Monday, February 15, 2016

#15 Pantai barat

Selalu orang semenanjung ni, dia suka kalau dapat bini Pantai Timur. Kau pernah jatuh cinta dengan orang Pantai Barat? Aku pernah.

Aku turun dari kapal terbang, dilambai mesra oleh pramugari mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih. Aku ucapkan terima kasih kembali, sambil terfikir macam mana mereka boleh ceria tapi aku mengantuk gila.

Berjalan menuju ke tempat bagasi, aku menunggu bersama rakan sekerja. Datang seorang pakcik, berborak tanya, nak kemana. Kami menjawab, ingin bekerja. Dia membebel dengan ceria, dia lama tidak pulang ke sana, duduk di semenanjung. Aku senyum sahaja. Satu.

Naik teksi, menghala ke hotel yang kampeni bayar. Pakcik teksi kata, kat sini memang charge harga sama. Mana mana teksi pun. Tapi sebab kita orang Malaysia, kita kasi diskaun lah. Dia senyum mesra, sambil mengangkat beg kami. Dua.

Tiba dia hotel, akak resepsi senyum. Haih, dok senyum je mereka. Bukan sebab kami ini pelancong orang luar, tapi memang mereka sebegitu. Tiga dah.

Hujung minggu, aku menghala ke gunung paling gah. Tinggi tegap berdirinya. Sejuk. Cantik. Keluar dari kereta, aku terpana. Tak pernah tengok aku atas dari awan, kecuali dalam kapal terbang. Memang secara literalnya. Aku lebih tinggi dari awan. Empat.

Singgah tengok lembu. Heh. Ketawa lah. Lembu bukan lembu korban. Ini lembu tenusu. Hitam putih tanpa cela. Terjaga. Terpana sekali lagi. Lima.

Bunga terbesar kata orang. Beruntung aku pergi, dapat saksi sendiri. Allah itu memang hebat bukan. Enam.

Tiga minggu aku duduk Pantai Barat.

Setiap hari aku keluar pergi makan.

Setiap hari aku jatuh cinta.


Total, tak terkata. Tapi, cinta aku tertinggal di sana.

No comments: