Monday, April 30, 2012

Gadis bertudung litup bercorak bunga warna merah jambu

Aku (lelaki) memerhatikan sahaja gerak geri dia (perempuan). Dia (perempuan) mundar-mandir dihadapannya (lelaki), kelihatan gelisah. Aku (lelaki) mencapai cawan kopi di atas meja dan menghirup sedikit. Dia (perempuan) melihat jam di tangannya (perempuan).

Bertudung litup bercorak bunga warna merah jambu, baju sedikit labuh menutupi punggung berwarna putih, seluar jeans dan handbag yang simple. Cukup cantik pada mata aku (lelaki). Sejuk hati memandang dia (perempuan).

Perempuan (dia) itu mengeluarkan handphone dari handbagnya (perempuan). Menekan-nekan punat dengan gigih. Sedang texting barangkali. Aku (lelaki) kagum dengan kesabaran dia (perempuan). Sudah lebih 45 minit perempuan (dia) itu menunggu.

Handphone dia (perempuan) berbunyi, lantas perempuan (dia) itu mengangkatnya dan berkata

“Wehhh, mana kau (tidak pasti jantina) ah babbeeee, dah lama aku (perempuan) tunggu sial! *berhenti sejenak* Cepat ah sampai dah cair ah mekap aku (dia perempuan). Cam gampang,”

Lelaki (aku) tersebut terus menghirup habis kopi tadi dan menuju ke arah dia (gadis bertudung litup), dan berkata

“Weyyyyy, aku (lelaki) baru ingat nak ngorat kau (perempuan). Tapi bahasa kau (betina) tak serupa muka kau (perempuan), puihhh!”

Perempuan (dia) itu lantas mencabut kasut tingginya dan baling kearah lelaki (aku) tersebut dan menjerit
“BABBBEEEEEE!!!!”



Hahaha! Lariiii!


Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Pictures

Incoming search. Kuala Lumpur. 28 April 2012. Pukul 2. Najib under spotlight as world watches. Dataran merdeka. BERSIH 3.0, BERSIH 2.0, BERSIH 1.0. Duduk bantah. Malaysia rally. Baju kuning. Ambiga berucap. Rakyat porak peranda. Kereta polis terbalik. Jalan di Kuala Lumpur sesak. PKR. PAS. UMNO. Melayu sesama melayu bergaduh. India cina bersorak gembira.


.

.

.

.

.

.

.

.

Puas hati? Hahaha. Jangan marah. Aku pun nak traffic naik jugak arini. Bukan traffic kat KL je.


Thursday, April 26, 2012

Sayang mak

“Aku tahu lah, aku dengar tadi dia cakap macam tu. Tak sangka aku, darjah 5 dah ada pakwe. Tak malu ke?” kata Melur kepada Cempaka.

Cempaka mengangguk-angguk kepala, tanda setuju. Semakin lama, semakin rancak berbicara. Tidak sedar masa, galak dengan perkara-perkara yang tiada makna. Selepas seorang, seorang lagi menjadi mangsa perbualan mereka.

“MELUR!! Balik. Dah maghrib ni, kau tu kena belajar. Nak UPSR! ” lantang suara emak Melur memanggil anaknya pulang ke rumah.

Mencicit Melur berlari, takut dimarahi. Menyengih kepada emaknya yang sedang menyapu dihalaman, membuka selipar dan lantas masuk kedalam rumah.

“Okaylah Senah, aku masuk dulu eh. Nanti suami aku balik, naya aku. Esok aku cerita kat kau pasal Puspa si janda gatal tu,” kata Jenab kepada jiran sebelah rumahnya.



How were you raised?

Tuesday, April 24, 2012

Apa dimenang rezeki orang

Seringkali aku terfikir
Apa guna jatuh
Kalau tiada yang menyambut

Tapi lagi tak guna
Kalau jatuh tak bangun sendiri

Kita kena kuat
Kita kena kuat

Ingatlah semua
Ingat yang tersayang

Lupakan yang mengabai
Lupakan yang mencerca
Lupakan mereka

Kau cuba untuk berdiri sendiri
Kau cuba untuk berdikari

Kau kena kuat
Kau kena kuat. .

Saturday, April 21, 2012

Proud to be Malaysian


I'm overly obsessed with JinnyTV on Youtube.
This is one of their production.
Really looking forward towards new videos.

Enjoy :D

Friday, April 20, 2012

Gosip panas artis Malaysia

Tajuk saja nak tarik perhatian. Sebab orang suka baca blog sampah blog gosip.

Bukan aku tak sokong industri media negara kita, bukan dorang tak lawa tak handsome. Tapi sebab kebanyakkannya mengarut. Takde talent. Aidonggeevademm.


1. Kalau tengok kapel pegang tangan peluk pinggang rasa nak jadik kasim selamat. Tapi bila student (ke?) Akademi Fantasia menangis peluk-peluk tak kenal muhrim masa lagu menuju puncak kita pergi undi.

2. Yang aku google tadi masa kat office, Akademi Fantasia dah ada 9 musim dan setiap musim ada 13 budak masuk. Bila aku darabkan rupanya ada 117 orang muda yang tak berjaya membanggakan negara.

3. Drama petang mesti anak Dato’ nak kawin dengan anak acik cleaner tapi takleh kawin sebab dia pakai mekap tebal-tebal masa tidur and masa baca doa lepas solat (adegan solat diedit keluar untuk menghormati orang sedang solat). Tapi masih disiarkan sebab rating tinggi.


Tapi tak semuanye mengarut. Masalahnya mentaliti rakyat negara kita ni masih berfikiran sempit.


1. Yuna talented habis boleh tulis lagu sendiri, compose her own music dan menyanyi tapi orang tak suke sebab bibir dia tebal dahi jendul. Watefak.

2. Arwah Yasmin Ahmad menghasilkan karya yang memprovok minda kita untuk berfikir tentang komuniti kita tapi orang komplen cakap cerita terlalu kampung. Another watefak. Note: Bandar dan kereta laju-laju dibawa oleh gangster bertatu dah mainstream.

3. Percubaan Mizz Nina, Zee Avi, Nadhira dan Pop Shuvit untuk menaikkan martabat industri media dikeji kerana mereka tidak menggunakan bahasa melayu sebagai perantara lagu mereka. Artis lain pula memang A1 dalam bahasa melayu.


Seriously. What’s wrong with society? Malaysian artists are like mushrooms. They pop out in bulk after the rain, spread nasty spores to people, then in short term they’ll disappear.

Support Malaysian media industry. Just not their idiocity. Beyond stupid.



P.S. Banyak lagi contoh aku nak amek, tapi aku tak kenal artis-artis ni dan aku malas nak consult en.gugle dengan benda mengarut.





Thursday, April 19, 2012

The perfect day

Cotton candy cloud
Painting the sky blue
Birds singing sweetly
Fresh cut grass

Leaves bristle slowly
Flowers bloom heavily
Colours of rainbow
Raging sound of calm

Kids laughing around
Icecream melting down
Food in picnic basket
Sun shiny day

Everybody I knew
Heard their cries
I look up and smile
It’s the day I die


Wednesday, April 18, 2012

Raksasa hijau berkeliaran depan Nando's

Tadi aku makan kat Nando’s dan semasa melahap ayam aku melihat diluar restoran itu. Manusia sedang berjalan, anjing berlarian, kereta bertaburan. Tibe-tibe aku ternampak ada seekor raksasa hijau sedang berkeliaran seekor diri.

Aku nampak dia mengekori sepasang kapel. Dia membisikkan sesuatu pada si awek. Secara tibe-tibe si awek itu memarahi si pakwe. Terkedu, terkejut si pakwe. Dan mereka bergaduh sehingga hujung jalan. Kemudian, raksasa hijau itu pergi ke sebuah kereta kancil. Dia membisikkan sesuatu pada tuan punya kereta kancil. Lantas kereta kancil melanggar kereta merz dihadapannya.

Melilau lagi raksasa hijau mencari mangsa. Kali ini dia pergi ke segerombolan budak sekolah. Bisik sesuatu di salah seorang budak. Budak itu terus merampas beg rakannya dan mengeluarkan buku sekolah lantas mengoyakkannya. Bersorak gembira raksasa itu. Kemudian beliau memandang aku.

Dia mula mengatur langkah. Menuju ke arahku. Aku ingin lari namun ayam aku tak habis lagi. Disebabkan aku taknak jadi kawan setan suka membazir, aku memberanikan diri. Raksasa itu kini menarik kerusi dan duduk didepanku. Dia memberi salam. Aku tak menjawab. Takot dia bukan Islam.

Dia mengatakan bahawa dia sedar aku memerhatikan dia. Dan dia berkata aku adalah hiuman yang istimewa kerana menyedari kehadirannya. Aku bertanya, apakah yang dibisikkan olehnya sehingga hiuman hiuman tadi berkelakuan begitu. Dia berkata dia hanya bertanya pada hiuman itu, adakah hasad dengki cemburu melebihi segalanya. Dan dengan sendirinya hiuman itu akan bertindak diluar jangkaan.

Aku mengangguk. Kemudian raksasa itu bangun dan sebelum beliau mengundur diri, beliau berkata kepadaku. Lepas ni, aku nak pergi parlimen. Malam ni, jangan lupa tengok TV3.


Tuesday, April 17, 2012

Alien dan aku

Aku suka alien. Alien itu namanya Optimus Prime dan kami mempunyai satu persamaan. Kami sukakan masing-masing. Kasihkan masing-masing.

Aku kenal Optimus dekat Toisasas IOI Mall Puchong. Dulu aku kerja part time kat sana dan aku selalu spelet kerja lepak kat Toisasas. Hari-hari aku lepak Toisasas tapi aku tak pandang pun si Optimus ni. Jual mahal. Aku pun tak tengok Bebi Dol. Macam pondan. Aku tengok figura aksi Predator.

Tapi aku suka Optimus. Walaupun jual mahal. Sedar tak sedar rupanya Optimus dah lama perhati aku. Satu hari di kala pukul 3 hari rabu pabila tiada manusia disekeliling, aku menegur Optimus. Aku bertanya samada dia tak bosan ke duduk di tempat yang sama sahaja. Tiba-tiba dia turun dari rak dan mengedjas ketinggian dia.

Dia mengeluarkan sebilah pisau belati dan menoreh dadaku. Aku melihat sahaja tindakannya. Dia mengambil hatiku, belah separuh dan masukkan kembali separuh lagi. Kemudian dia mengeluarkan spark cube dari dadanya dan masukkan kedalam dadaku. Dia menggunakan jari yang besar dan sasa menjahit kembali dadaku dengan lembut.

Usai menjahit, dia berkata dia akan sentiasa buat aku senyum. Dan aku hanya akan fikir tentang dia. Tak sempat aku berkata apa-apa, Optimus menjadi mainan semula. Keesokan harinya, aku datang ke Toisasas lagi. Hari-hari aku bermain dengan Optimus. Berbual, bergelak tawa. Walaupun aku banyak cakap dan dia lebih senyap, aku bahagia. Memang sah gila.

Dua minggu kemudian, aku harus pulang ke UiTM Segamat. Untuk sambung belajar. Aku pergi ke Toisasas untuk mengucapkan selamat tinggal. Mungkin untuk selamanya. Aku juga ingin mengatakan bahawa Optimus berjaya untuk membuatku bahagia walaupun seketika.

Namun, dia tidak memandangku. Malah mengelak apabila aku cuba membawanya turun dari rak yang tinggi itu. Dan aku tersentap apabila dia berkata ‘Kau dan aku tak mungkin bersama. Kerana kau manusia biasa sedangkan aku robot datang dari luar angkasa’. Mengalir air mataku mendengar kalimah itu.

Tak mengapa Optimus, hatiku masih lagi bersamamu. Kataku didalam hati sambil melangkah pergi. Spark cube kau terang didalam dadaku.


Sunday, April 15, 2012

Generasi aku

Budak-budak muda zaman sekarang, apa dorang tahu pasal kesusahan? Jangan kata generasi bawah kita je, cuba tengok generasi sendiri dulu. Aku? Apa aku tahu pasal kesusahan. Aku rasa susah bila tak dapat iPad, aku rasa susah bila tengok kawan-kawan makan kat Tony Roma’s, aku rasa susah duit minyak kereta tol bayar sendiri. Puihh. Ludah lah.

Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Senang bukan mewah. Tapi mak ayah aku tak senangkan aku. Sebabnya, aku ada 5 adik lagi. Hasilnya, aku tak spoil kena pandai manage duit. Heck, nak beli gula-gula cermin mata coklat warna warni pun kena tolong basuh pinggan dulu. Jadi aku sangatlah bengkek dan rasa nak kelar pipi orang yang susah hati bila kerja yang dia dapat tak mampu nak hidupkan lifestyle dia.

Yelah, dulu time belajar duit PTPTN duit mak ayah kan ada. Hari-hari nak beli Mochiatto kat Starbucks pun mampu. Duit habis boleh mintak mak ayah. Jadi bila gaji bulan-bulan dapat kena lah maintain lifestyle. Malu lah beli teh tarik mamak sengget. Malulah beli nasi lemak bungkus. Malulah dah pakai lawa-lawa nak pergi Zouk KL tapi naik Rapid. Tak standard lah. Mana cukup gaji RM 1,800 tu. Kita kan orang Key-ell.

Kau fikir mak ayah kau senang sangat lah tu. Habis duit je call dorang mintak duit. Yelah, kau kan belajar jauh so apa-apa kau mintak perlu dipenuhi. Bak kata Robert Kiyosaki, anak itu satu investment. Investment hotak kau kalau duit mak ayah kau guna untuk berjimba berjoli. Abes adik-adik kau kat rumah makan apa? Rumput cam kambing.

Sekarang dah habis belajar, time kau kena cari kerja. Tapi kerja memilih. Taknak kerja dengan cina, takot diskriminasi. Hakikatnya kau melayu pemalas penakot nak bersaing dengan bangsa lain. Taknak kerja government, dengar cerita kerja tak banyak orang mengumpat. Hakikatnya kau pun umpat mereka yang kerja government. Taknak kerja swasta, benefit tak banyak. Hakikatnya kau takot hours kerja gila kacau hidup sosial kau. Taknak meniaga, takot melayu lain dengki. Hakikatnya kau tak rajin nak berusaha.

Kau ingat kerja terus kaya raya pakai Bentley ada drebar sendiri? Semua orang start dari bawah. Kalau kau nak mengomel nak menggedik nak mengadu je kat fesbuk tu, kerja kau otometik jadi senang ke? Gaji kau otometik naik ke? Kerja tak ikhlas macam mana nak dapat pulangan ikhlas. Dapat duit bazir kat benda merapu pastu cakap tak cukup. Bodoh. Simpan lah dalam ASB ke, dalam stokin ke.

Kesimpulan yang aku dapat adalah, generasi aku ni generasi mengada. Generasi lemak. Fikir nak enjoy je. Tak fikir ke, nak enjoy kena kaya, nak kaya kena kerja. Kalau miskin tu, buat cara orang miskin. KERJA.


Thursday, April 12, 2012

Peti cadangan Rapid KL

Aku sebagai orang kebanyakan yang menaiki public transport untuk ke kerja mempunyai beberapa cadangan untuk Rapid KL bus, Rapid LRT dan KTM.


1. Sediakan earphone sewa untuk penggemar musik, lebih-lebih lagi yang beridolakan Avenged Sevenfold kerana kesian mereka terpaksa dengar kuat-kuat dalam bus yang sesak.

2. Sediakan ruang vakum suara untuk makcik-makcik, kakak-kakak atau budak sekolah yang kuat bergosip sebab kesian hal-hal peribadi mereka diketahui semua.

3. Sediakan seat yang lebih lebar untuk mereka yang berbadan besar sebab kesian dorang terpaksa duduk kat dua seat sekaligus meletakkan beg mereka di sebelah.

4. Sediakan gambar perempuan seksi bertampal di dinding bas atau tren kerana kesian mereka kena tampar dengan perempuan yang telah mereka raba.

5. Sediakan deodorant pelbagai jenama di pintu masuk bus atau tren kerana kesian mereka-mereka yang tak mampu beli atau terlupa pakai lagi-lagi 'pelancong' asing.

6. Sediakan carpet merah otometik bergulung kebawah untuk orang yang VIP nak cepat naik bas atau tren sebab kesian mereka kena beratur macam orang kebanyakan.

7. Sediakan satu papan khas di belakang setiap seat bus atau tren untuk melekatkan chewing gum sebab kesian orang yang prihatin dengan nafas tak tahu kat mana nak buang.

8. Sediakan scanner dada untuk mengenal pasti jantina penumpang sebelum masuk coach tertentu kerana kesian lelaki yang ada man boob tak pasti jantinanya.

9. Sediakan seatbelt atau harness untuk penumpang agar mengelakkan perlanggaran tubuh manusia kerana kesian orang yang dah berwudu’ terbatal wudu’nya.

10. Nak cukupkan sepuluh.


Wednesday, April 11, 2012

Jangan balik tengah malam

Aku lambat balik kerja semalam. Usai kerja, aku terus balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku memikirkan masa depan aku. Aku memikirkan hasil audit aku. Aku rasa aku nak jadi tax assistant. Kaya juga. Driving, bukak radio. Dengar Fly.fm dan aku termenung.

Sampai di rumah pangsa aku, aku berdiri di depan lift. Aku melihat tangan ku, jam menunjukkan sudah 1.12am. Lambat sungguh kali ni aku balik. Semuanya gara-gara client lambat bagi fail yang aku perlukan. Aku menekan punat ‘atas’ lift rumah pangsaku. Aku menunggu.

Lift terbuka, aku melihat keliling. Tiada sesiapa. Dengan keletihan membawa laptop company kehulu kehilir, aku menekan punat tingkat 8. Tingkat rumahku. Segera aku memegang kunci rumah kerana tak tahan nak kencing.

Tetapi lift tidak bergerak. Aku sudah panik. Pintu lift terbuka. Homaigod! Secara tibe-tibe seorang apek cina berdiri di depan lift itu. Tadi takde. Aku terkedu. Terkesima. Tergesa-gesa aku menekan punat ‘tutup’. Aku lega kerana pintu lift sudah tertutup dan aku bersandar di dinding lift.

Pintu lift terbuka lagi. Kali ini apek itu tersengih. Giginya tajam. Bagai diasah. Beliau bukan sekadar tersengih, beliau menyeringai. Aku dah cuak, aku menjerit aidonggeevasheet sambil membaca surah Al-fatihah di dalam hati. Aku menekan-nekan lagi punat ‘tutup’. Kali ini dengan lajunya sehingga jariku pedih. Berdarah, luka.

Namun kali ini pintu tidak tertutup. Aku nyaris pitam. Kepalaku sudah berpinar. Scumbag brain. Macam-macam aku fikirkan. Aku dah takot. Menggeletar lutut, menggigil tangan. Sumpah aku takot. Apek yang menyeringai itu memandang tepat mataku. Perkataan yang beliau lontarkan hampir buat aku pengsan.

Amoi ah, itu lift sula rosak oh. You kena tunggu sama lift satu lagi.

Thursday, April 5, 2012

Dah suka mengaku jelahh

Kanser tahap tiga. Itulah aku. Tiada rambut, badan lemah dan aku mesti duduk di dalam rumah. Ibuku khuatir aku akan mati di jalan raya. Dilanggar lori. Sudah 7 bulan aku duduk dirumah. Aku rindukan suasana diluar. Aku rindukan bau rumput baru dipotong. Aku rindu angin pagi yang sejuk. Aku rindu melihat kanak-kanak berlarian di padang. Aku rindu anjing mengejar aku ditepi jalan.

Semalam aku ke hospital, berjumpa dengan doktor yang merawatku. Doktor kata aku hanya mempunyai 2 minggu sahaja untuk hidup. 2 minggu, masa yang sangat singkat. Tak sempat pun nak tunggu Diablo 3 released. Sia-sia sahaja aku beli PS3. 2 minggu, masa yang sangat dibenci auditor. Aku tahu kerana aku dulu auditor, tapi kerana audit lah aku mendapat kanser. Kanser otak.

Seharian aku duduk dirumah. Aku sudah malas makan ubat-ubatan yang doktor berikan. Aku sudah malas mengambil injection yang ibuku akan cucukkan. Aku sudah malas untuk duduk diatas katil sahaja. Hari ini, aku akan keluar dari rumah. Aku akan berjalan, aku akan mengambil nafas udara segar diluar. Aku akan mengetuk kepala budak kecik bermain ting ting.

Lantas aku berpakaian sempurna, bertudung. Tiada lagi seluar pendek, tiada lagi baju tidur. Aku ingin keluar. Sendirian. Ibuku tidak melarang, mungkin dia merasakan aku deserve untuk keluar buat kali terakhirku. Keluar sahaja dari pintu, aku membelok ke kiri. Berjalan sehingga aku tiba di deretan kedai. Aku ternampak kedai CD game cetak rompak. Aku pun masuk.

Berdirinya seorang staff dibelakang kaunter. Sungguh kacak. Aku terpaku, ingin menegur tetapi malu. Lantas aku melihat kepingan-kepingan CD di rak. Aku mengambil satu. Memberikan kepadanya. Dia tersenyum dan berkata sebentar, dia ingin ke stor mengambil plastik beg. Aku mengangguk. Dia kembali dan memberikan CD tersebut kepadaku. Aku pulang. Balik, CD tersebut aku sumbat dalam laci.

Keesokan harinya, aku pergi ke kedai CD itu sekali lagi. Mengambil sebuah CD. Memberikan kepadanya. Dia ke stor lagi untuk mengambil plastik beg. Aku pulang. Aku suka lelaki tersebut. Aku ingin melihat mukanya. Kerana itulah kejadian ini berulang-ulang sehinggalah hujung minggu. Kemudian aku tidak datang lagi. Kerana aku sudah mati. Selamat dikebumikan selepas Zohor tadi.

Lelaki di kedai CD itu tidak mengetahui tentang keadaanku. Maka dia menunggu kehadiran aku. 4 hari selepas kematianku, dia datang ke rumahku. Bagaimana dia tahu alamatku, ha ini kita tak tahu. Mungkin dia stalker. Mungkin juga dia jiranku. Dia bertanya kepada ibuku, tentang aku. Terkejut dia mendengar berita lantas terduduk didepan pintu rumahku. Tak malu. Dia mengucapkan terima kasih dan balik.

Ibuku pelik. Ibuku masuk ke dalam bilikku. Dia masuk dan menggodek segala baranganku. Ibuku membuka satu laci dan melihat kepingan-kepingan CD yang aku beli. Tiada satu pun dibuka. Maka dengan gatal tangan seorang ibu yang curious, ibuku membuka setiap keping CD yang telah ku beli. Buka satu, sehelai kertas jatuh. Buka lagi satu, sehelai kertas lagi jatuh.

Ibuku mengutip setiap helai kertas yang jatuh itu. Terdapat 8 keping kertas. Semuanya tertera ayat yang sama.

“Awak comellah, saya suka tengok awak. Boleh kita kenal?”


Tuesday, April 3, 2012

kasihan seorang perempuan

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tak tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu lelaki.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--

betapa kasihan;

betapa kasihan.

wahai perempuan.

semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.


kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.

berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.

berhenti--

dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.


kopipes dari fynn jamal

Sunday, April 1, 2012

Buat baik berpada-pada, buat jahat kat orang buat jahat kat kau

Aku berusia 18 tahun. Budak merdeka SPM. Bekerja part time di Golden Screen Cinema di IOI Mall. Pergi kerja naik bas. Takde lesen. Takde motor. Bas paling lambat pukul 11. Penting aku cerita pasal bas. Penting untuk moral of the story. Tolong catit dalam buku nota.

Cerita Spiderman baru keluar. Beratur panjang customer aku nak beli. Patut aku tutup kaunter pukul 9. Kejar bas pukul 10. Bas rapid baru. Time itu baru lagi la kisah 5 tahun lepas. Bas cantik. Aku dah nak tutup kaunter masa tu, bila budak laki sebelah aku mintak tolong aku untuk bukak kaunter. Cerita Spiderman midnight memang ramai nak tengok. Sebab sape tak suka tengok lelaki badan ketak-ketak pakai seluar ketat tengah-tengah malam kan. Koh koh.

Aku tanya dia macam mana aku nak balik kalau aku bukak kaunter. Bas last pukul 11. Aku ulang. Bas last pukul 11. Dia kata takpe dia boleh tolong hantar naik motor sebab rumah aku sehala dengan dia. Sebab aku kenal dia, aku pun kata okaylah aku tolong.

Pukul 12.30am. Kami berdua tutup kaunter. Lantas dia mengambil helmet dan berkata dia ingin chow dulu hantar seorang kawan dia. Aku kata tadi kau dah kata nak hantar aku. Jawapan dia simple and sweet yang buat aku ingat sampai bila-bila.

Aku tak janji nak hantar kau. Kau kena tahu, bila kau buat baik kat orang tak semestinya orang tu buat baik kat kau balik.

Lantas dia berambus. Aku terasa nak tumbuk dinding je masa tu. Nasib baik manager branch aku ada. Tak jadi tumbuk. Dia hantar aku balik. Sampai bila-bila aku akan ingat muka mamat tu masa dia ucapkan ayat keramat itu kat aku.

Jadi sekarang jangan bangga perasan femes sebab aku tulis pasal kau dalam entri aku. Dan aku nak ucap terima kasih weh. Sebab kau buat aku berhati-hati dengan orang. And kalau kau baca ni, aku nak bagi satu pengakuan. Kau kena pecat sebab aku yang report kat manager yang kau main duit kat box office tu.

You slap me once, I slap you twice.