Monday, August 26, 2013

Kuala Lumpur 50 tahun akan datang

Selamat hari raya dan salam satu Malaysia.

Pejadah entah aku bagi salam pada semua.

Kelmarin aku naik bus rapid, ya seperti biasa, aku tiada kenderaan lagi. Kumpul duit nak buat kawin (ehh?) so baik naik bus sementara muda lagi.

Sedang aku duduk di seat kedua dari depan sebelah kiri, naik dua orang pakcik (atuk) tua yang seorang pakai tongkat dan seorang pakai cermin mata. Mereka duduk di belakang seat aku iaitu seat ketiga dari depan.

Aku buat bodoh, walaupun kadang rasa pakcik (atuk) tua ni comel sebenarnya. Macam orang tua. Comel macam bayi, tapi tua. Bukan fetish. Jangan salah faham.

Mereka berdua sedang berborak, dan aku berbekalkan handphone nokia torchlight, haruslah telinga aku tak disumbat earphone. Maka, aku terpasang telinga mendengar perbualan mereka berdua.

“Dulu sini ada kedai kopi (insert nama kedai kopi aku tak ingat), famous ni kat Jalan Klang Lama, dah tak ada dah,” cakap yang bertongkat pakcik (atuk) tua tu.

“Aku ingat, time muda muda sini tempat lepak. KL mana ada macam ni. Ni semua kereta, jalan pusing-pusing, jam. Mana ada time tu,” cakap yang bercermin mata.

“Itulah, aku ingat bandar dulu macam pekan ja. Pokok pun banyak. Ni dah pening dah, panas pulak tu” balas yang bertongkat.

“Aku rindu KL yang dulu. Walaupun mak aku selalu kata KL ni sempit, sesak. Kalau dia hidup lagi, mesti sekarang dia lagi tak tahan,” si bercermin mata garu-garu hidung sambil membalas.

“Ni dulu sungai ni macam kat kampong-kampung ja. Sekarang dah ada Mid Valley ni ha,”

Perbualan berterusan selama 15 minit, aku tak ingat semua. Tapi sepanjang mereka berbual, dalam kepala aku timbul imej Kuala Lumpur seperti yang digambarkan mereka. Ibarat flash back yang aku tidak pernah alami, di ceritakan oleh sepasang pakcik (atuk) tua.

Aku tiba di destinasi, dan turun dahulu sebelum mereka, terfikir apa yang pakcik (atuk) tua itu cerita. Mereka betul-betul rindukan KL yang lama. Dan jujurnya, kalau aku di tempat mereka pun, aku juga akan rindu KL yang kini, lagi 50 tahun akan datang.




3 comments:

Cassem Yaccob said...

segamat rindu tak woi? kau rindu segamat tak?

Shafa Eman said...

Ke hadapan Cassem Yaccob yang aku terpaksa bukak profile untuk tahu siapa kau.

Ya, aku rindu segamat, labis dan segala anak pinak mereka walau tersesat di Kuala Lumpur juga.

Tapi ini kisah Kuala Lumpur, so anak Labis, nyah kau dari sini.

Cassem Yaccob said...

bo
ng
OK