Friday, February 24, 2012

Memilih jalan hidup yang betul menentukan masa depan kita

Hari ahad yang tenang. Ku melibas-libas baju ku. Sedang aku asyik menyepit bajuku di ampaian, tiba-tiba mataku menjadi buta sedikit akibat daripada cahaya yang direct memancar. Sebuah kereta Delorean. Wah! Marty Mcfly datang menziarahi sangkaku dalam hati.

Rupanya bukan.

“Mak! Salah cara mak sidai baju tu. Mak selalu ajar saya supaya terbalikkan baju sebab taknak warna dia pudar,” sapa budak perempuan yang keluar dari kereta tersebut.

“Eh engko, sukati aku lah nak sidai macam mana pun. Dan sejak bila aku kawin dengan bapak kau. Aku ni single lagi okeh, see the finger,” sambil ku tunjuk jari manisku dengan gesture yang tidak appropriate.

“Mak ni, janganlah mencarut. Saya datang nak cakap, mak kena berhenti hidup macam ni. Mak kena jadi seorang penulis. Sungguh mak, kaya raya dengan royalty,” budak rambut pendek itu bercakap lagi.

Dengan muka poker face aku bertanya “Mana kau tahu? Dan stop panggil aku mak kau! Freak.”

“Betul mak, saya memang anak mak. Tak caya mak tengok kereta tu. Kereta time travel okay. Kalau tak macam mana saya tahu mak boleh jadi kaya raya?” tegas budak itu lagi.

Makin keliru bercampur geram aku memberi respon “Kalau kau anak aku, kenapa kau tak pakai tudung? Berdosa tahu tak? Aku takkan ajar anak aku tak reti nak tutup aurat.”

Sambil tersengih budak perempuan itu berkata “Sorry lah mak, lagipun time saya naik kereta tadi dah malam. Takde orang nampak. Tapi mak, betul saya kata. Cukup-cukup lah hidup macam ni. Penat kan. Baik mak menulis je, kaya.”

Aku melibas bajuku lagi, tidak mengendahkan kata-kata ‘anakku’ itu. Dengan muka yang sugul, budak itu berkata “Baiklah mak, saya nak balik dulu. Lagipun JPJ dah naikkan road tax time travel. Sekarang dah jadi seribu ringgit setiap 20 minit. Nasib duit PT saya ada lagi.”

“Eh, kejap. Ada benda aku nak tanya. Benda ni sangat penting bagi aku. 9gag wujud lagi tak zaman depan?” jeritku dari jauh.

Dengan riangnya, budak itu menjerit kembali “Ada mak! Dan semakin banyak repost. Mak kena bantu.” Hatta, berakhir sahaja ayat itu kereta Delorean itu terus meninggalkan track tayar yang berapi didepan rumahku.

Aku sambung menyidai baju sambil berfikir. Hm, 9gag ada lagi. Baguslah. Takde aku bosan.

Dan kerana kisah benar ini yang terjadi membuatkan aku sekarang terfikir samada ingin teruskan hidup sebagai auditor ataupun meneruskan hobiku iaitu menulis.

Demm, aku terlupa tanya anak aku. Siapa laki aku.



Thursday, February 23, 2012

In a parallel universe

Nama aku Jenab. Aku ni tak lawa. Aku teringin nak dapat lelaki hot.

“Pergh, handsome siot lelaki tu. Kau tengok perut dia, bulat. Muka jeragat rambut kerinting panjang. Memang lelaki idaman semua wanita. Kalau lah dia pandang aku, mesti aku terus cair” kata Senah kawan si Jenab.

Jenab senyap. Tidak mampu berkata apa-apa. Dia tahu dengan penampilan dia, dia tidak sesuai dengan lelaki tersebut. Kulitnya putih gebu, licin dan mulus. Hidungnya mancung, mata yang bugar, kening terletak dan juga mempunyai bibir yang mungil. Tingginya 160cm sahaja, jalannya lengang lenggok. Lilit badannya 36-25-34. Sekali pandang, memang hodoh.

Senah menyiku Jenab. “Kau nampak tak mamat tadi. Kau ni asyik termenung je, sesekali join lah aku cuci mata.”

“Aku bukan tak cuci mata Senah, tapi aku malu. Diri aku ni, mana sesuai nak lelaki gemuk ni. Badan diorang sedap-sedap. Aku ni, pegang sikit dah boleh patah. Aku ingat, aku nak pergi gym lah.” Jenab beria menyatakan hasratnya.

“Aku jeles dengar bila orang kata diorang naik berat badan 5kilo dalam seminggu, 20kilo dalam sebulan. Aku dah cuba macam-macam. Badan aku still macam ni jugak,’’ sambung Jenab.

Sambil menggeleng kepala, Senah berkata “Kau ingat senang nak pergi gym? Setakat makan roti gardenia dengan salad tu pun kau dah kenyang, kat sana intensive sangat tahu tak. Kau kena makan 3 pinggan nasi lemak kukus ayam rempah dalam masa 20 minit. Kau larat ke?”

Sekali lagi Jenab senyap, dia tahu dia tidak mampu untuk berbuat demikian. Dia ingin mempunyai figure yang ideal, paha yang mantap dan apabila memakai baju ketat dia teringin sekali mempunyai lipatan lemak di perutnya. Dia sungguh jeles melihat wanita lain yang mempunyai badan begitu.

Dalam hati, dia memasang niat ‘I want to get in shape. The shape of a potato’

Aku sebatang pensel

Aku sebatang pensel. Nama aku pensel 2B. Aku dilahirkan di sebuah kilang di persiaran Puchong Jaya. Adik beradik aku ramai sekali. Ini kerana ibu ku terlalu subur, sampai satu hari ibu ku boleh melahirkan berpuluh-puluh ribu anak. Aku kagum dengan ibu ku, dan pernah juga terfikir macam mana dia larat nak meneran sepanjang hari tanpa berhenti. Makan minum pun takde. Kasihan.

Aku dan adik beradikku di masukkan di dalam kotak kecil dan kemudiannya dimasukkan di dalam kotak besar dan kemudiannya dimasukkan di dalam kotak yang lebih besar dan kemudiannya dimasukkan ke dalam lori kontena yang membuatku rasa seperti inception.

Aku dihantar ke Popular di IOI Mall Puchong kerana tuan ibu ku merasakan kos perjalanan ke sana murah kerana dekat. Lalu aku di keluarkan dari lori kontena dan dikeluarkan dari kotak lebih besar dan dikeluarkan dari kotak besar namun tidak dikeluarkan dari kotak kecil dan disusun di atas rak.

Pada 8 Januari 2012, seorang budak datang dan membelek-belek kotak kecil yang mengandungi aku dan terus menjerit-jerit kepada kakaknya dan menyuruh kakaknya belanja. Oleh kerana kakaknya mempunyai baucer buku 1Malaysia yang di isukan oleh Najib, kakak dia pun bermurah hati belanja. Padahal free.

Si adik pun melompat-lompat gembira sambil memegangku di tangannya. Akibat dari gegaran yang melanda, kepala aku menjadi pening dan telinga aku berdengung kerana bingit dengan jeritan kesukaan budak itu. Namun aku redha, tanpa bersuara aku membiarkan sahaja abang kaunter itu meng’scan’ badan ku.

Balik rumah sahaja, aku dikeluarkan dari kotak kecil. Akhirnya, aku terasa bebas dan aku mengeliat sedikit untuk mengurangkan kematu di buntut ku. Aku melihat kiri kanan, ternyata budak ini mempunyai banyak alat tulis yang mahal-mahal. Semuanya dijaga rapi. Lantas aku terfikir bahawa aku bangga mempunyai tuan sebegini. Aku ingin masuk ke dalam pensel box Ben 10 yang siap matching dengan bag sekolah Ben 10 juga.

Tiba-tiba aku dihalakan ke lantai. Aku di dirikan dengan stabil dan kemudian hidungku yang mancung dicocok ke selapis plastic berwarna oren. Pilu hatiku. Rupanya tuan aku hanya ingin menjadikan aku tiang track kereta Hot Wheelsnya. Mentang-mentang anak orang kaya. Dan mentang-mentang kakak dia beli aku free.



Monday, February 20, 2012

Awan Nano

Tersebutlah di satu waktu di mana di kerajaan langit (sultannya bukanlah Ayah Pin) kesemua rakyat jelata bila tiba saat untuk berkahwin, Sultan Ahmed akan memanggil ibu bapa kepada anak dara anak teruna untuk dijodohkan.

Sultan Ahmed akan mengadakan satu sesi untuk mereka semua yang gian untuk berkahwin setelah tibanya umur legal. Diturutkan kisah, Sultan Ahmed ini memang bijak dalam match-making, justeru itu tidak perlu lah rakyat membuang masa menggoda anak jiran sederet rumah yang sejak kecil lagi sudah main sep sep sep tom tom tom.

Thus, ibu bapa semua makin tidak sabar untuk hari jadi anak mereka yang ke enam belas bukanlah kerana mereka ingin mengadakan parti sweet sixteen ala-ala MTV dimana anak mereka akan mendapat sebuah Humvee, tetapi kerana mereka tidak sabar melepaskan tanggungjawab sebagai orang tua yang tidak larat dengan perangai anak yang macam jin.

Pada suari hari, genap enam belas tahun Hafiz sudah hidup sebagai seorang anak memetik anggur. Ramai mak-mak jiran mengatakan mukanya persis Hafiz AF7, nama pun dah sama.

Bapa Hafiz lantas membawa beliau ke istana dan menghadap Sultan Ahmed. Sultan Ahmed membawa Hafiz ke sebuah bilik yang penuh dengan awan berwarna putih dan hitam. Hafiz tergamam, tidak pernah dia melihat sebegitu banyak awan yang berwarna putih bak salji dan hitam bak hari nak hujan. Biasalah, dia kan duduk kerajaan langit, tak pernah tengok awan macam kita manusia yang biasa-biasa ni.

Ucap Sultan Ahmed "Lihat lah meka, bilik penuh awan bak gula-gula kapas. Meka di kehendaki memijak salah satu awan yang berada di dalam bilik ini. Jika meka memijak awan berwarna putih, meka akan mendapat pasangan yang cantik bagai bidadari laksana sang bulan purnama. Namun hati-hati, jika meka memijak awan berwarna hitam pula meka akan mendapat pasangan yang hodoh bongkok tiga sinonim dengan Hutchback of Notre Dame."

Maka dengan hati-hati, Hafiz usaha untuk mengejar awan yang berwarna putih sambil menyanyi "Begitulah awan nano, sering sahaja tidak terduga hadir ~~ " . Hampir 4 jam Hafiz berusaha namun tidak berjaya memijak walau sekeping awan langsung.

Hafiz pun balik dengan perasaan kecewa.

Keesokkan harinya, kedengaran bunyi loceng hadapan rumah Hafiz. Dengan lemah longlai dia pun membuka pintu. Nahh. Seorang gadis ayu jelita berdiri di hadapannya dan berkata " Kini, saya menjadi isterimu". Hafiz sangat terkejut dan bertanya "Bagaimanakah mungkin, kerana semalam saya tidak memijak walau sekeping awan pun."

Jawab gadis itu sambil tersenyum manis yang membuatkan lembu boleh mati akibat stress "Kerana saya memijak awan hitam pada hari ini" o.O


P.S. Tak kisahlah kalau kita huduh macam mana pun, katakan Bitch Please, still ada chance nak dapat pasangan lawa.

Saturday, February 11, 2012

Mula semula

Mula semula dengan entri baru.

Hidup baru.

Dengan kematangan.

Dengan ketenangan.

Ini blog aku.

Enjoy.