Monday, February 22, 2016

#21 Tiada tajuk

Petang tadi lepas balik dari client aku pergi ke sebuah apartment. Setelah tiba di depan rumah yang aku tuju, aku mengetuk pintu. Sekali. Dua kali. Tiada jawapan maka aku menghentak hentak dengan siku. Akhirnya pintu terbuka. Berdiri seorang lelaki boroi memakai lampin memandang aku.

Aku bertanya pada dia “Mana bow dan arrow kau? Mana?” Dia tidak menjawab. Aku terus masuk kerumah dia. Aku kini menghadap dinding yang penuh gambar lelaki dan pasangannya. Mata aku meliar. Tibe-tibe aku ternampak gambar aku. Bersama dia.

Aku cabut gambar itu dan bertanya lagi “Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku semakin geram. Aku mendekatinya. Menjerit sekuat tenaga aku “Woi Sang Dewa Cupid! Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku menumbuk mukanya kerana geram. Merah tanganku selepas menumbuk.

Kerana bengang lantas aku mencari sendiri. Aku ternampak bow dan arrownya di belakang TV LCD yang sedang terpasang Astro siaran bola. Aku mengambilnya dan memegang kemas gambar aku tadi. Dia menjerit memanggil aku. Aku buat bodoh.

Terus aku pergi ke kereta dan memandu dengan furiousnya. Lima jam perjalanan aku menuju kerumah dia. Dia sedang nyenyak tidur. Aku menggunakan arrow Sang Dewa Cupid dan memanah ke punggung dia. Tetapi sasaran aku tidak mengena sebaliknya tercucuklah hati dia.

Mengalir darah dia membasahi katilnya. Aku terkejut. Sepatutnya arrow ini menbuatkan dia bangun dan membawaku dating di IOI Mall. Tetapi aku lihat semakin membuak-buak darah keluar dari hati dia. Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa begini? Kenapa?

Tibe-tibe berdiri Sang Dewa Cupid perut boroi memakai lampin disebelahku. Dia memandangku dengan muka yang hiba. Aku baling bow kearah dia. Sakit hati. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa tak menjadi? Bukan ke kalau aku panah dia akan sayang lebih pada aku?!”

Dengan tenang dia memandangku sambil memegang tanganku. Aku menarik dengan cepat kerana dia bukan muhrim. “Panah ni berfunction hanya sekali. Lepas tu kena usaha sendiri.” Dan dia terus keluar menaiki kereta kancil buatan perodua tahun 1998. Menangislah aku disitu. Melihat jasad dia semakin hilang dari pandangan ditiup angin. Darah semakin kering. Lama-kelamaan, terus hilang.

Aku masih memegang erat gambar.


1 comment:

Nik Fara Afeera said...

http://lubukduitonline1.blogspot.my/2016/03/menjana-pendapatan-rm3000-rm8000.html