Thursday, June 28, 2012

Finals


You know you're in the finals when you start to pee and bleed this.



 And your brain burst like this


LOL ! Goodluck to my dear friends for your finals.

Thursday, June 21, 2012

Besi penyekat imaginasi

Yeayyy ! Aku diterima bekerja part time di sebuah sekolah menengah kebangsaan berdekatan dengan rumah sewa aku. Aku tak sangka dengan hanya sijil diploma cetak rompak, aku diterima dengan mudahnya. Aku jangka doa yang berlebihan dan jampi yang diberi telah memberikan rezeki ini kepadaku.

Berbekalkan ilmu yang penuh di dada dan nagged yang aku masak pagi tadi, aku menuju ke sekolah itu dengan hanya berjalan kaki. Baju kurung biru laut dan tudung litup biru tua yang aku pakai dihembus lembut oleh bayu pagi. Oksigen yang bercampur baur dengan karbon monoksida di sedut dalam dalam.

Setibanya di sekolah, aku berdiri di dataran perhimpunan. Ramai pelajar sedang duduk bersepah di dataran menunggu bunyi loceng. Aku duduk di kerusi yang disediakan untuk para guru.

Kring !

Pelajar mula beratur di dataran perhimpunan. Aku terkejut. Pelajar yang aku akan mengajar bukan hiuman. Mereka terdiri daripada robot, toyol, alien dan *dibisik oleh guru sebelah aku* Artifisial Inteligen. Aku terkesima, bukan kerana tak tahu apa itu AI, tapi kerana guru sebelah aku merupakan seorang robot pondan.

Selepas habis lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah, bacaan ikrar, ucapan guru besar, ucapan guru disiplin, ucapan panitia matematik dan ucapan ketua pengawas, pelajar semua diminta beratur berjalan ke kelas mengikut urutan.

Mengikut resume palsu, aku akan mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah ini. Aku mula menyediakan bahan pengajaran aku dengan menggunakan Google Translate.


Period pertama


Pelajar artifisial inteligen berdiri dan menjerit selamat pagi cikgu kepadaku. Aku mengangguk. Kemudian tanpa menunggu arahan dariku, mereka membuka buku sendiri dan belajar. Bagai image 3D, aku dapat melihat kepulan kepulan ilmu disedut dari buku kedalam otak mereka. Dalam kagum, aku terasa freak nya mereka. Bila aku bertanya mengapakah mereka dengan mudahnya menerima ilmu, jawapan yang ringkas keluar.

“Kami belajar kerana ilmu kerana kami bakal doktor, peguam, arkitek, akauntan dan jurutera. Kami perlu tahu pelbagai perkara, bijak menganalisa dan mencapai konklusi yang mantap.”


Period kedua


Pelajar robot yang terdiri dari pelbagai rekabentuk. Mereka menunggu arahan dariku. Aku menyuruh mereka membaca komsas tingkatan 3, walaupun mereka baru sahaja di tingkatan dua. Dengan muka yang berkerut *dimana aku agak pelik kerana mereka besi*, mereka usahakan mencari buku itu dan membaca tanpa banyak soal. Aku bertanya kepada mereka tentang penerimaan mereka dalam pengajian. Jawapan yang monoton keluar serentak dari kepingan bibir mereka.

“Belajar kerana exam oriented. Lepas exam anti kami lupa. Hehe. Kami bakal pemakan gaji. Setiausaha, kerani, resepsi dan senang kisah adalah kami pekerja di tempat berhawa dingin dari sembilan hingga lima.”


Period ketiga


Kelas alien yang aku tengok meriah sahaja. Penuh dengan gurau senda dan pelbagai anatomi alien ini semuanya berbeda. Sangat menakotkan sehingga menimbulkan rasa curious. Bagaimanakah ibu bapa mereka menghasilkan mereka. Apabila aku masuk dan ingin mengajar, salah seorang mereka katakan ayat yang buat aku berfikir lama.

“Buat apa belajar cikgu. Lebih baik kita enjoy life. Hidup hanya sekali. YOLO! Lagipun, kalau semua nak berjaya, siapa nak jadi tukang sapu, bus driver, penjual donut, barista dan orang gaji. Kita semua memainkan elemen yang penting”


Period keempat


Toyol. Berekor-ekor toyol berlari berkeliaran didalam kelas yang aku masuki. Masyaallah! Bogel semuanya. Dalam malu aku ingin mengajar, aku mengumpul kekuatan untuk tidak melihat celahan kangkang mereka. Tetapi, tertengok juga. Tiada apa apa. Kosong. Aku mula menulis di papan putih dan mereka menyalin dengan lajunya. Aku pelik dengan sikap ini lalu bertanya mengapa.

“Senang kami toyol nak bawak toyol masuk periksa. Kikiki. Kami biasa macam ini. Sebab ramai senior kami yang buat perkara yang sama, akhirnya menjadi bisnesman yang terkemuka, CEO kampeni yang mantap. Kami juga mempunyai cita cita yang sama.”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini sudah enam bulan aku mengajar di sekolah menengah ini. Tanpa aku sedari, aku terlepas pandang sebuah kelas yang terceruk disisi. Aku menghala ke kelas tersebut. Warna warni penuh imaginasi. Penghuni kelas pula terdiri dari artifisial inteligen, robot, alien dan toyol. Tetapi badan mereka separa hiuman. Pelik mengapa mereka semua sekelas sedangkan yang lain di bahagi sama adil.

“Kami ini para rebel cikgu. Kami belajar mengikut minat mengikut hati. Kami pejuang seni tanpa peduli apa orang lain katakan.

Buat apa jadi doktor jika life balance tiada.
Buat apa jadi kerani jika hidup mundane sahaja.
Buat apa jadi barista jika hanya melihat orang menulis tanpa kata.
Buat apa jadi bisnesman jika minat tiada.

Kami pejuang seni cikgu. Sebab tu kami duduk tepi. Menjadi pemerhati. Menjadi si gila penuh imaginasi.”

Aku datang enam bulan lepas sebagai orang lain, dan kini aku menjadi orang lain. Dalam tak sedar, separa badanku kini sudah menjadi besi. Besi penyekat imaginasi.




Tuesday, June 19, 2012

Kekejaman alam

Aku melabuh di ceruk sana
Menanti dengan kesabaran
Atas kepastian yang tiada

Tangisan sepenuhnya dihayati hati
Aku berdoa kepada yang Esa
Mohon pengampunan dariNya

Sayup sayup kedengaran bunyi
Segera tertancap dek telinga
Hilang keresahan kemudiannya

Aku menanti lagi
Waktu berlalu tanpa ku sedari
Kekejaman alam memamah usia

Peluh menitik saingi air mata
Harapan putus setelah sekiannya
Redha dengan ketentuan Ilahi

Cahaya menembus tiba tiba
Lantas berdiri menutup mata
Hati gembira tidak terkata

Suara lembut menusuk
Bertanya soalan menyedihkan hati
“Lama dah, stuck dalam lift?”



Saturday, June 16, 2012

Jerebu mengaburi mataku

Aku sedang berdiri di bus stand. Sayup sayup kedengaran bunyi burung yang sedang bersenggama di pokok seberang jalan. Jerebu mengaburi mataku. Mengelip mata menghilangkan pedih, aku mengeluarkan novel yang baru dibaca sekerat.

Tukar page.

Tukar page.

Toleh melihat jalan memerhatikan bas. Tiada. Shit lah. Cepat sikit boleh tak wahai bas?

Sedang otak dan hati berperang mulut untuk menenangkan diriku, mataku tertancap pada sesusuk tubuh. Tubuh yang tidak tinggi, tidak rendah. Tubuh yang tidak kecil tidak besar. Sedang sedang sahaja.

Pakaiannya kemas, segak bergaya. Kemeja kotak kotak berwarna biru laut beserta jeans lusuh dan sneaker. Berdirinya disitu, aku memuji ciptaan Ilahi. Perghhh, handsome gila. Muka yang ala ala Pan Asian dan rambut digayakan dengan gel tak tahu berapa banyak.

Aku memerhatikan dia. Berdiri juga dengan sempoinya. Hatiku masih lagi memuji kehandsomean dia.

Kacakmu bikin aku terpaku.
Kemasmu bikin aku tersedu.
Gaya yang dibawa bikin aku terkedu.

Sempat aku berpuisi.

Tegurlah aku. Tegurlah aku!

Bagai membaca mindaku, tiba tiba dia berjalan menuju kearahku.

Jantung berdegup laju.
Hati menjerit gembira.
Muka cover lawa.

“Hai,” Tegurnya lembut. Alamakkkkkkk! Cair!!

“Bus ni pergi One Utama ke?”

Aku mengangguk. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Betapa kecewanya aku. Kecewa. Luruh hatiku, perasaan sayu memenuhi segala ruang kosong dalam hatiku.





Kecewa! Kerana kau kaum sejenisku.

 

Kadangkala

Adakala

Berdiri di situ
Membuka mata
Membuka minda

Adakala
Berdiri di sini
Mematikan fizikal
Mematikan rohani

Adakala
Berdiri di tengah
Menyedarkan akal
Menyedarkan hati

Kadangkala
Sayang diri
Perlu ada
Perlu cipta


Tuesday, June 12, 2012

Jawapan untuk soalan saikologi korang

Jawapan untuk kelmarin
Sorry lambat. Hehee.
Kepada yang belum buat test ni
Aku nasihat
Klik kat sini sebelum baca kalau tak spoil

Okay

Jawapan dia


1. Kucing – diri kau sendiri kalau kau perempuan, awek yang kau cari kalau kau lelaki

2. Anjing – diri kau sendiri kalau kau lelaki, pakwe yang kau cari kalau kau perempuan

3. Pantai – kehidupan yang kau inginkan, atau sedang lalui

4. Kopi – kehidupan seks yang kau inginkan, atau sedang lalui


Puas hati?
Kalau ada yang malu
Dengan jawapan sendiri
Gelak je, kaver ! Kah kah kah

Jawapan karut aku pernah dengar untuk


1. Drag queen. Jalan macam pondan. Kuat tidur pastu makan tak ingat dunia.

2. Garang, busuk. Suka kencing bersepah. Setia tapi saiko suka ikot tuan.

3. Buat aku pening. Tepi tepi nampak best, bila jauh bergelora.

4. Mak aku suka minum pagi pagi. Buat aku energetic. Alaaa, minum banyak pun 5 minit ke setengah jam ke, tidur jugak.


Aku nak tahu
Jawapan paling bangang korang kasi.
Meh tulis kat komen aku.

Ps. Ni bukan betul, buat main je.



Saturday, June 9, 2012

Test saja mengada nak tengok personaliti korang macam mana

Lecturer aku pernah bagi test ni dekat kelas aku

Ini bukan test berjawapan
Ini test saikologi

Jawab dengan jujur

Apa yang anda fikir bila orang sebut

1. Kucing

2. Anjing

3. Pantai

4. Kopi


Bila jawab
Jawab apa yang korang terfikir
Benda pertama yang pops out in your mind
Jangan fikir lama lama
Jangan fikir fizikal benda yang aku tanya

Contoh
Kucing jangan jawab berbulu, jawab comel
Anjing jangan jawab kaki empat, jawab garang
Pantai jangan jawab berpasir, jawab tenang
Kopi jangan jawab hitam, jawab kasi korang bertenaga

Korang boleh jawab
Jawab dalam hati
Atau tinggalkan jawapan kat komen
Esok aku bagi korang
Apa maksud soalan soalan ni

Terima kasih kerana participate


Friday, June 8, 2012

Mari mari tuan dengar ini cerita

Baca sambil menyanyi lagu Anita Sarawak – Dengar ini cerita
Versi aku


Mari tuan puan dengar ini cerita
Cerita yang buat sedih si penglipur lara
Aku tibai puisi sajak tak tahu nak reka
Tapi ini cerita sebenar nama saja ditukar

Aku pernah bersama lelaki nama Tuah
Jodoh tak lama jadi kami berpisah
Ini cerita lama tak contact empat tahun sudah
Tapi semalam terjadi sebuah kisah

Tuah kini bersama seorang gadis melayu
Dah lah baik gila wajahnya pun ayu
Berapa tahun mereka couple aku tak tahu
Yang pasti aku tengok bahagia selalu

Jasmin nama gadis ayu yang diberi
Tuah dah niat nak tunang nikah buat isteri
Tapi ada satu rahsia dalam hati
Aku orang yang Tuah tak lupa lagi

Semalam malam kisah tragis ini berlaku
Handphone vibrate nama Tuah di screen aku
Soalan innocent mula ditanya bertalu-talu
Tibe-tibe jadi drama melayu

Janji enam tahun lepas diungkit semula
Katanya aku dipinang pada umur dua puluh tiga
Chewing gum dimakan tercekik sambil menjerit bertanya
: Kau lupa ke kau ada girlfriend hah si gila??

Tuah selamba jawab ‘ala bukan dia tahu pong..’
Aku marah maki rasa panas kat punggung
: Jantan celaka soal kahwin jangan buat mainlah bengong!
Dia ketawa sinis berkata ‘Alaa janganlah tersinggung.’

Ini kali ketiga Tuah mula jadi mental
Aku tak puas hati rasa kena bagitahu this girl
Nasib baik Jasmin dan aku kawan baik dekat fesbuk
Bila dengar cerita Jasmin jatuh terjelepuk

Jasmin approach Tuah guna iPhone telefon bijak
Tuah nafi habisan buat aku rasa nak pijak
Bila aku approach dia tak reti nak reply pulak
Memang ada yang mintak penyepak

Setia Tuah tak langsung buat aku rasa terharu
Serba salah pada Jasmin buat aku makin bercelaru
Hati perempuan aku marah dan sedih aku mengaku
Memujuk Jasmin yang sedang menangis mengadu

Aku kesian Jasmin jadi mangsa keadaan
Kalau boleh aku memang taknak dilibatkan
Tuah he’s a JERK memang dasar jantan
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Menangis Jasmin tak sangka ini terjadi
Dah lah final sem amek jurusan ekonomi
Cerita ini sebenarnya tak habis lagi
Tapi tak cukup nak tulis dalam satu entri

Perhatian untuk perempuan luar sana
Sure ke anda laki anda penyayang gila
Kalau dapat lelaki yang masih sayang awek lama
Kesian korang mesti sakit jiwa

Nasihat aku kepada para wanita semua
Bertahun tahun cinta pada dia takde makna
Satu hari dia mesti buat kita terluka
Lagi bagus jaga diri ingat yang Esa

Entri kali ini memang panjang nak mati
Sebab hati panas bikin aku emosi
Buat aku risau dengan perangai lelaki
Harap kau tak buat aku camni.


Thursday, June 7, 2012

Ifok

Pai seekor raksasa yang baru bangun tidur. Mukanya hodoh, air liur sememeh, badan lembik longlai walaupun pada zahir badannya berketak ketak. Harini, Pai macam malas pergi office. Sebab boss dia on leave, jadi Pai pun rasa nak leave jugak.

Tapi tibe tibe seketeri department Pai mesej. Dia kata hari ini ada meeting tergempar. Nak tak nak, Pai kena siap jugak. Pai masuk tandas, mandi kasi wangi. Dia guna shampoo anti kelemumur. Sebagai seekor raksasa berbulu satu badan, Pai sangat menjaga kebersihan diri.

Habis mandi, Pai siap siap dan mula naik motor pergi kerja. Malangnya, Pai asek terbabas. Sebabnya, Pai mengantuk. Kali ke empat dia terbabas di sebelah perigi. Baru nak angkat motor dia, Pai ditegur oleh suara yang kuat.

“Wahai raksasa, aku anak jin. Aku bosan disini,”

“Aku takde masa nak layan kau, aku busy.” Pai menjawab sambil start enjin motornya. Sedang dia betul-betulkan helmet, anak jin itu tahan motornya.

Katanya “Kau ni, aku tengok macam malas malas je. Aku boleh bagi kau sesuatu, yang buat kau segar sepanjang hari.”

Pai fikir dua tiga kali sebab Pai seekor raksasa yang rasional ekornya. Akhirnya, dia bersetuju. Anak jin itu tersenyum, dan akhirnya memberikan Pai sebiji bekas yang sangat pelik rupanya. Katanya, isi didalam bekas itu dipanggil ‘Ifok’ harus ditelan selepas bangun pagi. Kemudian, anak jin hilang.

Maka Pai pun amek bekas itu dan berbesar hati pergi ke meeting lambat setengah jam. Manager yang lain mula nak marah tetapi Pai offer kat mereka ifok tersebut lalu mereka terus dapat banyak idea dalam masa 5 minit.

Pai terasa pelik, dan dia membuka bekas itu. Ifok yang diofferkan oleh anak jin tadi berwarna hitam legam. Baunya payau. Dia pun menelan ifok itu dan terasa pahit kelat di lidahnya. Walaupun rasanya macam tahi, terus segar bugar Pai.

Sepanjang hari, lincah Pai bekerja, tak rasa langsung masa sedar sedar dah 5 petang. Balik dari kerja, Pai pergi kat perigi tadi. Dia nampak anak jin sedang layan roartube.com lagu Selena Gongges. Dia tanya, ape benda ifok ni sebenarnya.

Anak jin sengih, katanya “itu sebenarnya aku amek kat sana” tuding anak jin ke arah loji kumbahan penuh dengan cecair likat pekat berwarna hitam.

“Sedap gila, bagus pulak tu. Aku nak amek lagi.” lalu Pai pun amek banyak gila ifok dan makin hari dia semakin bersemangat. Satu hari, Pai kata dia nak bukak bisnes. Nak kaya raya dan dia ajak anak jin bukak sama-sama.

Tapi, di sebabkan market dekat kawasan dia hanya makan dan minum benda-benda yang menyihatkan, anak jin cadangkan satu tempat yang asing sedikit. Mereka terjun kedalam perigi, dan terjumpa alam realiti.

Lalu mereka menukar rupa menjadi hiuman, dan membuka kedai bernama Starbucks dan tukar nama ifok kepada kofi untuk menyembunyikan identiti.


 

Wednesday, June 6, 2012

Kecik kecik

Dulu
Pakai kain seluar track kat dalam pun
Tak kesah kain mengelembung aku masih rasa hot rock star

Aiskrim jatuh kat baju pun
Libas libas je kasi sama warna macam baju pattern abstrak

Tudung senget rambut terkeluar
Masih gelak gelak lari lari apadahal dosa rambut sehelai


Dulu
Main kejar kejar peluh ketiak
Tak heran angkat tangan jerit ‘saya! Saya!’ tengik peduli apa

Marah kawan rembat tempat main sorok-sorok
Jerit direct je takde umpat belakang merajuk hari ni esok baik semula

Selipar jadi brek basikal
Depan selipar tumpul pun pakai pergi kenduri muka selamba

Duit doploh sen hilang
Nangis macam ah seng kalah loteri four dee


Dulu
Main ting ting baling selipar lompat tikus
Paling terer tak ejek pun orang noob atau baling controller

Balik rumah cakap cikgu rotan denda suruh diri
Kena rotan lagi sekali dengan abah

Mak bebel abah marah aku duduk bilik nangis
Konon konon lepas tu dapat aiskrim yang tumpah kat baju


Sekarang


Sekarang


*mengeluh



Tuesday, June 5, 2012

Cubaan pembunuhan

Makin lama aku di sini, makin aku terasa ingin membunuh. Cukup dengan deraan mental, cukup dengan deraan fizikal. Aku ingin memberhentikan semua ini dengan cara membunuh mereka. Hidup aku tak aman dengan adanya mereka. Apa yang aku buat semuanya salah semata. Ya, aku kambing hitam.

Pelbagai perkara telah aku lakukan untuk menarik perhatian mereka. Aku berusaha dalam pelajaran dan juga berusaha untuk berkerjaya. Aku usaha segigihnya. Namun tiada perasaan kagum atau bangga dalam diri mereka.

Aku terfikir, bagaimanakah neraka aku ingin tarik perhatian mereka. Dengan menconteng arang dimuka barangkali. Maka aku pun belajar mencuri, merempit dan juga bersosial. Masih tiada tanda-tanda mereka mengambil berat tentang aku.

Malam kelmarin, aku fikirkan jalan. Ya, tepat sekali. Aku merancang satu pembunuhan yang classic. Aku tidak akan menjadi seperti Freddy Krugger tetapi hanya akan membunuh dengan cara yang klise. Kali ini kali terakhir untuk mereka memberikan sepenuh perhatian kepadaku.

Aku puas merancang, dua minggu aku mencatatkan segala jenis kebarangkalian yang akan terjadi di dalam buku kerja ku. Aku menunggu mereka tidur, HAHA. Mereka tidak tahu aku telah mencalitkan klorofom di bantal mereka.

Aku mengambil pisau dibawah, naik ke atas dan melihat mereka terlantar di atas katil. Tanganku sudah bersiap sedia. Badanku penuh dengan tindak balas adrenelin. Aku mengangkat tanganku tinggi-tinggi sambil melihat muka mereka.

Tiba-tiba aku tersentap. Melihat muka tua mereka. Aku tersenyap, duduk dan menangis secara drastiknya. Aku tidak jadi membunuh, melihatkan muka mereka tenang tidur walaupun dimamah usia. Teringat segala dosa-dosaku kepada mereka sekian lama. Teringat didikan agama mereka berikan walaupun tidak sempurna.

Aku meletak kembali pisau di dapur. Aku tidur meleleh hingus mengalirkan air mata. Esok, aku buatkan pancake untuk mereka. Ya. Pancake macam dulu-dulu. Zaman kita bahagia. *tangan pegang racun



…………………….



Aku rasa aku kena jumpa pakar sakit jiwa. Takot pulak bila dah selalu baca cerita thriller. Mental betul.


Monday, June 4, 2012

Selangkah demi selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah

Demi
Selangkah



Aku curiga
Rasa ingin tahu ku menebal
Tepat pada setiap langkah

Aku tertanya tanya
Bagaimana

Aplikasi Step Counter
Kat phone aku
Kira langkah aku

Kagum