Monday, February 15, 2016

#14 Batik dan pelikat

Aku memerhatikan suamiku bersiap. Dia menguis-kuis janggut dan rambut tanpa menggunakan sikat. Kacak dan kuat lagi untuk seorang yang sudah berumur 68. Suami aku ingin keluar, membanting padi. Aku pula, suri rumah sepenuh masa.

Kami duduk di sawah padi. Jelapang. Selagi jauh mata boleh memandang, selagi itulah sawah padi terbentang. Anak ada lapan. Semua sudah bekerja di nunnnnn sana, Kolompok. Tak jauh pun rumah kami dengan Kolompok, ada lah dalam 2 jam setengah.

Kawasan kami, ada dalam beberapa rumah tapi jauh jauh belaka. Tapi kami harmoni, jumpa kat mesjid waktu megrib. Suami aku naik ekpai dan aku di belakang membonceng sambil memakai telekung.

Berbalik kepada suamiku, dia sudah siap dan menuju ke pintu untuk keluar membanting padi. Memakai baju lusuh yang hampir 15 tahun usia, dan berseluar berwarna coklat yang aku sendiri tidak pasti warna asalnya, mengikat kain pelikat di pinggang, sedang memakai kasut. Aku pula, berbaju kurung kedah dan berkain batik.

Aku selalu suruh dia berhenti bekerja, duit anak anak beri lebih dari cukup. Dia tidak mahu. Katanya bosan.

Aku pergi mengucup tangannya, dan dia mengucup dahiku. Sejak kahwin hampir 40 tahun lepas hingga kini, rutin tak pernah berubah. Aku senyum dan melambai tangan, suamiku ber teng teng teng naik ekpai dan aku masuk ke dalam rumah.

Mengemas apa yang patut, dan bersedia untuk masak tengahari. Biasa suami aku balik untuk makan, solat dan tidur sebentar sebelum menyambung kerjanya. Aku masak siput sedut masak lemak cili padi, sayur kangkung belacan dan seperti biasa kegemarannya neslo. Belajar dari anak ketiga, rasa bandar sikit. Hehe.

Usai memasak, aku menghidang dan menunggu kepulangan suamiku. Kedengaran bunyi teng teng teng motor ekpai. Aku menuju ke pintu ingin menyambut kepulangan. Tapi orang lain pula yang tiba. Tidak silap aku, dia nazir mesjid sebelah. Mengirimkan wang zakat yang sudah di apply beberapa bulan lepas.

Aku ucapkan terima kasih, dan tunggu kepulangan suamiku. Sehingga hampir 4 petang. Suamiku tidak pulang. Aku ada telefon, suamiku ada juga. Hadiah dari anak anak kami. Tapi, dia selalu tinggalkan telefonnya di rumah. Aku call berkali kali, terlupa kadang telefonnya di dalam bilik.

Semakin risau, aku mula berjalan mencari suamiku di sawah padi kepunyaannya. Dia tiada. Ah sudah. Mana pergi. Aku tidak larat lagi mahu berjalan ke depan, dan aku pulang ke rumah. Hampir magrib tiada lagi tanda tanda suamiku akan pulang. Aku semakin risau. Rasa ingin nangis.

Aku capai telefon, dan mendail no anak sulung. Tidak terangkat, busy mungkin. Dail no anak kedua, masuk peti suara. Dail no anak bungsu, baru berangkat. Aku mengadu dan mengatakan ayahnya tidak pulang dari tengahari seperti selalu sehingga kini. Anakku mengeluh, dan menyatakan hasrat untuk pulang ke kampong selepas habis kerja.

Sudah pukul 9.30 malam, suamiku tidak pulang lagi. Anak sulung, kedua, keempat, keenam dan yang bungsu sudah tiba bersama keluarga mereka. Tapi senyap sahaja. Tidak riuh seperti hari raya. Aku tahu masing masing risaukan ayah mereka.

Kemudian anak sulungku berkata, mak marilah duduk dengan kami. Kat kampong ni dah tak ada sesiapa. Mak sorang sorang kami pun risau.

Aku menjerit, kenapa kamu kata begitu. Ayah kamu ada lagi, tolong cari dia.

Mak, ayah lama dah meninggal. Hari hari mak call kami, kata ayah tak balik. Jangan la macam ni.

Ayah kamu hidup lagi, mak tahu. Mak baru cium salam tangan ayah kamu pagi tadi. Pergi cari dia dulu. Tolong lah!


Mak. Hm. 

1 comment:

Get Fittrx said...

Buy LEVITRA 40 mg Online without prescription in the USA
Buy LEVITRA 40 mg Online improves circulation in male sexual organs promoting increased arterial inflow to the prostate and penis is a safe . Levitra is often a relatively safe and effective way to treat ED along with dietary and lifestyle changes. If you are looking for any other sexual problem Pills at a low cost, please visit our website...