Wednesday, July 11, 2012

#2 Minyak gamat

Jatuh? Biarkan. Tangis? Shaddap you.

Ini adalah norma hidup Ah Tan semasa kecil tiada yang menjaga. Ibunya, sibuk bermahjong. Ayahnya? Tak jumpa sejak World War Two. Kata ibu, ayah seorang perajurit yang tumpas di Thailand. Tumpas di tangan pembedahan plastik bapok lorong.

Ah Tan anak yang baik. Sentiasa siapkan kerja sekolah, tak pernah main lumpur dan menjaga basikal dengan baik. Tetapi ibu selalu marah dia. Tak pernah berpuas hati dengannya.

Ada satu hari, Ah Tan main batu seremban. Ibu rampas kata jangan kawan dengan orang melayu.

Ada satu hari, Ah Tan balik menangis sebab jatuh basikal. Ibu memaki kerana dia mengoyakkan seluar.

Ada satu hari, Ah Tan dapat markah paling tinggi dalam kelas. Ibu kata heh, baru tadika.

Ada satu hari, Ah Tan menang pertandingan sains. Ibu gelak suruh buang kacang hijau dalam tong sampah.

Ah Tan mintak ibu ajar buat puisi. Minggu depan, ada pertandingan deklamasi. Tapi ibu tak layan. Lama-lama Ah Tan fed up. Malas nak berbangga dengan pencapaiannya kepada ibu. Biar ibu main mahjong. Biar ibu dengan kawan cina bukitnya yang rambut kerinting mekap opera. Maka Ah Tan pun naik basikal, kayuh laju laju pergi rumah cikgu Nora nak mintak tolong.

Dalam perjalanan ke rumah cikgu Nora, Ah Tan terjatuh basikal lagi. Selalunya calar biasa tapi hari ini masuk longkang. Basah Ah Tan. Tapi Ah Tan bangun balik dan terus kayuh. Tibe tibe hujan. Memang terbaik ah hari Ah Tan.

Setibanya dirumah cikgu Nora, Ah Tan menggegar pagar kuat-kuat. Cikgu Nora keluar. Melihat Ah Tan seorang diri basah kuyup, cikgu Nora suruh Ah Tan masuk cepat cepat.

“Ehh, Ah Tan! Kenapa kotor baju?”

“Saya jatuh basikal cikgu, masuk longkang tadi.”

“Lahhh, Ah Tan jatuh masuk longkang. So Ah Tan bin apa?” soal cikgu Nora.

Bin apa? Ligat kepala Ah Tan fikir. Ah Tan mana pernah solat. Bukan anak Islam. Kenapa cikgu Nora tanya macam tu? Ah Tan geleng kepala, tanda tidak faham.

“Ah Tan benjol lahh. Hihi,” buat lawak bodoh rupanya cikgu Nora. Celaka.

Ah Tan terpana. Entah kenapa, dia merasakan dirinya tenang. Ah Tan bin apa. Heh. Soalan yang sama berulang. Abaikan. Ah Tan baru 12 tahun. Belum mimpi basah lagi. Ah Tan melihat keliling rumah cikgu Nora. Banyak corak melingkar-lingkar di dinding yang di frame kan.

“Meh cikgu sapu minyak gamat kat kepala kamu,” cikgu Nora menarik lembut tangan Ah Tan dan menyapu minyak gamat di atas benjolannya. Ah Tan terharu, kerana ibu tak pernah layan sebegini.

Ah Tan bin apa. Soalan itu bermain-main lagi.



“Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah”
Surah Maryam 19:76



 
Klik sini untuk Perewa punya entri tajuk minyak gamat
 

4 comments:

ghost writer said...

bagus betul kau buat cerita. semua unsur kau masukkan.

Shafa Eman said...

Waduh. Terimakasih atas pujian kau. Buat aku segan je, datang dari kau.

gabanMorka said...

masa tengah-tengah tu, rasa macam cerita cikgu suraya

Shafa Eman said...

Gaban : Siapa cikgu suraya?