Tuesday, June 5, 2012

Cubaan pembunuhan

Makin lama aku di sini, makin aku terasa ingin membunuh. Cukup dengan deraan mental, cukup dengan deraan fizikal. Aku ingin memberhentikan semua ini dengan cara membunuh mereka. Hidup aku tak aman dengan adanya mereka. Apa yang aku buat semuanya salah semata. Ya, aku kambing hitam.

Pelbagai perkara telah aku lakukan untuk menarik perhatian mereka. Aku berusaha dalam pelajaran dan juga berusaha untuk berkerjaya. Aku usaha segigihnya. Namun tiada perasaan kagum atau bangga dalam diri mereka.

Aku terfikir, bagaimanakah neraka aku ingin tarik perhatian mereka. Dengan menconteng arang dimuka barangkali. Maka aku pun belajar mencuri, merempit dan juga bersosial. Masih tiada tanda-tanda mereka mengambil berat tentang aku.

Malam kelmarin, aku fikirkan jalan. Ya, tepat sekali. Aku merancang satu pembunuhan yang classic. Aku tidak akan menjadi seperti Freddy Krugger tetapi hanya akan membunuh dengan cara yang klise. Kali ini kali terakhir untuk mereka memberikan sepenuh perhatian kepadaku.

Aku puas merancang, dua minggu aku mencatatkan segala jenis kebarangkalian yang akan terjadi di dalam buku kerja ku. Aku menunggu mereka tidur, HAHA. Mereka tidak tahu aku telah mencalitkan klorofom di bantal mereka.

Aku mengambil pisau dibawah, naik ke atas dan melihat mereka terlantar di atas katil. Tanganku sudah bersiap sedia. Badanku penuh dengan tindak balas adrenelin. Aku mengangkat tanganku tinggi-tinggi sambil melihat muka mereka.

Tiba-tiba aku tersentap. Melihat muka tua mereka. Aku tersenyap, duduk dan menangis secara drastiknya. Aku tidak jadi membunuh, melihatkan muka mereka tenang tidur walaupun dimamah usia. Teringat segala dosa-dosaku kepada mereka sekian lama. Teringat didikan agama mereka berikan walaupun tidak sempurna.

Aku meletak kembali pisau di dapur. Aku tidur meleleh hingus mengalirkan air mata. Esok, aku buatkan pancake untuk mereka. Ya. Pancake macam dulu-dulu. Zaman kita bahagia. *tangan pegang racun



…………………….



Aku rasa aku kena jumpa pakar sakit jiwa. Takot pulak bila dah selalu baca cerita thriller. Mental betul.


7 comments:

- elina - said...

-Aku rasa aku kena jumpa pakar sakit jiwa. Takot pulak bila dah selalu baca cerita thriller -

aku penah jugak rasa mcm ni. lpastu aku stop baca bnda thriller.
dan aku jadi makin sweet skrang.

kah kah

Miss Euphoric said...

Haha. Makin suwit yee. Tapi takot jadi jiwang pulak. Hehe.

cik peanut said...

Giler ah, bace blog ko, tetiba jer buat aku tekan butan follower. Inspired aku untuk cuci2 semak samun kat belog aku yang aku ase sangat childish yang melampau tu. ;D

Miss Euphoric said...

Hahahaha. Blog masing-masing ada gaya sendiri. Ni gaya aku lah kott.
Terima kasih anyway.

Syak said...

nice blog ;-)

farahdafghi said...

nangis* best sangat blog ni!

Miss Euphoric said...

Thanks :) Hhehee.