Tuesday, September 3, 2013

Ini semua salah dinasour

Bila baca ramai sangat kawan condemn kerajaan,
pasal minyak naik harga.

Aku rasa macam nak ajar ekonomi.

Umm, pernah dengar tak perkataan

Scarce : bahasa hipsternya 'rare'
Supply : bahasa jawonya bekalan
& demand : bahasa bakunya permintaan?

Bila sesuatu product itu menjadi scarce padahal demand untuknya constant atau semakin meningkat, maka secara automatisnya supply untuk product itu menjadi limited.

Limited. Ya. Macam saintis kata, petrol ni cairan fosil dinasour. Mana ada dinasour dah zaman ni yang kita boleh bakar untuk proses jadi petrol.

Kang ada saintis yahudi (kenapa yahudi? sebab selalunya mereka ini bijak) terjumpa cara-cara untuk menjadikan fosil manusia berubah kepada petrol, keluar headline 'Gas price cures due to fossilized human bodies', lagi sekali kita bising.

Bila barang itu limited, maka secara automatisnya harga mahal. Seperti kasut Supra, atau kereta Buggatti, atau sekeping tanah di bulan.

Supply sedikit, demand tinggi. Um, aku rasa takpayah ajar ekonomi pun kita boleh fikir secara logik akal kepala yang dah belajar tinggi tinggi ni.

Itulah, masa kerajaan cakap nak turunkan harga kereta korang komplen. Konon nanti jalan sesak pencemaran udara berlebihan.

Sekarang kerajaan naikkan harga minyak, supaya kita tak mampu sumbangkan pencemaran. Pun komplen lagi. Haihh.

Kenapa kita kena salahkan kerajaan padahal harga petrol bukan sahaja naik di Malaysia, tapi seluruh dunia. Kenapa tak salahkan mother nature? Atau marahkan dinasour yang dah pupus tu?

INI SEMUA SALAH DINASOUR!

Kalau susah hati sangat harga minyak naik, jangan naik kereta motor dah. Naik bas. Macam aku. Bersyukur ada kaki. HAHAHAHAHA!!



ps: bagi aku harga petrol takde lah mahal sangat, consider kita beli cairan fosil dinasour.