Tuesday, November 27, 2012

seperti kita






dua garis rel itu, seperti kau dan aku
hanya bersama tapi tidak bertemu
bagai balok balok bantalan
tangan kita bertautan
terlalu berat menahan beban

di persimpangan kau akan bertemu garis lain
begitu pula aku
kau akan jadi kelmarin
kukenang sebagai pengantar esokku

KERETA - Sitok Srengenge




Sunday, November 25, 2012

dua burung




Burung itu di dalam sangkar yang indah
Indah seindah ciptaan manusia
Di bina dengan emas dan permata
Gemerlapan bersinar terkena cahaya

Burung itu menyanyi gembira
Sepanjang masa berkicau mesra
Memuaskan hati sang tuan punya
Biar hati sendiri diam merana

~~

Burung lain melihat cemburu
Cemburu dengan kemewahan begitu
Memikirkan bagaimana untuk berada
Di tempat pilihan pujangga

Makan bersuap tidak perlu dicari
Mandi berbilas air yang suci
Burung lain terbang melata
Mencari sangkar yang mungkin ada



Saturday, November 24, 2012

aku ternampak kau





17 Sept 2015

Kaku aku berdiri di stesen KL sentral. Niat untuk berebut naik komuter tidak lagi ada.

Kau.

Aku nampak bayangan kau. Berdiri di situ, kau juga kaku. Terkedu. Sama seperti aku. Aku tonyoh biji mata untuk memastikan mataku bukan penipu besar. Sah. Mata aku jujur.

Kau pandang aku dengan separa senyuman. Satu sifat kau yang kau gemar lakukan pabila kau cuba sembunyikan kesedihan kau. Aku faham. Aku balas senyuman kau dengan senyuman paling tak cukup garam.

Tiga tahun lepas, kita berpisah. Aku ingat lagi saat itu. Saat yang kau dan aku redha. Terpisah kerana tentangan keluarga aku. Ya, klise drama melayu. Tapi itu realiti. Realiti antara kita, antara kau dan aku. Saat yang paling aku ingat walaupun aku ingin lupakan. Saat yang bikin aku menangis berbulan-bulan seorang diri. Saat aku kurus tiada selera makan. Mungkin ini sahaja yang aku suka, dapat jadi kurus sementara.

Tiga tahun lepas, kau dan aku mengucapkan selamat tinggal. Dengan janji untuk bergerak ke depan, usaha dan tawakal. Dengan janji untuk percaya pada takdir, pada jodoh.

Dua puluh saat lepas, kalau orang tanya pada aku tentang jodoh, mungkin aku akan ketawa sahaja dan kemudian tukar topik sebelum pulang ke rumah dan menangis semahu mahunya.

Sekarang, aku percaya. Jodoh itu ada.

Kau berjalan ke arahku. Hatiku berdebar-debar. Gemuruh. Perasaan yang serupa semasa aku cuba lompat dari jambatan. Bukan untuk bunuh diri, bungee jumping.

Dalam hati aku memaki maki. Kenapa lah banyak banyak hari, hari yang aku baru balik kerja dan keadaan tidak terurus dengan tudung senget dan berbaju kurung putih terkena sos sedikit di hujung lengan ini lah, hari aku dan kau bertemu kembali.

Hai.

Sapa kau. Ringkas. Namun cukup untuk bikin hatiku kencang. Adrenelin semakin rancak. Tangan menggelatar. Mukaku terasa panas. Bibir diketap. Tidak percaya, tetapi gembira.

Hai.

Aku balas.

Kau senyum dengan senyuman yang mampu bikin aku gila suatu masa dahulu dan masih lagi mampu kini. Aku balas dengan senyuman yang paling cuba menahan untuk menangis.

Kau secara tiba-tiba mengambil tanganku. Segala renjatan elektrik mengalir ke seluruh tubuhku. Sudah aku lupa sentuhan kau.

Terasa seperti masa berhenti seketika. Seperti homo sapien sekeliling berhenti bagai android dicabut bateri. Seperti angin dan udara diberhentikan pengalirannya. Seperti aidonggeevademm pada dunia. Seperti, pasangan bercinta.

Kau pandang aku, aku pandang kau. Kita sama sama senyum. Tanpa berkata apa apa dengan pandangan yang hanya beberapa saat. Aku dan kau menzahirkan kasih dan rindu yang disimpan lama.

Sebelum kita berdua lompat bersama di atas rel keretapi dan menjadi terkenal sebagai pasangan bodoh yang mati bunuh diri dilanggar komuter di stesen KL sentral.

Ya, manusia memang lakukan perkara bodoh untuk cinta. 



Friday, November 23, 2012

antara dua




Bila kita diminta
Untuk memilih antara
Cinta atau keluarga
Moleklah kiranya kita utamakan keluarga
Kerana keluarga akan ada
Sampai kita tua
Ya
Sampai tua

Kerana apabila kita mati
Bila kita bersemadi
Adik beradik dan ibu bapa yang tadi
Pasti masih hidup lagi
Untuk doakan diri kita
Yang kini pergi sendiri
Tanpa zuriat si tukang mandi
Tanpa suami si tukang kebumi

*pause*

Ya
Bila kita diminta
Dipilih antara dua
Kita pilih untuk menjaga
Hati dan perasaan mereka
Dan abaikan hati dan jiwa
Dan biar hidup dalam merana
Bertopengkan bahagia



Thursday, November 22, 2012

nama



mungkin blog aku tidak sesuai lagi dinamakan 

EUPHORIA

mungkin lebih sesuai dinamakan 

ANHEDONIA



Saturday, November 17, 2012

Kepada orang prejudis


Aku memang mahu suami yang soleh. Yang muka imam muda. 
Yang menjaga imannya.

Tapi.

Tak salah juga kalau aku dan dia.
Bersama sama belajar ilmu.
Belajar menjadi yang lebih baik.

Kerana yang muka imam muda belum tentu ikhlas imannya.
Dan yang muka gangsta belum tentu jahatnya.

Jangan jatuhkan orang yang ingin berubah.



Thursday, November 15, 2012


Jom pergi sendiri
Pujuk hati bawa sepi
Buku memang kawan sejati

Mohon jangan pandang kerek kalau jumpa aku di sini




Tuesday, November 13, 2012

Dunia dan kopi

Dunia ini penuh dengan palat yang dipalit pada muka sendiri. Aku sedang merasa kepalatan yang bertubi tubi dilancarkan ke arah muka aku yang fragil ini. Ya, seronok rasanya menjadi punching bag dunia yang tidak adil.

Aku termenung menghadap Goodreads dengan harapan ada komentar yang menarik atas buku buku yang pernah aku baca. Tapi haram. 

Kemudian aku membuka fail di start menu komputer peribadiku. Aku klik pada video. Mencari cerita yang mampu bikin aku ketawa, bikin aku gembira. Sekali lagi. Haram.

Lantas aku membuka dokumen dan skrol ke bawah. Cari. Cari. Tu dia. The Notebook oleh Nicholas Spark dalam bentuk pdf. Ya, aku miskin. Itu sahaja yang aku mampu. Empat puluh minit ralit membaca dan kini mataku mengalirkan titisan air masin. Masin kerana mungkin petang tadi aku banyak makan asam. *nota kaki : aku tidak menangis membaca buku itu, tetapi mata aku pedih. Aku tidak jiwang.

Aku bangun, berdiri tegak dan menggeliat dengan senonohnya. Rakan sebilik aku hanya memerhati dengan wajah yang sayu. Tapi aku tak suka muka kau begitu. Maafkan aku kerana melempang kau. Rasa diriku seperti seorang yang lemah. Kalah. *baca : Loser.

Aku ke dapur, mengambil cerek elektrik dengan niat untuk bikin secangkir kopi hitam pekat. Sepekat malam. Sehitam hati. Aku tunggu air mendidih. Usai, aku mengambil air didih itu dan curah ke muka aku. Biar padan muka. Padan muka aku. Menangis tak henti henti. Aku curah kedua tanganku pula. Ambil sedikit dan letak di ubun ubun kepala. Kemudian, aku celur kedua kaki ku kedalam cerek itu. Puas.

Masuk ke bilik semula, aku mula menaip entri ini. Entri tiada maksud. Entri yang cuma menyatakan hidup aku yang aku rasa tidak adil. Hidup yang minta mula semula. Heh.

Tapi kalau dunia ini tidak adil kepada semua, bukankah ianya adil?

Cop, mana kopi aku tadi? Celaka. Air sudah habis. Kena jerang sekali lagi. Tengok, aku dah kata. Dunia tidak adil. 


Maafkan aku untuk entri kali ini. Ianya tiada seni. Tiada erti. Entri babi.


Thursday, November 8, 2012

Setiap keluhan bikin kita kuat
Setiap tangisan bikin kita tegar

Kalau macam tu
Sekarang ni aku dah jadi
The Hulk



Tuesday, November 6, 2012

Bulan monsun


Hujan yang membasahi batu ketiga dari matahari kini semakin rancak berderap derap. Aku suka musim sebegini. Perjalanan pulang di dalam bas berseorangan mampu buat aku lemah. Mampu menghilangkan ketenangan. Mampu bikin aku berangan.

Ah, hujan. Berlatar belakangkan lagu emosional boleh melekakan kita dari masa. Tiga jam perjalanan hanya terasa seperti tiga minit. Lagi lagi pabila perasaan yang sedang berdebat antara akal dan hati. Apabila mereka berdua, berkontradiksi.

Hujan. Aku suka musim sebegini. Kerana satu, ianya akan membawa rahmat dari Allah dan setiap titisan yang gugur akan dibawa naik bersama doa oleh malaikat.

Dua, kerana ianya boleh menyembunyikan kesedihan diri atas palat yang menimpa.

Air hujan. Tempat yang sesuai untuk aku sorokkan air mata.

Selamat datang hujan November. Selamat datang emosi.