Thursday, January 31, 2013

faith in humanity restored


Gopalasanthiran a/l Manickam

Aku tak kenal dia siapa, dia tak kenal aku siapa. Tapi dia buat aku ada faith in humanity. Semalam aku tunggu bus lepas balik dari kerja, dan selalunya aku akan tunggu bus dua tiga dah lalu baru boleh naik.

Sebab apa?? Sebab penuh. Penuh tahu tak! Semua orang nak naik bus. Semua orang balik rumah masa sama macam aku. Semua orang suka tiru aku. Korang ni, cuba beli kereta. Supaya aku boleh naik bus.

Berbalik kepada cerita. Kenapa aku sebut nama Gopalasanthiran a/l Manickam. Aku nak masa depan nanti, dia cari kerja lain dan bakal majikan dia Google nama dia, bakal majikan dia baca blog aku ni dan bagi dia kerja. Sebab, dia baik. BAIK GILA !!

Bus penuh, kau jangan harap lah bus driver nak berhenti untuk kau. Kau siapa?? Manusia kerdil. Hanya seekor homosapian di tengah tengah hutan batu. Kau tayang lah dada montok kau pun, belum tentu bus driver nak berhenti. Okay, tu tipu. Dia mesti berhenti.

Tapi, En. Gopalasanthiran a/l Manickam ni, BERHENTI. Berhenti untuk aku walaupun tudung aku menutup dada. Bukan aku sahaja, setiap bus stand dia berhenti. Orang dalam bus dah maki maki dia.

Buat apa berhenti doo, dah penuh. Peluh.

Panas bro. Terus je, bodoh punya bus driver. Tamak.

Dudes ! Bus driver tak dapat apa apa. Dia makan gaji buta. Dia nak tolong semua orang balik rumah. Sama macam kau nak balik rumah. Cuba kalau kau yang kat luar tu, mesti kau maki bus tak berhenti. Bila kau dah kat dalam, kau maki bus driver cakap jangan berhenti.

Bapak selfish! Celaka lu si pemaki. Apa lu nak? Selain memaki. Cuba cerita.

Aku jujur mula mula terasa panas dalam bus. Sumpah. Dengan bau rokok Surya campur pewangi one-drop-of-shit, siapa tahan. Tapi aku fikir juga, kalau En. Gopalasanthiran tinggalkan aku je dekat bus stand awal-awal tadi, mungkin aku akan sampai rumah dalam masa lapan belas jam menunggang kura-kura.

Aku saja tulis entri ini untuk bagi kredit kepada En. Gopalasanthiran. Sebab mana lah tahu, dia nak cari kerja lain. Prospective employer dia akan kata,

Wow, this man is a really good man. I should give him his own bus. Or a tortoise.

Kejap lagi aku nak tulis surat dekat Rapid KL. Suruh dia naik kan gaji En. Gopalasanthiran a/l Manickam dalam dua ratus ke. Tak dapat tak apa, dapat bagus.

p/s En.Gopalasanthiran, kalau naik gaji, hulur hulur le. Kekekeke. Hilang niat ikhlas.





Thursday, January 24, 2013

legging itu cantik


Legging itu cantik

Kemas

Sebab itu kami pakai. Legging ada macam macam warna, tapi selalunya kami pakai legging warna hitam, sebab hitam itu menawan. Dan juga bikin kami nampak kurus. Baru nampak lawa.

Selalunya kami pakai legging dengan jersi, lagi lagi bila musim bola ramai orang lepak kat mamak. Ish, mana ada kami saja bagi lelaki tengok bontot kami, kami nak selesa. Seluar jeans panas pakai malam malam. Lagipun, jersi kan besar. Dapat cover bontot kami.

Kadang kadang kami pakai legging dengan baju ketat. Baru sesuai. Eh, mana ada macam baru habis swimming, tak nampak ke beg Prada tiruan ni? Kami baru balik shopping lahh.

Selendang kami memang kena pakai, bersama legging. Baru Yuna. Cuma kami tak pandai main gitar je. Tudung pakai sebab nak kena tutup aurat. Tak tahu ke rambut ni sehelai je dah 60 tahun dalam neraka. Ish, taknak lahh.

Siapa kata legging ni tak cantik? Kalau tak cantik kenapa orang jual? Kalau tak cantik kenapa orang beli? Kalau tak cantik kenapa kami pakai?

Alaa, kamu jeles dengan kami kannn?? Berkeyakinan tinggi untuk memakai pakaian yang daring. Kamu lepak pakai seperti orang normal, tak outstanding lah.

Oh by the way, selamat menyambut maulud nabi.


Yang benar,
Makcik-badan-berlemak-lemak-kaki-comel-bawa-beg-Coach-tiruan-lepak-makan-mamak-malam-malam



Tuesday, January 22, 2013

graduasi dan kerja


Aku dah habis belajar dan kini bergelar sebagai seorang graduan. Aku akan skip ayat ayat klise seperti

‘akhirnya, tamat sudah 5 tahun perjuangan sebagai seorang pelajar, dan aku akan menempuhi dunia baru’

Atau

‘homaigod! Pasti aku akan rindu kawan kawan aku, goodbye uolls! I’m gonna mish you! Muacks.’

Aku terus pergi ke cerita yang aku nak cerita. Habis paper, aku dah terus start kerja. Baru angkat barang dari kampus ke rumah, penat macam haram. Nak kemas, memang terbaik. Nasib baik aku ada bibik, dia tolong aku gosok baju kemas semua. Ya, bibik tu diri aku sendiri. Shaddap.

Dan semalam, hari pertama aku bekerja. Malang dan sialnya, aku LAMBAT setengah jam. Iya, lambat gila. Ini semua gara gara aku tak tahu macam mana keadaan dekat office aku. Tempat baru, suasana baru dan bus macam haram.

Hari pertama kerja. Dan aku lambat! Menangis. Meh pujuk aku.

Aku sepatutnya terus ke tempat klien berdasarkan apa boss email pada aku, tapi sebab lambat maka senior pun dah blah. Ah, nangis lagi. Meh pujuk beli gula nano nano.

Disebabkan aku tak pergi klien, boss briefing sikit pasal kerja aku. Yang aku dapat konklusikan dari briefing boss bagi selama dua jam adalah
   
1. Boss comel.
2. Boss kelakar.
3. Tapi boss dah kawin.

Boss bagi buku untuk aku baca. Takyah hafal pun takpe dia kata. Takde periksa. Balik rumah, tak makan. Pengsan.

Dalam mimpi, aku nampak aku duduk di tempat boss tapi dengan office yang lagi cantik.

Yayy! Akhirnya tercapai cita cita aku ingin menjadi internal auditor. Okay! Aku dah berhenti nangis. Siapa yang beli gula nano nano untuk aku, kita share jela. 



Tuesday, January 8, 2013

perempuan dan sigaret


Kenapa eh, kenapa?

Kau jumpa laki yang baik, pandai, kaya, kacak.
tapiiiii....
dia seorang penghisap sigaret tegar.

lalu kau pun tinggalkan dia, dengan alasan,

Ai tak suke leww laki isap rokok ni, macam orang jahat, membazir. Tak sihat.

Adakah smoker ni semuanya tak guna?
Adakah mereka membazir?

Aku rasa, perempuan pun membazir juga.
Beli cekelat banyak2, pastu gemuk.
Tak sihat jugak untuk arteri jantung kau.

Bukan aku nak kata orang merokok ni bagus,
memang tak sihat.

Dah dia merokok, kau jangan tengok paru paru dia secara literal, 
cuba tengok hati dia. Baik kan. Muka dia. Kacak kan. Poket dia. Kaya kan.
Bagi peluang lah weyy.

Ni aku bukan back up orang sebab secara rahsianya aku suka tengok lelaki hisap rokok kerana aku rasa itu macho,

Tapi, kalau point kau taknak kawan dengan orang tu sebab dia seorang perokok,

Aku sarankan kau pergi kawan dengan ikan dalam laut.
Sebab dalam laut tak boleh petik lighter.


Monday, January 7, 2013

teman tidur


Setelah empat hari aku tidur di atas lantai, baru aku sedar yang aku ada room mate baru. Kesian kau, dah lah tak di sukai, di benci, lepas tu hari ini dekat sejam jugak kitorang cuba halau kau.

Bukan tak suka kau, kau comel. Mata bulat, kulit hitam manis. Tapi, kau busuk.

Tahu tak, busuk. Aku syak kau tak pernah mandi. Aku syak kau penyebab kami semua selesama dalam rumah ni.

Mungkin sedara mara kau comel, rambut lawa. Tapi kau, entah kenapa macam di anak tirikan oleh tuhan. Kasihan. Mungkin genetik kau tak sehebat yang diturunkan kepada sedara kau yang lawa tu. Aku kasihankan kau. Dah lah tak lawa, busuk pulak tu.

Okay, aku jarang kutuk orang. Tapi dengan kau, aku bagi pengecualian. Pagi tadi, kau buat buat comel main cak cak dengan kami. Kau tahu tak, sementara kau main cak cak tu, kami semua tengah buat plot yang kejam macam mana nak halau kau jauh jauh.

Kami siap fikir nak bunuh kau.

Hentak kau pakai besi.

Atau racun makanan kau.

Susah betul nak buat kau faham, kami semua tak suka kau. Sekarang, kau bajet comel lagi main cak cak. Sumpah aku menyampah. Sambil taip ni pun aku fikir, macam mana nak sepak kau bagi kau sedar diri kau tak di alu alukan di rumah ni.

Tak apa.

Petang nanti kawan aku datang. Tolong halau kau.

Pakai perangkap tikus.

Harap kau mati tikus. Mati. Mati!



Friday, January 4, 2013

summary tahun 2013


Tahun ini akan jadi tahun yang paling sakit sekali untuk aku