Friday, August 30, 2013

Jom buli budak

Tadi en boyfriend aku text, katanya di kolej dia seorang pelajar jatuh dari tingkat 4. Tak tahu jatuh di tolak, atau jatuh menolak, atau jatuh sendiri atau terjatuh.

Menjerit makcik café dari bawah nyaring bikin semua pelajar lain dari tingkat lain menjenguk dan kepochi dengan kes yang selalunya kita dengar dari berita atau tengok dalam tivi sahaja. Bila saya tanya, hidup lagi ke tak, jawapannya tak pasti. Yang pasti banyak darah.

Katanya stress kena buli kawan.

Setahun lepas, semasa aku buat praktikal kat kampeni yang sama aku tengah kerja ni, ada kes jatuh dari tingkat yang tinggi (tak pasti tingkat berapa), mati on the spot. Bikin semua tak senang nak kerja dekat situ.

Katanya stress kena buli boss.

Pagi tadi baca surat khabar, seorang budak bunuh diri lepas tulis blog tentang dirinya di buli di sekolah. Bukan di Malaysia, tapi di Eropah.

Blognya cerita tentang dirinya di buli.




Kes buli bukan kes baru. Kes lama, dari zaman entah bila. Di lakukan oleh orang yang sebenarnya inferior, tapi mahu jadi superior. Kerana buli sahaja cara yang boleh channel kan perasaan insecure seseorang yang pathetic.

Selalunya, bila kena buli kita akan pergi mengadu pada keluarga. Emak, kakak, ayah, adik. Tapi macam mana pula orang yang kena buli dengan adik beradik sendiri? Dan ibu bapa buat bodoh sahaja? Bagaimana orang yang begitu?


(buli orang comel kann. macam ni)

Kita buli orang, dan suka tengok orang itu jatuh.
Seronok kan.

Tunggu sampai dia jadi gila, mengalami depresi melampau, terfikir untuk bunuh diri.
Seronok buli orang sampai camtu.

Lagi kelakar, bila orang tu post macam macam kat facebook, twitter, blog tulis tentang depresi. Dan kau ketawa hentak hentak kaki sambil respon : pergilah mati, takde yang peduli.

Tapi nak tahu apa yang lagi seronok? Bila orang yang kena buli tu, bunuh kau pulak. Masa tu, mesti dia senyum bangga.


Hah.

Nak tahu psychopath yang kita tengok dari tivi tu mula dari mana?

Mula dari korang korang yang buli orang.

*senyum sikit

p.s : A cry for help is different from a cry for attention. Attention whores will write 'I'm not pretty' fishing for compliment, while a cry for help will write things that only matters to them and they can only express themselves through these channel. No hunger for response. Only letting go.



1 comment:

Wadi AR said...

teringin jugak nak buli kau. jom dating