadis : Aku tunggu kau dah setahun. Tak salah aku tunggu kau lagi. Hingga kita bertemu di sorga. Sebagai suami isteri.

Sejak bila entah aku jiwang.
Mungkin malam malam ada ninja potong bawang besar sebelah bantal aku. 


Thursday, October 4, 2012

Hari ini empat oktober

Selamat hari jadi.
Kepada diri sendiri.

Makin dekatlah aku dengan mati.