Friday, May 11, 2012

Wahai lelaki

Kau kacak
Perempuan semua gilakan kau, kau jual mahal
Tapi kau lupa
Dorang terdesak sebab kau seorang melayu yang lain cina

Kau pandai
Mungkin kerana itu kau tak bertegur dengan yang lain
Tapi silap kau
Bila pandang orang kau pandang remeh menjeling-jeling

Kau rajin
Semasa orang makan tengah hari, kau bekerja
Tapi kau lupa
Hari ini bukan hari rabu, hari ni jumaat der

Kau berdikari
Tak perlu pertolongan dari orang
Tapi nanti
Masa kau dah mati, tanam sendiri ehhhhh


Kadang-kadang aku bengang dengan orang yang menyombong. Kita hidup dalam dunia ekonomi yang dikuasai oleh orang cina. Bukan orang kita. Jadi tak salah kalau kita-kita yang minoriti ni bersatu padu bergabung tenaga.

Aku senyum pada semua. Lelaki perempuan. Melayu, cina dan india. Mungkin jawatan kau lebih tinggi. Tapi jangan lupa nanti amalan yang dihisab. Berapa kali kau senyum pun, dikira. Bukan gaji berangka-angka.

Kadang-kadang sebab inilah aku tak suka kerja dengan orang melayu. Bila jatuh berdengki, bila naik lupa diri.


4 comments:

maman said...

Betul sangat lah tu.

Miss Euphoric said...

Aku yakin kau pun pernah rasa.

lyaidma said...

betul . aku rasa apa kau rasa . bos aku jawatan tnggi sikit dah tinggi diri mencecah langit.

http://lyana-edris.blogspot.com/2012/04/aku-bersuara-di-sini.html

Miss Euphoric said...

Kann. Tahu lah jawatan tinggi tapi bangsa lain elok je minum kopi kat pantry senyum2 kat aku. Yang melayu ni, aduhhh. *facepalm.