Tuesday, July 10, 2012

#1 Tikus

Dua minggu lepas, tikus aku mati. Setelah menjaganya selama hampir lapan bulan, bila malaikat Izrail datang memanggil, aku tak boleh cakap apa selain innalillah kepada tikus ku.

Selepas mengebumikan tikus, aku tidur bersendirian di dalam bilik. Tiada lagi bunyi decitan manjanya, bunyi roda mainan berputar, tiada lagi jeritan selamat malam dariku. Aku terasa sedih dan sunyi kerana malamku hanya kedengaran desiran angin dari penghawa dingin.

Seminggu selepas kematian tikus, aku membeli lagi dua ekor di kedai binatang peliharaan yang diberikan nama ‘tikus’ juga. Mudah sungguh memanggil nama mereka. Seperti kucing belaanku, aku hanya memanggil kucing. Serupa.

Malam malam aku dihiasi dengan bunyi decitan tikus-tikus baruku. Aku sangat bahagia, mempunyai teman baru. Seronok bermain bersama. Hampir aku terlupa tikus yang pertama.

Tetapi semalam, aku mimpi tikus datang kembali. Datang naik ke atas katil. Tikus memandangku dengan muka yang sedih bagai merajuk. Aku dapat membayangkan, jika tikus mampu berkata-kata, pasti dia akan mempertikaikan kesanggupan diriku menggantikan dirinya.

Aku hanya mampu membalas dengan senyuman hambar. Meminta maaf darinya tetapi setiap orang haruslah maju ke hadapan. Bukan sangkut di masa lampau. Dengan itu, tikus hilang secara efek sci-fi hologram dari pandanganku.

Esok pagi, aku bangun dari tidur. Aku pergi ke sangkar tikus-tikus baru. Aku terkejut melihat dalam sangkar tersebut. Sungguh terkejut sehingga aku tidak mampu untuk menjerit.

Seekor tikus baru aku sudah mati. Bukan sahaja mati, tetapi seperti dilapah oleh binatang lain. Segala bulu bersepah didalam sangkar, isi perutnya hilang dan hanya tinggal tulang halus. Aku mencari seekor lagi. Hanya rentetan darah yang berada di atas lantai menjadi bukti.

Aku mengikut seretan darah di atas lantai yang kemudiannya menuju ke pintu hadapan rumahku. Ini mesti kerja kucing. Arghh! Aku masih lagi berjalan, kini aku di luar rumah. Berjalan terus sehingga kesan darah itu berhenti.



Di depan tempat tikus pertama bersemadi.

 

Klik sini untuk baca Perewa punya

3 comments:

- elina - said...

best nii

ghost said...

tikus saiko.

Shafa Eman said...

Elina : Best, kalau jadi kat kau camne?
Ghost : Tikus tu rindu aku.