Tuesday, February 5, 2013

tarian singa


Kelmarin aku pergi shopping mall berjalan seorang diri. Seperti biasa. Aku kan loser. Pathetic. Hahahaha. Gelakkan diri sendiri. 

Best.

Oh, kelmarin aku pergi shopping mall berjalan seorang diri. Sementara mengusha pakwe makwe duduk depan aku dengan perasaan jeles membuak buak, tibe tibe aku terdengar bunyi gong.

GONG. Tong tong cheng. Cing chang cheng ciang.

Ini bukan racist. Tapi memang betul itu bunyi yang aku dengar. Lalu aku pun berjalan mengikut ke arah bunyi tersebut. Aku melompat kepala budak kecil yang mengganggu perjalanan, aku tepis ke tepi orang tua yang lambat, dan aku potong tangan tak lepas pakwe makwe tadi.

Aku di tingkat dua, berdiri di centre court dan kemudian tunduk kepala sikit. Nampak apa kawan kawan? Wahh, hebat. Iya. *padahal dah baca tajuk aku

Tarian singa. Ke naga? Ke singa? Singa. Dah google.

Dulu masa aku kecik kecik, aku selalu tengok tarian ni kat shopping mall. Klise yang tak pernah henti. Nga mou?

Entah berapa lama aku dah tak tengok tarian naga ni. Last yang aku ingat, memang time tu aku masih lagi tak malu pakai selipar terbalik. Sekarang yang aku perasan, rupanya dalam singa tu, ada orang yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Serius. Masa aku kecik, yang aku nampak adalahh

Mata naga tu berkedip kedip

Mulut dia terbukak bukak

Tibe tibe dari dalam mulut dia keluar oren

Acane?

Bila dah tua, semua ilusi dah crash. Dumped. Hancur.

Yes, in the eyes of an innocent. Everything is real. Everything is extravagant. Singa tipu berak limau pun dia amek limau tu pastu makan.

Sekarang. Bila dah dewasa, bila dah nampak lebih jelas tentang dunia. Dunia takde lah seindah mana.

Jilake !!

Aku menyumpah kuat kuat sambil menaip



8 comments:

hana hani said...

samalah kita..lone ranger for life!

Shafa Eman said...

haha. aku tak berkesempatan lagi nak pergi baca blog kau. nanti habis2 aku stalk ye. keroja. busy.

Wadi AR said...

mesti masa kecik engko kuat hibernasi dalam dunia kot. hahaha

ghost writer said...

kau pun sampai sekarang konpius, mana betul, tarian singa ker naga. tengoklah, tadi kau dah putuskan itu tarian singa, masuk perenggan seterusnya kau kembali kepada tarian naga. hihi. itu tarian naga kalau badannya panjang, dan singa kalau cuma hanya 2 pemain di dalamnya.

Shafa Eman said...

Wadi : Eh, masa kecik aku sure itu singa sebenar. Haha.

Shafa Eman said...

Ghost : haha. aku saja masuk kan unsur confuse kat situ.

Felly Sophia said...

Rugi tak minta limau dari singa/naga tu. Haha.

Shafa Eman said...

Haha, dari tingkat satu memang susah nak jerit minta satu.