Monday, July 23, 2012

#13 Puasa

Entri lambat tentang puasa. Dah hari ketiga baru up tajuk begini.


Yang aku perasan semasa bulan puasa, terdapat beberapa klise yang aku perhatikan.

1. Kawan non muslim sibuk cover cover makan dalam office sebab takot kami offended tapi kawan muslim yang terang terang pergi clubbing minum air setan selamba tak puasa makan sekali dengan non muslim tadi.

2. Tiga puluh minit nak berbuka puasa, berlambak gambar taken by instagram diberitahu satu dunia berbuka makan mahal atau masak sendiri. Macam orang Somalia yang tak pernah makan sebelum ni. Tapi, orang Somalia pun takde fesbuk nak up gambar macam bangang.

3. Pergi bazaar ramadhan niat nak beli kuih pelita dua ringgit je tapi ended up bawak balik sepuluh plastik makanan yang tak habis kononnya esok nak buat sahur tapi bila sahur minum air je sebab mengantuk gila.

4. Pelbagai ustaz dan ustazah lantik sendiri dengan menggunakan petikan hadis yang dikopipes dari status orang lain yang juga merupakan ustaz dan ustazah lantik sendiri.

5. Traffic jam yang selalunya mula pukul 5.30 petang kini bermula pukul 4.30 petang.

6. Tiada perbezaan perangai dan juga tingkah laku umat Islam dalam bulan mulia ini. Puasa tapi mulut masih mengumpat, mencarut, middle finger dan mata masih lagi menonton sinetron yang membazir masa.

7. Pergi iftar dekat masjid ada dalam 14 saf tapi time terawikh tinggal dua saf.

8. Penjualan air tawar yang sangat laku di bazaar masih dijual keesokan harinya. Dan masih tawar.

9. Penjualan baju raya semakin meningkat dan walaupun setan di ikat seketat-ketatnya, kakak-kakak masih membazir membeli pakaian yang mahal stok rupa mak ngoh dan hanya pakai setahun sekali.

10. Akhir sekali, bila menginjak dewasa perasaan puasa itu tiada feelnya lagi sebab dah biasa dan tahu hukum dosa tak boleh minum curi curi dalam toilet lagi macam time kecik kecik dulu.


Walaupun klise klise ini wujud, masih ada lagi umat Islam yang betul-betul menyambut Ramadhan yang Mubarak ini. Klise ini hanya untuk santapan kebosanan anda yang tidak boleh makan. Kepada yang menyambut Ramadhan dengan menghayatinya, Alhamdulillah. Kepada yang tidak, moh le kita sama-sama berubah. Yess, aku pun sama cam korang. Haha.


Salam Ramadhan.



6 comments:

Messy Girl said...

sye de kawan dengan chinese gurl,
alhamdulillah die okay :)
sama macam no 1, kover2 nak makan
even im the only malay girl keje kat c2.. but, saya tengok kat satu tmpat ni .. sanggup pura2 jadi cina, semata tamau puasa ... haish.. pelik kan..
SALAM RAMADHAN :)

Shafa Eman said...

My dept, 90% cina. Semua respect habis. Even nak makan pun cakap sorry. Tapi officemate yang melayu, selamba je pergi pantry buat air. Heh.

Salam ramadhan juga ! :)

ghost writer said...

no 8 aku setuju sangat. macam sial! tengok, bulan posa pun aku leh kuar perkataan mcm haram.. semua tu sebab aku sakit hati. niaga tak berkat.

Shafa Eman said...

Uikss, sabor ghost. Haha. Geram jugak haritu aku beli tembikai laici perisa air paip.

cdalurf said...

bln puasa lg org jual mknn mhl. smlm beli bole basi plk lauk tu. teruk btl

Shafa Eman said...

Boleh basi? Bulan ramadhan tapi cari rezeki masih lagi berkira kira. Hurmm.