Tuesday, May 29, 2012

Toffee




Ketinggian latitud membuatkan Amalina menjadi alpa seketika. Ini kali keduanya menaiki kapal terbang. Farid disebelah tersenyum sahaja, terasa bahagia dapat memberi kejutan istimewa kepada isterinya. Mereka berdua dalam perjalanan ke Ireland untuk bercuti selama seminggu. Melarikan diri sebentar dari kesibukan dunia, melarikan diri dari masalah yang menimpa.

5 tahun selepas perkahwinan mereka, tidak dikurniakan seorang cahaya mata pun. Pelbagai usaha dilakukan namun tiada yang membuahkan hasil. Lebih menyedihkan apabila Amalina disahkan menghidap tumor otak. Hancur luruh hati mereka berdua. Tetapi Farid nekad, untuk membahagiakan isterinya itu.

Sepanjang di Ireland, Farid cuba untuk membahagiakan Amalina. Sesekali apabila dia melihat Amalina termenung, dengan segera dia menceriakan Amalina. Satu ketika sedang mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan County Down, dengan pemandangan Mountain of Mourne megah berwarna hijau, mereka temui sebuah kedai yang klasik binaannya.

Farid dan Amalina masuk kedalam kedai tersebut dan galak mata mereka dengan pilihan gula-gula yang banyak. Mencuba pelbagai perisa, mereka berdua jatuh cinta dengan perisa toffee. Lantas mereka membeli toffee dan makan bersama sambil bergelak tawa.

Didalam perjalanan pulang ke tanah air, Amalina murung kembali. Memikirkan keadaannya.

“Sayang, I nak tanya you satu soalan,” lembut nada Amalina kedengaran pada Farid.

“Ye sayang, tanya lah. I cuba jawab,” jawab Farid sambil tersenyum.

“Bila I pergi nanti, macam mana dengan you? Hidup seorang diri, gosok baju pun tak tahu. Semua I yang buat,” Amalina sempat berseloroh dalam nada yang agak serius.

“Tak apa sayang, I guna imaginasi. Hehe.” Farid menjawab sambil mencium dahi isterinya.

“Bila I pergi, jangan lupa I sayang.” Pesan Amalina lagi.

“Ish kita dah bincang banyak kali sayang. Dah, you sentiasa ada dalam hati I, tak mungkin hilang. I akan pastikan you terus hidup. I akan pastikan.”

“Macam mana you nak pastikan I hidup?” Amalina tidak berpuas hati. Doktor telah membeli keputusan yang mengejutkan beberapa minggu lepas. Amalina tidak akan mempunyai masa yang lama lagi.

“Imaginasi sayang. Imaginasi.” Jawab Farid sambil merangkul isterinya dengan erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.

Sekembali mereka di kondominium mereka, Farid dan Amalina berehat selama dua hari sebelum meneruskan kehidupan seharian mereka seperti biasa. Disebabkan kondisi kesihatan Amalina, Farid tidak membenarkan isterinya bekerja. Maka Amalina hanya akan duduk didalam rumah dan menjaga keadaan rumah sahaja.

“Selamat pagi Encik Farid,” tegur Halim, budak penjaga pintu. Mesra sekali, memang begitu norma kerjanya.

“Selamat pagi Halim,” jawab Farid sambil tersenyum.

“Puan Amalina tak turun lagi ke?” Halim dan pekerja am di kondominium sudah maklum atas penyakit Amalina.

“Dia taknak turun. Hari ini saya nak belikan toffee. Sejak balik dari Ireland tu, dia kempunan toffee je.” balas Farid bersahaja.

Dua minggu sudah berlalu. Farid sentiasa membelikan toffee untuk Amalina. Tidak pernah lupa kegemaran isterinya.

“Sayang, I dah belikan toffee untuk you. Makanlah,” sapa Farid selepas pulang kerja.

Isterinya hanya memandang kosong keluar tingkap, masih mengenang nasib yang menimpa diri. Menggeleng kepala, Farid meletakkan bungkusan toffee di sebelah katil.

“I nak mandi kejap, malam ni you pakai lawa-lawa, I nak bawak you makan restoran mahal,”

“Tak apa lah sayang, I tak lapar. I makan kat rumah pun okay jugak,” balas Amalina.

Saban hari Farid berusaha untuk memujuk Amalina keluar dari rumah. Tiada guna walaupun pelbagai cara dan umpan digunakan.

“Encik Farid, hari ini pengurus bangunan suruh semua penghuni keluar. Ada sarang tikus katanya, dah panggil exterminator untuk bunuh tikus-tikus semua,” Halim memberitahu Farid pagi jumaat sebelum dia ke kerja.

Farid hanya mengangguk. Otaknya ligat memikirkan cara untuk memujuk Amalina keluar. Hari ini dia bercadang untuk membeli sedozen bunga ros dan gula-gula toffee kegemaran Amalina.

Pulang dari kerja, dia lihat Amalina sedang baring di atas katil seperti biasa. Selepas meletakkan briefcase, Farid duduk disebelah isterinya. Sambil mengusap rambut Amalina, dia mengucapkan kata-kata sayang dengan niat isterinya akan terbangun dari tidur.

“Sayang, I belikan you toffee. Rasanya sebijik rasa yang kita beli kat Ireland dulu,” Farid berkata sambil memalingkan badan Amalina. Amalina pusing, tersenyum menghadap suaminya.

“Terima kasih sayang. Letak lah kat tepi dulu. Eh, ada bunga sekali? Terima kasih lagi sekali,” jawab Amalina dengan lemah. Dari gayanya, dia sudah pasrah dengan keadaan dirinya.

“Asyik letak tepi je sayang, bila nak makan?

“Nanti-nanti I makan okay sayang. Teman baring sebelah I,” pinta Amalina dengan manja. Farid akur tanpa bicara.

Tiga jam kemudian, operasi membasmi tikus dijalankan. Halim dan pengurus bangunan mengetuai operasi tersebut. Mereka menuju ke rumah yang menjadi sarang tikus itu. Dengan menggunakan kunci spare, mereka membuka pintu rumah yang terkunci.

Mereka semua terkejut, melihat Farid sedang baring bersama satu badan yang sudah kaku. Badan yang sudah tiada nyawa, dimamah ulat dimamah serangga.

Farid terjaga kerana terkejut dengan tetamu yang tidak diundang.

“Shhh, senyap. Isteri saya sedang tidur. Tolong jangan ganggu,” bisik Farid kepada mereka semua.

Di sisi katil, gula-gula perisa toffee di kerumuni semut sejak entah bila.




Friday, May 25, 2012

Aku takde idea




Aku terjaga dari tidur, seharian aku terkurung dirumah ini. Lokasi tidak diketahui, tapi melalui rekahan dinding yang diperbuat dari kayu dimakan dek anai-anai, aku dapat mengenalpasti rumah ini terletak didalam kawasan kelapa sawit. Kelapa sawit everywhere.

Aku dibiarkan bebas, tidak diikat. Namun pergerakan aku tersekat. Aku tiada duit tiada tenaga tiada sebarang pertolongan. Tolong. Tolong! Aku penat menjerit. Tiada yang mendengar. Bagaimana aku dikurung, aku sendiri tak pasti.

Aku ingin keluar. Ingin melihat dunia yang hanya aku boleh lihat melalui rekahan yang kecil itu. aku dapat bergerak didalam rumah ini, tetapi aku tidak boleh keluar. Aku cube mencari jalan keluar, mencari ruang yang mungkin boleh di kopak. Tiada.

Datang satu lembaga yang hanya aku nampak melalui rekahan tadi. Dia berbisik, aku boleh bagi kau keluar dengan syarat kau kena berkhidmat dengan aku setiap hari. Dia tidak menyatakan khidmat apa, tetapi kerana terdesak untuk keluar, aku setuju membabi buta.

Dia melepaskan aku, dan meletakkan aku di satu tempat yang tidak berapa asing bagiku. Taman permainanku. Namun entah bagaimana, aku masih berasa terkurung. Seperti aku tidak berkembang. Aku penat, lelah dan tibe tibe aku pengsan.



………………………..



Sudah tiga jam penulis itu menghadap laptopnya. Tiada satu idea pun keluar. Satu satu mati dalam minda. Shit, aku kena rajin keluar lepas ni. Fikirnya.


Wednesday, May 23, 2012

Betullah orang kata

Aku tidak menyokong
Aku tidak membangkang

Aku cuma sedih bila mahasiswa tak bersyukur
Aku rasa menyesal teman kawan shopping sesuka hati
Timbul masalah bila aku nak berbelanja

Adatlah
Pinjam kereta jangan calarkan
Pinjam credit cakap terima kasih
Pinjam duit, bayar balik

Kau nak mansuhkan
Mansuhkan
Bila dah tua nanti
Anak kau nak belajar, buat loan kat bank
Kan sama tu
Berinterest juga, riba’ juga

Atau kau nak kekalkan
Tapi taknak bayar balik
Bolehhhh
Belajar rajin rajin belajar pandai
Jadi macam cina india
Pandai ambil peluang
Tukar jadi biasiswa belajar luar negara

Debat kehulu kehilir
Kau nak kata riba tinggi
Sedia maklum dia cakap kat situ
Kenapa isu riba diutarakan
Sedangkan loan bank beli kereta suzuki swift kau pun
Ada riba juga
Kopi Starbuck kau minum
Kos dua ringgit kau beli sepuluh ringgit
Apadahal bayar jelahhh
Keluarkan duit dari Bank Islam

Tapi yang aku heran
Kenapa melayu je lebih kepoh kecoh
Cina india tak heran pun
Sebab dorang bersyukur
Ada badan nak tolong dorang
Bukan macam anak melayu

Betullahh orang kata
Bila jatuh kata berdengki
Bila tinggi lupa diri
Betullahh orang kata
Kita melayu mudah lupa


Monday, May 21, 2012

Si tua si muda si kotor

Si tua

Ketawa keringat menitik

Adegan yang tidak lucu ditertawakan

Daun gugur, ketawa. Lebah terbang, ketawa

Yang berjalan memandang jelek

Si tua melolong menyeringai sendiri



Si muda

Menyanyi bergembira

Memetik gitar udara imaginasi apa adanya

Tidak mengutip duit, tidak mengharap belas

Tepian jalan mencari saksi

Dijeling, diumpat si pelalu lalang



Si kotor

Mundar mandir menadah tangan

Baju berlumut gigi berdaki

Menyatakan dunia nak kiamat

Memegang papan tanda memegang marker

Tidur hancing si compang camping



Mereka semua

Dipandang hina digelak dipijak

Hati tetap gentar menempuhi segala

Syurga menerima tanpa pertimbangan

Si pendosa bangga tempat mereka di dunia

 

 

Monday, May 14, 2012

Adilkah dunia

Kakak kita kata jangan tulis nama pakai dakwat merah, nanti kita mati cepat.
Kakak kita kata kalau amek gambar bertiga yang tengah mesti mati dulu.
Kakak kita kata guli jangan sepah nanti toyol suka main.
Kakak kita kata jangan asah pensel sampai pendek nanti mak pendek umur.

Banyak benda kakak kita kata semua kita tak dengar. Kita tulis jugak biodata kita dalam buku 555 nama kita dengan dakwat merah. Kita amek gambar pakai DSLR abang kita diri jugak tengah-tengah. Kita biar je guli kita bersepah lepas main congkak. Kita asah pensel kasi pendek. Kita memang hardcore. Tak dengar cakap kakak.

Kakak baik. Selalu belikan kita keropok lekor. Kita tak pernah nampak kakak sepahkan guli. Kakak kata takpe dia guna pen merah sebab dia dah sekolah menengah. Amek gambar pun kakak selalu kat tepi sebab dia pendek. Pensel kakak tak pernah pendek sebab kakak guna pensel tekan.

Kakak anak yang baik. Kakak tak pernah derhaka. Tak pernah lawan cakap abah. Selalu tolong urut kepala mak. Kalau gaduh dengan abang pun, mesti dia pujuk balik. Kakak selalu bacakan buku cerita untuk kita. Kita sayang kakak. Sayang gila babbee. Uppss, tercarut. Ni kalau kakak dengar mesti kena marah.

Tapi kakak kita lama dah tak balik rumah. Kita tak tahu kenapa. Kita tanya mak, mak cakap nanti dah besar mak cerita. Kita tanya abah, abah diam. Kita tanya abang, abang suruh kita senyap. Kita tunggu je kakak balik. Lama kita tunggu. Hari-hari kita tunggu.

Satu hari kita balik dari sekolah. Mak senyum pandang kita. Kat tangan mak ada seorang bayi comel. Kecil lagi, kita jadi suka. Mak kata ada orang tinggalkan depan rumah. Suruh kita jaga. Mak kita kata tu adik baru kita. Kita rindu kakak sangat tapi bila dah ada adik baru, kita jadi suka. Mak letak nama adik kita sama dengan nama kakak. Seronoknya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kuala Lumpur: Seorang mayat remaja perempuan dalam lingkungan usia 16 hingga 18 tahun ditemui didalam Sg. Klang malam semalam. Remaja yang berbaju kurung tersebut tidak mempunyai sebarang kad pengenalan diri. Bedah siasat yang dilakukan, remaja tersebut baru sahaja bersalin tidak lama sebelum masa kematiannya. Keluarga mangsa belum dapat dihubungi dan . . . . . . . .

Sunday, May 13, 2012

Peer pressure

Aku selama ini tak pernah tahu perasaan peer pressure. Peer pressure adalah apabila seseorang mempunyai tekanan dari rakannya tak kira dari sudut negatif atau positif. Aku tak pernah ada perasaan peer pressure. Tak pernah dipaksa merokok, memonteng ataupun perasaan tension apabila kawan mendapat markah yang lagi tingggi dari aku.

Tapi hari ini, aku terasa peer pressure yang teramat. Aku terasa tension maha tinggi apabila aku menghadiri

KENDURI KAHWIN

Arghhhh! Aku nak kawin. Kawan-kawan dah kawin. Aku bila lagi. ARGGGHHHH!!





Tahniah kepada sahabatku. Selamat pengantin baru.


Pictures courtesy from my humble Nokia

Saturday, May 12, 2012

Fikir tajuk


Mbuji IOI Mall pun boleh jadi port menulis

Aku ni loser. Pergi mana-mana sorang je. Duduk minum hot chocolate pun sorang je. Tapi best sorang ni, sebab aku boleh fikir banyak benda tak ada gangguan dari orang lain. Aku juga selalu naik bus pergi balik kerja. Masa-masa yang terluang ini lah yang aku guna untuk fikir idea entri blog aku.

Hari ini, aku berbual dengan seorang kawan penulis aku sambil minum petang selepas makan tengahari. Lagak seperti dewasa. Tapi cerita mengarut-ngarut. Nak minum pun kira cash dalam purse. Koh koh. Maaf.

Kawan aku kata cubalah menulis untuk novel. Aku kata aku menulis untuk suka-suka. Tapi kata kawan aku lagi, menulis untuk suka-suka boleh. Tapi biar nama dah dikenali di pentas dunia penulisan. Baru berbaloi orang nak baca. Lepas tu, mengarut lah macam mana pun, orang tetap akan baca.

Kadang-kadang dalam sejam perjalanan balik rumah dari kerja, aku cuba menulis jugak untuk novel aku. Sabar ye, aku masih mencari idea, masih mencari publisher dan editor. Jalan cerita dah ada. Nak olah je naya. Sebab jujurnya, aku masih takut lagi nak mencuba.

Tapi yang menarik perhatian aku masa berbual dengan kawan aku, dia ada cerita seorang kawannya (seorang penulis juga) menulis novel didalam Komuter setiap hari ulang alik balik dari Sg Buloh ke UKM. 

Satu minggu satu bab. Lagi nak menambah coolness, kawan dia menaip dalam phone sahaja. Tak perlu nak guna Tab atau iPad atau apa. Lagi nak tambah coolness, buku kawan dia dah dipublish pun. Hahaha.


Problem Tab and iPad users?? LOL.


So wanna be like him.

Friday, May 11, 2012

Wahai lelaki

Kau kacak
Perempuan semua gilakan kau, kau jual mahal
Tapi kau lupa
Dorang terdesak sebab kau seorang melayu yang lain cina

Kau pandai
Mungkin kerana itu kau tak bertegur dengan yang lain
Tapi silap kau
Bila pandang orang kau pandang remeh menjeling-jeling

Kau rajin
Semasa orang makan tengah hari, kau bekerja
Tapi kau lupa
Hari ini bukan hari rabu, hari ni jumaat der

Kau berdikari
Tak perlu pertolongan dari orang
Tapi nanti
Masa kau dah mati, tanam sendiri ehhhhh


Kadang-kadang aku bengang dengan orang yang menyombong. Kita hidup dalam dunia ekonomi yang dikuasai oleh orang cina. Bukan orang kita. Jadi tak salah kalau kita-kita yang minoriti ni bersatu padu bergabung tenaga.

Aku senyum pada semua. Lelaki perempuan. Melayu, cina dan india. Mungkin jawatan kau lebih tinggi. Tapi jangan lupa nanti amalan yang dihisab. Berapa kali kau senyum pun, dikira. Bukan gaji berangka-angka.

Kadang-kadang sebab inilah aku tak suka kerja dengan orang melayu. Bila jatuh berdengki, bila naik lupa diri.


Tuesday, May 8, 2012

10 perkara girlfriend cakap

Aku sebagai seorang perempuan sentiasa tak faham dengan diri aku sendiri. Maaf ye kepada yang berkaitan. Kadang-kadang aku marah nangis emo jerit lompat jatuh mati sendiri. Kadang-kadang aku gembira ketawa gelak mengalir air mata pecah perut hentak kaki tepuk-tepuk lutut.

Tapi ini antara perkara yang aku selalu cakap (ataupun most girlfriends would)

1. Sayang, you rasa I gemuk tak? You tengok lah I betul-betul. You rasa I gemuk kann. You nak I kurus macam perempuan hot kan. Jujur je I tak marah.

2. Aku marah.

3. Semalam I mimpi you keluar dating dengan perempuan lain. Siapa dia? Siapa?

4. Sayanggggg, belikan I handbag tu. Cantik lah. Tak boleh? Kenapa? Kita nak nikah punya pasal kena kumpul duit. .sampai hati you taknak belanja. Kan you dah masuk gaji.

5. Sayang I lapar lah. Sayang jap jap I nak pergi toilet untuk kali ketiga. Sayang jangan drive laju sangat. Sayang, nape slow sangat drive?

6. Sayang, you nak makan kat mana? You decide lah sayang. *setelah 10 suggestion* Alaaa taknak lah semua tu tak sedap. I nak Paddington House of Pancake jugak.

7. Tadi you cakap nak call pukul 9. I tunggu sampai pukul 12 kenapa you baru call? Tengok bola? Tipu, you curang kan!

8. Sorry I marah-marah you tadi. Sorry I tak buat lagi. *esok marah lagi

9. I sayang you lah sayang. You sayang I?

10. Nak cukup sepuluh.

Okay. Bila dah list kan terasa annoying gila. But I will give annoyance to my reader. Because I love to annoy people. Kepada para girlfriends out there, adakah anda macam ni? Kepada boyfriends pula, adakah anda nak trade girlfriend anda dengan PS3?


P.s Aku tak sebenar-benarnya macam ni. Haha. Ini semua ilusi. Tiada kaitan dengan hidup personal aku.

Penggunaan bahasa inggeris 'I' dan 'You' tidak diitalickan kerana terlalu banyak.

Saturday, May 5, 2012

Aku nak balik rumah

Petang tadi aku mula mendaki bukit dibelakang rumahku. Puchong ada bukit, bukit jalan tar. Setelah siap berpakaian seperti seorang pandu puteri sekolah menengah, aku memulakan perjalananku. Setiap tapak yang aku ambil, aku sangat berhati-hati. Takot terpijak paku, terpijak tahi anjing. Malas samak.

Aku tiba di sebuah persimpangan. Menerusi cermin mata hitam yang aku beli di pasar malam isnin lepas bernilai lima ringgit, aku dapat melihat dua cabang persimpangan.

Satu cabang penuh dengan kasut designer, baju berjenama, handbag mahal, duit menimbun. Terbeliak mata aku lantas nafsu kewanitaan aku ingin menggunakan jalan itu. Tetapi akal aku berkata, lihat dengan lebih teliti.

Di hujung jalan aku dapat lihat seorang wanita anggun yang agak berusia tetapi sangat cantik masih hot setap sedang menaip keyboard laptopnya dengan gigih. Sesekali dia mengangkat iPhone dan bergelak ketawa. Kemudian kembali menaip. Dia kelihatan gembira walaupun sedang bekerja.

Aku terpanggil untuk melihat cabang yang satu lagi. Sepanjang jalan itu aku lihat pelbagai halangan yang mencabar. Di satu sudut aku melihat seorang wanita sedang memasak, kemudian dia bergerak menuju ke bahagian lain dan mengemas. Wanita yang sama itu sedang menyidai baju. Pelbagai kerja yang dia lakukan.

Sungguh aku kesian pada dia. Penat keseorangan. Aku telah mind set dalam minda, aku tidak ingin jadi seperti wanita itu. Tetapi aku teliti hujung jalan, aku nampak wanita yang sama sedang bergelak tawa dengan seorang lelaki. Suaminya barangkali. Terdapat seorang bayi dipangku atas ribanya. Bahagia. Aku cemburu.

Sekarang ni aku sedang bersila di tengah-tengah bukit jalan tar. Tak tahu hala tuju. Nak patah balik sudah terlambat kerana tadi baru keluar berita zombie menyerang kawasan tanah rendah Puchong. Nasib baik aku bawak laptop ni, dan nasib baik line broadband atas bukit laju.


Reasons I miss studying

I bet most of us who is working really misses the days when we are able to put our feet down when we are tired and I admit that studying life is so much better than working. To those who is still studying, do savour every moment!
Here are the ten reasons why I miss my studying life.

1. I can wake up very late and still have breakfast before going to class half an hour late.

2. There is no such thing as one hour lunch break. But there is such thing as instant noodle for dinner.


3. We go to the library for the air-cond and free wifi. For free wifi, we don't need to buy any coffee.

4. We can use our student card for discounts, food costs cheaper but books costs like hell.


5. The lecturers will actually give you extra time to finish your assignment, no matter how lame your excuses are.

6. I can bring my pet bird to class and people will notice with awe, not trying to kill him with a strange stare.


7. I can buy all the things that I want with my loan money, and let the future me regret it later.

8. You can borrow your friend's report and copy it without hesitation. And plagirism is actually not a real crime if you copy from wikipedia.


9. Friends will always be there for you, with you if you are down. Especially if its a group work and you cause the problem. Sure you'll die.

10. But most of all, I miss my studying life is because I can make plenty of mistakes and learn from it. Without jeopardising anyone.




Pictures are taken by my humble Nokia

Friday, May 4, 2012

Aku selamatkan negara kita

Pagi ini aku bangun pagi dengan ceria. Kedengaran bunyi burung berkicauan, kanak-kanak ketawa gembira menuju ke sekolah. Aku bersiap seperti biasa, dan pukul 7.20 pagi aku keluar.

Aku berjalan kearah bus stand. Beberapa lelaki memerhatikan aku. Aku melangkah dengan lebih laju, mereka mengekoriku. Aku semakin cuak, mereka semakin menghampiri. Mulut mereka terkumat-kamit, berkata sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

Aku tiba di bus stand, dan mereka mendekatiku. Hoh sheet. Sekarang aku dengar apa mereka katakan. Brainssss, Brainzzz. Mereka merupakan zombie yang datang dari New York membawa virus untuk mengubah semua rakyat Malaysia seperti mereka.

Kebetulan bus berada didepan mata. Aku melompat masuk dan tag kad Touch n Go aku. Fuhh selamat. Aku melihat didalam bus. Hampir semua didalam bus sudah infected. Mereka hanya memerhatikan aku dengan pandangan lapar. Aku menjerit-jerit pada bus driver, bagi aku keluar. Kerana aku sudah tiba di destinasi.

Setelah tag Touch n Go, aku meloncat turun dari bus, berpuluh-puluh ekor zombie mengejarku. Aku berlari dengan tangkas, melompat divider jalan raya dengan penuh gaya. Demm, kain baju kurungku terangkat. Aku cepat-cepat menutup kembali auratku. Kali ini, dengan lincahnya aku menaiki tangga.

Lantas aku mengeluarkan dua revolver dari poket kiri dan kanan bag laptopku. Memang aku selalu bawak spare, incase nak memburu. Aku berlari dengan keadaan terbalik. Bang bang bang. Berdas-das peluruku menembusi kepala zombie-zombie itu. Peluru infinite. Aku main cheat. Semuanya head shot. Itu bukan cheat. Aku memang hebat.

Kemudian aku menyimpan kembali revolver aku. Berjalan dengan anggun memakai high heels. Menuju ke bangunan client audit ku. Jam tanganku menunjukkan sudah pukul 11.00 pagi. Sampai di client's, senior bertanya mengapa aku lambat. Aku menceritakan cerita sebenar. Dia tidak percaya.

Sepatutnya dia bersyukur aku dah selamatkan Malaysia dari serangan zombie. Bukannya suruh aku balik lambat hari Jumaat ni.


 

Tuesday, May 1, 2012

Men Vs Women


Nicknames
Bila Jenab, Senah dan Puspa melepak, mereka akan memanggil diri mereka Jenab, Senah dan Puspa.
Bila Bunyamin, Kenchana dam Buyong melepak, mereka akan memanggil masing-masing Babi, Sial and Bodoh.

Makan bersama
Bila bil datang bernilai RM32.50, Bunyamin, Kenchana dan Buyong akan keluarkan RM15 seorang dan masing-masing taknak amek balance
Bila Jenab, Senah dan Puspa nak bayar, out comes the calculator

Duit
Lelaki sanggup bayar beratus untuk benda yang dia perlukan
Perempuan akan bayar separuh harga dari beratus itu untuk benda yang dia tak perlu sebab tengah sale

Tandas
Lelaki ada basic 6 item. Sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, pencukur dan tuala
Perempuan ada lebih dari 50 item dalam tandas yang semuanya tak dikenalpasti oleh lelaki

Pergaduhan
Perempuan mesti dapat kata akhir atau kata putus
Apa yang lelaki cakap lepas kata akhir itu, akan jadi pergaduhan baru

Masa depan
Perempuan akan risau pasal masa depan sampai lah dia dapat suami
Lelaki takkan risau pasal masa depan sampai lah dia ada isteri

Kejayaan
Lelaki yang berjaya mampu buat duit lebih dari isteri dia mampu habiskan
Perempuan yang berjaya ialah perempuan yang jumpa lelaki macam tu

Melawa
Perempuan akan melawa walaupun nak buang sampah, sidai baju, pergi pasar, amek anak
Lelaki akan melawa bila ada kenduri kawin dan raya

Natural
Lelaki natural dari pagi sampai malam
Perempuan somehow menjadi zombie bila nak tidur

Anak
Perempuan akan ingat semua dentist appointment, tuition, birthday, best friend, fear dan segala-galanya.
Lelaki kadang-kadang terasa macam ada orang kerdil duduk dalam rumah



Happy reading! Anyway, I took this from 9gag.