Monday, February 22, 2016

#21 Tiada tajuk

Petang tadi lepas balik dari client aku pergi ke sebuah apartment. Setelah tiba di depan rumah yang aku tuju, aku mengetuk pintu. Sekali. Dua kali. Tiada jawapan maka aku menghentak hentak dengan siku. Akhirnya pintu terbuka. Berdiri seorang lelaki boroi memakai lampin memandang aku.

Aku bertanya pada dia “Mana bow dan arrow kau? Mana?” Dia tidak menjawab. Aku terus masuk kerumah dia. Aku kini menghadap dinding yang penuh gambar lelaki dan pasangannya. Mata aku meliar. Tibe-tibe aku ternampak gambar aku. Bersama dia.

Aku cabut gambar itu dan bertanya lagi “Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku semakin geram. Aku mendekatinya. Menjerit sekuat tenaga aku “Woi Sang Dewa Cupid! Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku menumbuk mukanya kerana geram. Merah tanganku selepas menumbuk.

Kerana bengang lantas aku mencari sendiri. Aku ternampak bow dan arrownya di belakang TV LCD yang sedang terpasang Astro siaran bola. Aku mengambilnya dan memegang kemas gambar aku tadi. Dia menjerit memanggil aku. Aku buat bodoh.

Terus aku pergi ke kereta dan memandu dengan furiousnya. Lima jam perjalanan aku menuju kerumah dia. Dia sedang nyenyak tidur. Aku menggunakan arrow Sang Dewa Cupid dan memanah ke punggung dia. Tetapi sasaran aku tidak mengena sebaliknya tercucuklah hati dia.

Mengalir darah dia membasahi katilnya. Aku terkejut. Sepatutnya arrow ini menbuatkan dia bangun dan membawaku dating di IOI Mall. Tetapi aku lihat semakin membuak-buak darah keluar dari hati dia. Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa begini? Kenapa?

Tibe-tibe berdiri Sang Dewa Cupid perut boroi memakai lampin disebelahku. Dia memandangku dengan muka yang hiba. Aku baling bow kearah dia. Sakit hati. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa tak menjadi? Bukan ke kalau aku panah dia akan sayang lebih pada aku?!”

Dengan tenang dia memandangku sambil memegang tanganku. Aku menarik dengan cepat kerana dia bukan muhrim. “Panah ni berfunction hanya sekali. Lepas tu kena usaha sendiri.” Dan dia terus keluar menaiki kereta kancil buatan perodua tahun 1998. Menangislah aku disitu. Melihat jasad dia semakin hilang dari pandangan ditiup angin. Darah semakin kering. Lama-kelamaan, terus hilang.

Aku masih memegang erat gambar.


Saturday, February 20, 2016

#20 Dua kepala

Sudah hampir setahun kematian arwah bakal isteri Jebat. Polis masih lagi tetap dengan keputusan mereka, bahawa arwah bakal isteri Jebat membunuh dirinya. Jebat habis denial, kini dalam tahap penerimaan.

Rumah lama arwah bakal isteri Jebat telah lama disewakan kepada orang lain. Jebat tidak lagi singgah ke rumah itu. Barang-barangnya pula sebahagian ada di rumah keluarga arwah, sebahagian diambil Jebat sebagai kenangan.

Helmet berkecai yang dijumpai oleh Jebat masih lagi di simpan. Jebat bersumpah akan mencari tuan punya helmet tersebut. Setelah seberapa lama dalam kemurungan, Jebat kini sudah bersedia untuk jumpa dengan kawan kawan lama.

Orang pertama Jebat jumpa, adalah kawan mutual Jebat dan arwah.

Kau macam mana? Okay?

Okay jela, camne lagi.

Sakit kau okay?

Sakit ape?

Yang kau accident masuk spital dua bulan tu.

Ha?

Kau tak ingat? Kau naik motor, accident helmet tercabut then kepala kau terhentak. Kau koma sekejap nak dekat dua bulan.

Ha??

Serious? Doh, kau jumpa balik mak ayah kau tanya. Aku tak tahu detail, tapi aku dengar kau otak bergegar gak time tu.

Jebat terkesima. Di tukar topik. Berborak sebentar. Malam ini, hala pulang ke rumah. Jumpa abah dan mak.

Tak mungkin.


Friday, February 19, 2016

#19 Kehilangan adalah permulaan sebuah kerinduan

Kau perhatikan horizon disana,
Warna jingga merah dan kuningnya,
Harmoni walau tiga warna,
Mereka bertiga dan kita berdua,
Tapi sayang kita tak boleh bersama

Dua garis rel itu,
Seperti kau dan aku,
Hanya bersama tapi tidak bertemu,
Tiada yang aku katakan disini,
Akan buat kita bersatu,

Kau matahari,
Dan aku bulan,
Matahari naik dan bulan turun,
Satu siang, satu malam,
Dua dunia yang berbeza tetapi tidak bersuara,
Tapi kita masih ada cinta.

Cinta yang tak akan hilang,
Rindu yang tak akan kekang,

Walau dipisah oleh alam.