Wednesday, October 10, 2012

Gadis bus rapid yang aku rasa nak kena educate


Kelmarin aku pergi shopping mall berdekatan dengan rumahku. Dengan hanya menaiki bus Rapid. Perjalanan selama 15 minit itu, aku berdiri sebelah seorang gadis yang sebaya denganku.

Teet teet

Telefon bimbitku berbunyi. Aku mengeluarkan Nokia torchlight aku dari poket seluar jeans dan menekan read. Selepas membalas, aku masukkan kembali ke dalam poket seluar.

Gadis itu memandang telefonku. Lantas senyum sinis dengan muka yang jelek. Aku hanya buat bodoh. Ya, aku miskin.

*ringing toneeee~~

Telefon bimbit gadis itu berbunyi. Dia mengeluarkan Blackberry dari begnya dan mengangkat.

“Haaa, oh sorry. Aku takde credit. Aku dah seminggu tak topup, kan aku dah cakap. BBM je.”

Heh. Apa perlu kau senyum sinis, bila kau ada handphone mahal tapi maintenance tak lepas.


Naik bus sama je dengan aku. Koh koh.
Biar papa asal gaya. Heh.


10 comments:

BESI BISU said...

cuba kau naik bus metro pula. mana tahu ada orang guna bb yang ada kredit pula. haha.

Shafa Eman said...

Aku takut naik metro. Haha. Banyak sangat bangsa asing.

ghost writer said...

apalah ertinya kemajuan teknologi kalau tak berfungsi..

Fel said...

Aku juga selalu dpt senyum sinis bila keluarkan Nokia torchlight dari beg.

Shafa Eman said...

Ghost : Baling ke dinding pun, dinding elak.

Shafa Eman said...

Fel : *high five sikit. Untuk keawesomean kita kerana tidak ralit dengan dunia teknologi melampau.

Fel said...

*high-5*

Nokia yang ada torchlight tahan lama. Smartphone mana ada macam tu. :)

Cik Panda said...

Haha :) Ragam manusia! Entah apa yang puas, melihat orang lain kurang dari kita?

Shafa Eman said...

Fel : Hahaha, aku baru balik camping ni, 4 hari tak caj nokia. Chill je si tua ni berfungsi.

Shafa Eman said...

Cik Panda : Nak jolok bijik mata dia, cam kejam sangat kan. Haha.