Thursday, January 31, 2013

faith in humanity restored


Gopalasanthiran a/l Manickam

Aku tak kenal dia siapa, dia tak kenal aku siapa. Tapi dia buat aku ada faith in humanity. Semalam aku tunggu bus lepas balik dari kerja, dan selalunya aku akan tunggu bus dua tiga dah lalu baru boleh naik.

Sebab apa?? Sebab penuh. Penuh tahu tak! Semua orang nak naik bus. Semua orang balik rumah masa sama macam aku. Semua orang suka tiru aku. Korang ni, cuba beli kereta. Supaya aku boleh naik bus.

Berbalik kepada cerita. Kenapa aku sebut nama Gopalasanthiran a/l Manickam. Aku nak masa depan nanti, dia cari kerja lain dan bakal majikan dia Google nama dia, bakal majikan dia baca blog aku ni dan bagi dia kerja. Sebab, dia baik. BAIK GILA !!

Bus penuh, kau jangan harap lah bus driver nak berhenti untuk kau. Kau siapa?? Manusia kerdil. Hanya seekor homosapian di tengah tengah hutan batu. Kau tayang lah dada montok kau pun, belum tentu bus driver nak berhenti. Okay, tu tipu. Dia mesti berhenti.

Tapi, En. Gopalasanthiran a/l Manickam ni, BERHENTI. Berhenti untuk aku walaupun tudung aku menutup dada. Bukan aku sahaja, setiap bus stand dia berhenti. Orang dalam bus dah maki maki dia.

Buat apa berhenti doo, dah penuh. Peluh.

Panas bro. Terus je, bodoh punya bus driver. Tamak.

Dudes ! Bus driver tak dapat apa apa. Dia makan gaji buta. Dia nak tolong semua orang balik rumah. Sama macam kau nak balik rumah. Cuba kalau kau yang kat luar tu, mesti kau maki bus tak berhenti. Bila kau dah kat dalam, kau maki bus driver cakap jangan berhenti.

Bapak selfish! Celaka lu si pemaki. Apa lu nak? Selain memaki. Cuba cerita.

Aku jujur mula mula terasa panas dalam bus. Sumpah. Dengan bau rokok Surya campur pewangi one-drop-of-shit, siapa tahan. Tapi aku fikir juga, kalau En. Gopalasanthiran tinggalkan aku je dekat bus stand awal-awal tadi, mungkin aku akan sampai rumah dalam masa lapan belas jam menunggang kura-kura.

Aku saja tulis entri ini untuk bagi kredit kepada En. Gopalasanthiran. Sebab mana lah tahu, dia nak cari kerja lain. Prospective employer dia akan kata,

Wow, this man is a really good man. I should give him his own bus. Or a tortoise.

Kejap lagi aku nak tulis surat dekat Rapid KL. Suruh dia naik kan gaji En. Gopalasanthiran a/l Manickam dalam dua ratus ke. Tak dapat tak apa, dapat bagus.

p/s En.Gopalasanthiran, kalau naik gaji, hulur hulur le. Kekekeke. Hilang niat ikhlas.





2 comments:

hana hani said...

Kem salam En. Gopalasanthiran a/l Manickam esok ye..hmm..

Shafa Eman said...

hana hani : kalau jumpa dia esok . haha .