Monday, February 22, 2016

#21 Tiada tajuk

Petang tadi lepas balik dari client aku pergi ke sebuah apartment. Setelah tiba di depan rumah yang aku tuju, aku mengetuk pintu. Sekali. Dua kali. Tiada jawapan maka aku menghentak hentak dengan siku. Akhirnya pintu terbuka. Berdiri seorang lelaki boroi memakai lampin memandang aku.

Aku bertanya pada dia “Mana bow dan arrow kau? Mana?” Dia tidak menjawab. Aku terus masuk kerumah dia. Aku kini menghadap dinding yang penuh gambar lelaki dan pasangannya. Mata aku meliar. Tibe-tibe aku ternampak gambar aku. Bersama dia.

Aku cabut gambar itu dan bertanya lagi “Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku semakin geram. Aku mendekatinya. Menjerit sekuat tenaga aku “Woi Sang Dewa Cupid! Mana bow dan arrow kau?” Dia masih diam. Aku menumbuk mukanya kerana geram. Merah tanganku selepas menumbuk.

Kerana bengang lantas aku mencari sendiri. Aku ternampak bow dan arrownya di belakang TV LCD yang sedang terpasang Astro siaran bola. Aku mengambilnya dan memegang kemas gambar aku tadi. Dia menjerit memanggil aku. Aku buat bodoh.

Terus aku pergi ke kereta dan memandu dengan furiousnya. Lima jam perjalanan aku menuju kerumah dia. Dia sedang nyenyak tidur. Aku menggunakan arrow Sang Dewa Cupid dan memanah ke punggung dia. Tetapi sasaran aku tidak mengena sebaliknya tercucuklah hati dia.

Mengalir darah dia membasahi katilnya. Aku terkejut. Sepatutnya arrow ini menbuatkan dia bangun dan membawaku dating di IOI Mall. Tetapi aku lihat semakin membuak-buak darah keluar dari hati dia. Aku menangis semahu-mahunya. Kenapa begini? Kenapa?

Tibe-tibe berdiri Sang Dewa Cupid perut boroi memakai lampin disebelahku. Dia memandangku dengan muka yang hiba. Aku baling bow kearah dia. Sakit hati. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa tak menjadi? Bukan ke kalau aku panah dia akan sayang lebih pada aku?!”

Dengan tenang dia memandangku sambil memegang tanganku. Aku menarik dengan cepat kerana dia bukan muhrim. “Panah ni berfunction hanya sekali. Lepas tu kena usaha sendiri.” Dan dia terus keluar menaiki kereta kancil buatan perodua tahun 1998. Menangislah aku disitu. Melihat jasad dia semakin hilang dari pandangan ditiup angin. Darah semakin kering. Lama-kelamaan, terus hilang.

Aku masih memegang erat gambar.


Saturday, February 20, 2016

#20 Dua kepala

Sudah hampir setahun kematian arwah bakal isteri Jebat. Polis masih lagi tetap dengan keputusan mereka, bahawa arwah bakal isteri Jebat membunuh dirinya. Jebat habis denial, kini dalam tahap penerimaan.

Rumah lama arwah bakal isteri Jebat telah lama disewakan kepada orang lain. Jebat tidak lagi singgah ke rumah itu. Barang-barangnya pula sebahagian ada di rumah keluarga arwah, sebahagian diambil Jebat sebagai kenangan.

Helmet berkecai yang dijumpai oleh Jebat masih lagi di simpan. Jebat bersumpah akan mencari tuan punya helmet tersebut. Setelah seberapa lama dalam kemurungan, Jebat kini sudah bersedia untuk jumpa dengan kawan kawan lama.

Orang pertama Jebat jumpa, adalah kawan mutual Jebat dan arwah.

Kau macam mana? Okay?

Okay jela, camne lagi.

Sakit kau okay?

Sakit ape?

Yang kau accident masuk spital dua bulan tu.

Ha?

Kau tak ingat? Kau naik motor, accident helmet tercabut then kepala kau terhentak. Kau koma sekejap nak dekat dua bulan.

Ha??

Serious? Doh, kau jumpa balik mak ayah kau tanya. Aku tak tahu detail, tapi aku dengar kau otak bergegar gak time tu.

Jebat terkesima. Di tukar topik. Berborak sebentar. Malam ini, hala pulang ke rumah. Jumpa abah dan mak.

Tak mungkin.


Friday, February 19, 2016

#19 Kehilangan adalah permulaan sebuah kerinduan

Kau perhatikan horizon disana,
Warna jingga merah dan kuningnya,
Harmoni walau tiga warna,
Mereka bertiga dan kita berdua,
Tapi sayang kita tak boleh bersama

Dua garis rel itu,
Seperti kau dan aku,
Hanya bersama tapi tidak bertemu,
Tiada yang aku katakan disini,
Akan buat kita bersatu,

Kau matahari,
Dan aku bulan,
Matahari naik dan bulan turun,
Satu siang, satu malam,
Dua dunia yang berbeza tetapi tidak bersuara,
Tapi kita masih ada cinta.

Cinta yang tak akan hilang,
Rindu yang tak akan kekang,

Walau dipisah oleh alam.

#18 helmet yang berkecai

Jebat sambung menyelongkar di dalam bilik arwah bakal isterinya. Kebabian apakah ini? Mengapa Jebat tak pernah nampak segala hint yang selama ini depan matanya.

Bukan sahaja pakaian lelaki yang tidak pernah Jebat kenali, malah barang barang yang berada di rumah itu kelihatan seperti lelaki itu sudah lama mendiami bersama arwah bakal isterinya. Jebat keliru dan sakit hati dan rasa ditipu. Sampai hati.

Sampai hati.

Jebat menghala ke dapur, belum sempat sampai Jebat ternampak ada satu helmet, yang visornya sudah berkecai. Duduk rapi di antara dinding dan almari television. Adakah selama ini, atas sebab nafsu, Jebat tidak nampak ini semua?

Kecelakaan apakah ini.

Jebat semakin keliru.

Mengapa polis tidak kata apa apa? Takkan tiada tanda tanda cap jari asing di barang barang tersebut. Bodoh polis apa yang mereka lakukan? Jebat yang sebelum ini dalam denial, kemudian kesedihan, kini menjadi marah!

Marah kerana rasa di tipu.

Untuk apa Jebat menangis 10 hari 10 malam hanya untuk arwah bakal isteri yang tidak suci. Ehem. Tidak suci dari lelaki lain selain Jebat. Semakin lama Jebat fikir, semakin marah dan sakit hati dia. Jebat mencapai telefon, mendail nombor polis yang mengambil kes arwah bekas isteri.

Encik, saya minta tolong encik datang lagi dan dapatkan bukti bukti. Saya yang mengemas boleh jumpa macam macam, takkan encik tak jumpa apa apa.

Lebih kurang itulah konteks yang di sampaikan kepada pegawai tersebut.


Jebat pedih hati. Tidak jadi mengemas. Di biarkan semua dan pulang ke rumah.

Wednesday, February 17, 2016

#17 Surat dari langit

Masa aku 7 tahun, mak selalu kata. Dalam dunia ini, tidak ada apa yang adil. Kita mahu gula gula, kadang kita tak dapat. Tapi budak lain yang tidak meminta, bapanya belikan. Aku tak pernah faham. Mengapa begitu.

Masa aku 10 tahun, mak selalu kata. Kita tengok rumah sebelah, untuk tahu dia cukup makan atau tidak. Bukan untuk membanding. Tapi, kita pun tak cukup makan mak. Ada orang sebelah tengok kita? Aku tak pernah faham.

Masa aku 15 tahun, mak selalu kata. Kau dah dewasa, boleh fikir sendiri. Tapi mak selalu tak bagi buat benda yang aku fikir aku boleh buat. Kata mak, selagi kau bawah rumah mak, selagi tu kat ikut cara mak. Aku tak pernah faham.

Masa aku 18 tahun, mak selalu kata. Dah dewasa ini, ingat satu benda. Allah itu adil. Kita kena bersyukur. Dan kau boleh fikir jalan hidup sendiri. Susah aku nak percaya. Sebab semua kontradik dengan apa yang mak ajar dari kecil. Aku masih tak faham.

Masa aku 25 tahun, mak jarang kata. Mak cuma pesan, jaga diri jaga solat. Itu aku dengar. Aku dah dewasa, dah bayar cukai, dah ada kereta, tunggu nak ada rumah dan isteri sahaja. Mak masih setia. Mungkin aku dah faham. Mungkin.

Berulang ulang mak kata. Tak pernah berubah konteks, tak pernah berubah nada.

Sekarang aku dah 40. Mak tak kata apa. Mak dah tiada. Aku faham semua.

Aku faham surat surat mak. Dari aku kecil sehingga dewasa.

Sanggup mak tulis, sampai ke hari jadi ke 40.

Kini, surat mak berakhir.

Tiada lagi kata.


Dan aku, sudah mendewasa.

Tuesday, February 16, 2016

#16 ibu bapa


Dulu,
aku budak baik,
result semua antara yang tertinggi
kawan semua antara yang hebat
cikgu sayang, jiran pandang

kemudian,
aku buat perangai,
penat buat baik mungkin,
terasa ingin menjadi rebel,
keluar lambat balik malam.

Aku lari,
Gaduh,
Tidak bertegur,

Tiga tahun dah berlalu,
Kita bersapa sekali sekala,
Hanya bertegur sudah makan ke,
Salam tangan ucap tinggal,

Malam semalam
Aku perhatikan muka mu
Perhatikan rambut putihmu
Tangan kasar mu
Aku pilu

Aku kejam, buat kamu berdua begitu
Anggaplah ini aku terasa,
Sendiri selepas mendewasa

Walaupun sajak ini tak tersampai,
Aku azam kamu takkan terabai,
Tunggu bila masa dah tiba,
Aku jalankan tugas sebagai anak mulia

Monday, February 15, 2016

#15 Pantai barat

Selalu orang semenanjung ni, dia suka kalau dapat bini Pantai Timur. Kau pernah jatuh cinta dengan orang Pantai Barat? Aku pernah.

Aku turun dari kapal terbang, dilambai mesra oleh pramugari mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih. Aku ucapkan terima kasih kembali, sambil terfikir macam mana mereka boleh ceria tapi aku mengantuk gila.

Berjalan menuju ke tempat bagasi, aku menunggu bersama rakan sekerja. Datang seorang pakcik, berborak tanya, nak kemana. Kami menjawab, ingin bekerja. Dia membebel dengan ceria, dia lama tidak pulang ke sana, duduk di semenanjung. Aku senyum sahaja. Satu.

Naik teksi, menghala ke hotel yang kampeni bayar. Pakcik teksi kata, kat sini memang charge harga sama. Mana mana teksi pun. Tapi sebab kita orang Malaysia, kita kasi diskaun lah. Dia senyum mesra, sambil mengangkat beg kami. Dua.

Tiba dia hotel, akak resepsi senyum. Haih, dok senyum je mereka. Bukan sebab kami ini pelancong orang luar, tapi memang mereka sebegitu. Tiga dah.

Hujung minggu, aku menghala ke gunung paling gah. Tinggi tegap berdirinya. Sejuk. Cantik. Keluar dari kereta, aku terpana. Tak pernah tengok aku atas dari awan, kecuali dalam kapal terbang. Memang secara literalnya. Aku lebih tinggi dari awan. Empat.

Singgah tengok lembu. Heh. Ketawa lah. Lembu bukan lembu korban. Ini lembu tenusu. Hitam putih tanpa cela. Terjaga. Terpana sekali lagi. Lima.

Bunga terbesar kata orang. Beruntung aku pergi, dapat saksi sendiri. Allah itu memang hebat bukan. Enam.

Tiga minggu aku duduk Pantai Barat.

Setiap hari aku keluar pergi makan.

Setiap hari aku jatuh cinta.


Total, tak terkata. Tapi, cinta aku tertinggal di sana.

#14 Batik dan pelikat

Aku memerhatikan suamiku bersiap. Dia menguis-kuis janggut dan rambut tanpa menggunakan sikat. Kacak dan kuat lagi untuk seorang yang sudah berumur 68. Suami aku ingin keluar, membanting padi. Aku pula, suri rumah sepenuh masa.

Kami duduk di sawah padi. Jelapang. Selagi jauh mata boleh memandang, selagi itulah sawah padi terbentang. Anak ada lapan. Semua sudah bekerja di nunnnnn sana, Kolompok. Tak jauh pun rumah kami dengan Kolompok, ada lah dalam 2 jam setengah.

Kawasan kami, ada dalam beberapa rumah tapi jauh jauh belaka. Tapi kami harmoni, jumpa kat mesjid waktu megrib. Suami aku naik ekpai dan aku di belakang membonceng sambil memakai telekung.

Berbalik kepada suamiku, dia sudah siap dan menuju ke pintu untuk keluar membanting padi. Memakai baju lusuh yang hampir 15 tahun usia, dan berseluar berwarna coklat yang aku sendiri tidak pasti warna asalnya, mengikat kain pelikat di pinggang, sedang memakai kasut. Aku pula, berbaju kurung kedah dan berkain batik.

Aku selalu suruh dia berhenti bekerja, duit anak anak beri lebih dari cukup. Dia tidak mahu. Katanya bosan.

Aku pergi mengucup tangannya, dan dia mengucup dahiku. Sejak kahwin hampir 40 tahun lepas hingga kini, rutin tak pernah berubah. Aku senyum dan melambai tangan, suamiku ber teng teng teng naik ekpai dan aku masuk ke dalam rumah.

Mengemas apa yang patut, dan bersedia untuk masak tengahari. Biasa suami aku balik untuk makan, solat dan tidur sebentar sebelum menyambung kerjanya. Aku masak siput sedut masak lemak cili padi, sayur kangkung belacan dan seperti biasa kegemarannya neslo. Belajar dari anak ketiga, rasa bandar sikit. Hehe.

Usai memasak, aku menghidang dan menunggu kepulangan suamiku. Kedengaran bunyi teng teng teng motor ekpai. Aku menuju ke pintu ingin menyambut kepulangan. Tapi orang lain pula yang tiba. Tidak silap aku, dia nazir mesjid sebelah. Mengirimkan wang zakat yang sudah di apply beberapa bulan lepas.

Aku ucapkan terima kasih, dan tunggu kepulangan suamiku. Sehingga hampir 4 petang. Suamiku tidak pulang. Aku ada telefon, suamiku ada juga. Hadiah dari anak anak kami. Tapi, dia selalu tinggalkan telefonnya di rumah. Aku call berkali kali, terlupa kadang telefonnya di dalam bilik.

Semakin risau, aku mula berjalan mencari suamiku di sawah padi kepunyaannya. Dia tiada. Ah sudah. Mana pergi. Aku tidak larat lagi mahu berjalan ke depan, dan aku pulang ke rumah. Hampir magrib tiada lagi tanda tanda suamiku akan pulang. Aku semakin risau. Rasa ingin nangis.

Aku capai telefon, dan mendail no anak sulung. Tidak terangkat, busy mungkin. Dail no anak kedua, masuk peti suara. Dail no anak bungsu, baru berangkat. Aku mengadu dan mengatakan ayahnya tidak pulang dari tengahari seperti selalu sehingga kini. Anakku mengeluh, dan menyatakan hasrat untuk pulang ke kampong selepas habis kerja.

Sudah pukul 9.30 malam, suamiku tidak pulang lagi. Anak sulung, kedua, keempat, keenam dan yang bungsu sudah tiba bersama keluarga mereka. Tapi senyap sahaja. Tidak riuh seperti hari raya. Aku tahu masing masing risaukan ayah mereka.

Kemudian anak sulungku berkata, mak marilah duduk dengan kami. Kat kampong ni dah tak ada sesiapa. Mak sorang sorang kami pun risau.

Aku menjerit, kenapa kamu kata begitu. Ayah kamu ada lagi, tolong cari dia.

Mak, ayah lama dah meninggal. Hari hari mak call kami, kata ayah tak balik. Jangan la macam ni.

Ayah kamu hidup lagi, mak tahu. Mak baru cium salam tangan ayah kamu pagi tadi. Pergi cari dia dulu. Tolong lah!


Mak. Hm. 

Saturday, February 13, 2016

#13 Lampu yang terpadam

Aku buka mata dalam kegelapan. Terdengar sayup sayup bunyi cengkerik. Aku toleh ke kanan dan nampak isteriku sedang tidur lena. Aku toleh ke kiri dan jam menunjukkan sudah pukul 2.47 pagi. Mamai yang belum hilang, aku bangun dan duduk di tepi katil sambil mengebil-kebilkan mata.

Tekak terasa haus lalu aku bangun untuk pergi ke dapur. Aku memetik suis dapur dan menuju ke arah sinki dan mengambil satu gelas kaca. Air suam dari mesin purifier air diteguk dengan perlahan. Sambil termenung keluar jendela, aku ternampak sesuatu.

Seperti seorang budak perempuan, sedang berdiri menghadap tingkap dan memandang aku. Aku kebilkan mata berkali kali. Mainan minda kah? Atau realiti?

Tak mungkin.

2.50 pagi jam di dinding.

Aku perhati ke luar jendela lagi. Budak perempuan itu sudah tiada. Sah, mainan minda. Syaitan ingin mengacau umat. Seperti biasa.

Aku tinggalkan gelas kaca di dalam sinki, dengan niat esok di basuh. Lampu di dapur di padam. Sekali lagi aku ternampak baying seorang budak perempuan di luar jendela. Meh. Aku biarkan dan menghala ke bilik aku. Aku tidur dengan lena, sambil memeluk isteri. Mana tahu, dia takut. Heh.

………..


Petaling Jaya: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati di belakang rumah kediaman pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Ibu bapa kanak perempuan itu telah melaporkan kepada polis tentang kehilangan anak mereka yang mempunyai sindrom “sleep walking”. 

#12 Apokolips

Kelmarin aku duduk di atas kereta, menghadap Lembah Kelang dari atas Bukit Ampang. Tangan sebelah dengan sebatang rokok, sebelah lagi dengan handphone. Aku scroll ke atas dan ke atas, sambil menghembus udara lebih dari hidung apabila ada perkara yang aku rasa kelakar. Heh. 

Sarkastik kadang kala.

Aku bersendirian, lebih mudah untuk berfikir dan lebih tenang. Aku suka begini. Solidariti is my freedom.

Itu kelmarin.

Hari ini, aku duduk di dalam bunker.

Bunker bawah tanah yang rata rata orang berprivilej sahaja mampu untuk duduk. Aku datang dari keluarga berada. Iya, mesti ramai yang menyampah dengan statement ini. Tapi itu realiti. Hanya orang yang kaya dan ada ada sahaja mampu untuk survive dalam dunia begini.

Klise zombie memang bersepah bukan sahaja di tv, tetapi komik dan buku juga sudah kecoh hal ini.
Tapi ini bukan klise zombie, ini kisah apokolips yang realistik.

Malaysia aman bukan? Aman. Korak mu.

Semalam PM isytihar darurat. Katanya musuh sudah tiba. Apa maksud sudah tiba? Maksudnya mereka tahu sesuatu yang kita marhaen tidak tahu. Mereka sudah expect. Sudah menanti.

Kedengaran bunyi letupan, dari bawah bunker ini bunyinya macam bunga api hari raya cina. Tak takut sangat pun. Tapi, keluar dari bunker sungguh itulah bunyi terakhir kau dengar di bumi. Bunyi yang kau taknak dengar under any circumstances.

Bunyi bom. Peluru. Meriam.

Apokolips yang orang kita tak pernah rasa. Baru satu, dah cuak.

Aku yang duduk bawah bunker, masih lagi dengan rokok di sebelah tangan. Handphone ada Cuma kini tiada line. So tiada apa yang boleh di scrollkan. Bersyukur Malaysia masih lagi aman.


Bukan seperti negara jiran.

Thursday, February 11, 2016

#11 Coli kelabu di ampaian belakang

Jebat kembali ke rumah bakal isteri yang sudah mati. Setelah di persoalkan oleh pelbagai pihak, mereka akhirnya sebulat suara menyatakan bahawa ianya suicide. Jebat pasrah, mungkin. Tapi masih dalam denial.

Rumah bakal isteri Jebat sudah di balut dengan pita kuning, yang sepatutnya sudah di ambil oleh polis. Dua bulan sudah, Jebat kematian bakal isteri. Tuan rumah sudah mencari tenant baru, Jebat bersedia untuk mengambil barang-barang di rumah arwah ke rumah sendiri.

Satu persatu bilik dimasuki Jebat.

Bilik pertama, ruang tamu. Berdekatan dengan balkoni, sofa bujang dan tv diletakkan. Tirai berwarna merah, tempat Jebat menangis dua bulan lepas menutupi ruang tamu. Jebat membuka tirai dan cahaya matahari menyinar di ruang tamu. Tidak ada apa yang perlu dikemas, tv dan sofa cuma perlu di angkat.

Bilik kedua, dapur. Dapur bujang yang barangkali tidak pernah digunakan. Hanya ada peti sejuk, yang isinya penuh dengan junk food. Heh. Arwah bakal isteri memang tak pernah lekang makan makanan sebegitu. Jebat mengambil plastic beg dan membuang ape yang tidak perlu. Kotak pula ada di sebelah untuk mengasingkan yang masih boleh dimakan.

Bilik ketiga, tandas. Bilik kedua favorite Jebat. Kerana tandas arwah bakal isteri penuh dengan barang mandian yang wangi. Kegemaran Jebat bila bau tudung arwah adalah bau shampoo yang di beli di Bath and Body Works. Kemain rangsang.

Bilik terakhir, bilik tidur. Bilik paling favorite Jebat. Pelbagai aktiviti dilakukan di bilik ini. Ikutkan hati Jebat, mahu sahaja dia pindah masuk ke rumah ini bersama arwah, tapi dia tidak mahu ditangkap basah. Sekali sekala tak mengapa. Heh.

Jebat mengambil kotak di ruang tamu, di susun satu persatu pakaian arwah ke dalam kotak. Mak arwah kata dia akan ambil, tapi Jebat kata biar dia buat. Dia akan hantar ke rumah. Jebat duduk di atas katil, sambil melipat baju yang dicampak tadi. Jebat menangis lagi.

Setiap helaian baju, masih lagi ada bau arwah bakal isteri. Jebat meraung lagi. Katakan dunia ini tidak adil. Tidak just.

Jebat beralih ke pakaian dalam, satu persatu Jebat cium dan bau. Lagi menjadi jadi raungan Jebat. Sehingga lupa coli kelabu kegemaran di ampaian belakang.


Sedang Jebat mengemas, ternampak baju bgaoda, yang bukan kepunyaannya. Biar betul? Fuck! 

Wednesday, February 10, 2016

#10 Teknologi vs seni

Kalau teknologi yang kita kejarkan, mana pergi seni?

Seni yang semakin hilang, semakin pudar.
Seni solidariti, satu identiti.

Teknologi satu medan yang besar, laju.
Hendak dikejar, tidak mampu,
Tidak dikejar, tertinggal lah lu.

Seni dunia yang indah, lebih indah dari virtual,
Virtual yang memberi janji palsu, tiada kesudahan.

Puisi ini puisi hancur, malas,
Kerana seni tidak lagi dihargai,
Tertutup kerana teknologi.

Teknologi yang mengkaburkan minda,
tidak menjanjikan identiti.

Tuesday, February 9, 2016

#9 Darah

Blood is thicker than water.

Aku nampak dia, dengan isteri dan anak anak. Sedang makan di food court Jusco, anak anak berlari sana sini sambil datang sekali sekala menganga mulut meminta makanan. Riuh.

Aku nampak dia, sedang melihat telefon. Isteri tak menang tangan menjaga anak, dia ralit scroll ke atas. Mungkin kerja, mungkin facebook, mungkin 9gag.

Anak datang menjerit, abah tengok! Dia buat bodoh. Buat tak tahu. Dia balas pada anak, jap abah sibuk ni, tak nampak ke.

Anak tak faham, di tarik tarik tangan abah. Abahnya menjerit, sabar boleh? Abah tengah sibuk!
Lastnya isteri memanggil anak, dan menyuruhnya pergi main.

Forward 20 tahun. Agaknya apa anak tu buat kat abah?

Exactly.


Sementara ada anak, jangan la ignore.

Monday, February 8, 2016

#8 Tirai Merah

Di sebalik tirai merah itulah, Jebat baring. Baring seorang diri setelah penat menangis, meraung mati bini. Bakal isteri yang belum tahu niat Jebat di hati, tergantung di kipas. Klise bukan, kadang terfikir bagaimana kipas boleh menampung berat manusia dewasa.

Jebat bangun, habis sudah raungannya. Dia ternampak meja solek di tengah tengah bilik, bukan di tempat yang sepatutnya. Jebat syak, itulah tempat berdiri bakal isteri sebelum menggantungkan diri. Jebat panjat, dengan lemah lembut mengangkat bakal isteri dan membaringkan di atas katil.

Sejam setengah selepas panggilan dibuat, ambulans dan polis tiba. Pelbagai soalan dilontarkan. Satu pun Jebat tak boleh jawab. Polis kata, kita bincang balai. Tipikal dialog lagi. Tapi memang betul. Pihak medical telah membawa bakal isteri Jebat ke hospital, dan keluarga juga telah dihubungi.

Sekarang, tinggal Jebat sahaja menjawab soalan yang menjadi tanda tanya semua.

1.       Mengapa bakal isteri ingin bunuh diri?

Jebat tidak mampu untuk menjawab. Jebat hanya mampu menceritakan kisah mereka, yang sepatutnya, pada Jebat, indah bahagia.


Autopsi akan mengambil masa yang lama, polis juga akan hanya boleh bertindak jika ada bukti yang kukuh. Buat masa ini, emosi Jebat terganggu. Satu apa pun dia tak mahu.

Sunday, February 7, 2016

#7 Cinta Terlarang

Seharian aku duduk di tepi pantai. Angin yang meniup selembut baldu membuatkan aku terbuai. Pasir yang panas menyerap haba matahari membuatkan aku terbakar. Lantas aku mencari tempat yang redup dan berdekatan dengan persisiran pantai agar kakiku boleh dicelupkan ke dalam air laut.

Sudah seminggu aku duduk di tempat yang sama. Menanti si dia. Hari ini, aku nampak dia lagi. Berjogging petang-petang dengan iPodnya. Sentiasa melalui jalan yang sama. Sejak hari pertama aku melihat dia, aku telah jatuh cinta. Terlalu awal? Okay fine, jatuh hati.

Aku memerhatikan dia lagi. Dia semakin menghampiri. Aku semakin berdebar. Dupp dapp dupp dapp. Namun aku tidak mempunyai keyakinan diri. Lantas aku menyorok di belakang batu. Dia berlari meninggalkan kesan tapak kasut di pasir. Aku melihat dia pergi. Sigh. Esok aku datang lagi, yang pasti esok aku akan menegurnya.

Hari ini aku datang lagi. Menunggu lagi si dia yang tidak ku ketahui nama. Aku yakin, aku sudah gilakan dia. Gila. Angau. Sasau. Bangau. Kerbau. Itu dia, kini menghampiriku. Lantas aku cuba untuk berdiri, cuba untuk memanggil si dia. Tiba-tiba mulutku di cekup, tanganku di tarik. Aku ingin menjerit. Tetapi tidak terdaya.

Aku dapat merasakan terdapat dua pasang tangan memegangku. Aku meronta-ronta. Aku cuba menjerit. Aku takot. Kedua pasang tangan itu menarik aku ke dalam laut. Anak mataku semakin membesar. Dadaku semakin mengecut. Percubaan untuk bernafas tiada. Aku semakin takot.

Aku ditarik semakin dalam. Semakin gelap. Aku tidak nampak apa-apa. Kemudian jantungku berdegup dengan normal. Pernafasanku semakin stabil. Mataku sudah boleh edjas dengan kegelapan dalam laut. Aku pandang ke kiri. Muka sahabatku, Koko. Aku pandang ke kanan. Muka sahabatku, Kiki. Pelik.

Mereka dengan tegas berkata “Kau tak boleh bersama dengan lelaki itu!”. Aku bertanya “Mengapa pula?”

Mereka dengan serentak menjawab “Sebab kau, ikan DUYUNG!"
Aku berenang pulang. Sambil menunduk kepala. Kecewa. Tidak mengapa, satu hari nanti kita akan bersama.


#6 Mercun dan bunga api

Bunga api, kalau tengok dari jauh, cantik.

Kau nampak tersebarnya percikan api warna biru, merah, kuning, putih. Terpana sekejap kan. Bagai sorga. Kau duduk di dataran, atas bonet kereta, bersama dengan dia. Tengok itu, katanya. Cantik. Kau iyakan.

Indah bukan. Pada momen itu, kau rasa bagai masa terhenti. Hanya kau dan dia.


Bunga api, kalau tengok dari dekat, apa jadi.

Kau tak nampak warna, kau hanya nampak asap. Bunyi yang kuat. Kau kena dongak tinggi. Kadang asap pedihkan mata. Si dia kata, jom la, sakit kepala. Dia ajak jauh dari sana. Supaya tengok dari jauh, lagi sempurna.

Lain bukan. Pada momen itu, kau cuma mahu lari.


Mercun, kau pasang api lepas itu lari.

Biar ianya meletup, pang pang. Kau tengok dari jauh, sambil tutup telinga. Tapi hati rasa bangga, dapat elak selepas nyalakan api. Kawan di sebelah menjerit, weyy pasang lagi. Kau pun pergi, keluarkan lighter dan berlari.

Seronok bukan. Pada momen itu, kau cuma fikir bakar sahaja dan lari dari konsekuensi.


Mercun, kalau kau pasang tapi tak elak.

Meletup sebelah kau pun melompat. Jari melecur seluar berlubang. Selipar putus sambil kepala goyang. Kalau kau selamat, kau ketawa. Kelakar rasa. Kalau tak, mak dah keluar baling kelapa. Panggil ambulans selepas reda.

Lain bukan. Pada momen itu, kau cuma mahu lari.


Kelakarnya manusia. Yang jauh dia nampak seronok dan indah sekali. Kalau dah dekat dia mahu lari.


Lagi kelakar, walaupun sudah dekat, dia masih lihat yang jauh. Dan cycle ini berulang kembali.

Friday, February 5, 2016

#5 Kung Fu

Abah Jebat duduk di beranda, dengan baju pagoda dan kain pelekat gajah duduk, secangkir kopi dan sebatang sigaret gulung di sebelah peha. Tunggu anaknya pulang dari kota. Katanya nak bawa bakal menantu. Abah Jebat gembira, tapi sebab abah lelaki, abah kena cover.

Mak Jebat di dapur. Tengok The Walking Dead rerun sambil potong bawang. Malam ini kena masak istimewa. Sambut bakal menantu lain macam rasa. Tak sama seperti bersalin anak, tapi gembira lebih kurang sama. Malam ni masak siput sedut lemak cili padi.

Adik Jebat ada dua. Seorang perempuan seorang lelaki. Yang perempuan baru tingkatan dua, yang lelaki sudah tingkatan lima. Adik lelaki Jebat hitam, mungkin sebab selalu pergi main bola petang petang. Adik perempuan Jebat putih, sebab mak tak bagi keluar. Hahaha. Kesian.

Jebat sedang memandu. Sekali sekala toleh tengok kereta sebelah. Acah acah ajak racing. Jebat tipikal lelaki. Ingat dia power. Awek Jebat duduk sebelah. Sekali sekala tukar lagu. Awek Jebat tipikal perempuan. Suka tukar fikiran.

Hampir tiga jam Jebat memandu, sekali pun tak berhenti kencing. Hebat juga pundi kencing mereka. Lagi 5 minit sampai rumah abah.

Sayang, nanti tolong tolong la mak kat dapur. Tak ada apa sangat pun, tunjuk rajin je. Pesan Jebat.

Okay, hehehe seronok pulak rasa. Tapi nervous.

Ala mak abah okay je, baru nak sambut menantu, mesti suka punya.

Hehe okay. Awek Jebat tersenyum lebar.

Sampai sudah, Jebat turun dari kereta. Menjerit bagi salam, sambil turunkan dua beg dari kerusi belakang. Abahnya tak sempat Jebat angkat beg lagi satu, sudah turun bawah.

Anak abah dah balik. Anak abah dah balik. Hahaha. Meh timang timang. Tak lama cover abah. Kah.

Jebat ketawa. Sambil buat gaya menimang diri sendiri. Hahaha bodoh. Baru kita tahu dari mana datang perangai Jebat.

Fast forward selepas makan, abah Jebat ajak berborak di beranda. Awek Jebat di biarkan di depan tivi, tengok cerita kungfu. Raya cina kemain cerita kungfu malam malam. Oh lupa nak cerita, Jebat power silat. Tapi itu cerita hari lain.

Abah suka dia.

Terima kasih bah.

Bila nak langsung.

Tak tahu lagi bah. Jebat baru kerja tak sampai setahun. Duit tak ada.

Jangan lama lama. Takut jadi apa apa.

Em. Tahu.

Sambil asap sigaret meresap ke udara, Jebat termenung hadap jelapang padi depan rumah. Fikir. Cincin dah beli, Gaji pertama lagi.



Thursday, February 4, 2016

#4 Kebaya Biru

Kelmarin aku nampak awek pakai kebaya biru.
Cantik. Ayu.
Buat aku terfikir, kenapa aku tak pakai kebaya biru?
Tapi aku tak tahu, awek pakai kebaya biru itu, ada rahsia.
Rahsia paling bahaya.

Jebat tengok kiri kanan. Sigaret di tangan terbiar. Lagak kaya, sigaret bukan murah sekarang. Teh tarik di biar sejuk. Jebat tak pesan makanan, tak lapar. Dua minggu lepas, Jebat beli kebaya biru. Dah bagi pun dekat awek. Suruh awek pakai jumpa hari ini.

Awek dah sampai, tapi kebaya biru tak pakai. Jebat kecewa sikit. Bukan apa, Jebat ada fetish awek kebaya.

Tak apa lah, Jebat bukan tak dapat. Dapat juga. Cuma, bukan pakai baju kebaya. Tak pakai apa apa. Heh. Jebat keluarkan angin sedikit dari  hidung sambil angkat kepala sedikit. Ketawa malas orang kata.

Hi sayang. Tegur Jebat. Kenapa tak pakai baju saya beli haritu?

Oh, tu. Malu lah, ketat sangat. Kita bukan nak pergi mana mana pun. Lepak je.

Hm, okay. Next time eah.

Okay.

Jebat senyum.

Malam ni rumah siapa?

Rumah saya lah.

Yessss.

Jebat gembira. Boleh suruh awek pakai kebaya biru. Tapi ada benda yang Jebat tak tahu. Awek kebaya biru, penuh rahsia.


Kelmarin ada kes bunuh.
Isteri potong suami rasanya, tiga belas kerat.
Kenapa tiga belas?
Tak tahu.
Ada kaitan ke dengan awek kebaya biru?
Tak tahu. Mungkin. Tak ada.

Saja nak buat cerita.

Wednesday, February 3, 2016

#3 Jenaka melawan sedih

Hari ini hari jadi Jebat. Jebat dah hit the big 30! Kata orang, ini lah waktu prime. Waktu yang paling hebat paling gasak lelaki. Maknanya ape? Jebat dah kena kahwin.

Tapi Jebat tak fikir kahwin sangat. Bila masanya tiba, Jebat kahwin lah. Jebat ada awek. Comel je. Pakai shawl belajar dari youtube, pakai mekap sikit sikit. Awek Jebat kerja biasa biasa. Tak stress, tak kaya. Biasa biasa. Macam marhaen semua.

Dua tiga minggu ni, awek Jebat kemain emo. Marah marah. Stress. Jebat bukan jenis mudah stress. Jebat jenis mudah ketawa. Har har har. Macam setan kadang kadang. Malu duduk sebelah Jebat, tapi ketawa dia buat kita ketawa juga.

Jebat tanya awek, youu, kenapa ni? Awek kata tak ada apa apa. Sakit pinggang, harini kerja banyak dari biasa. Jebat angguk.

Diam.

Jebat tanya lagi, makan mana malam ni?

Suka hati lah. Jebat angguk.

Diam lagi.

Makan KFC nak? Dulu Jebat masa baby, suka makan. Hihihi. Kata Jebat, kononnya nak buat awek ketawa, sebab bodoh apa, baby mana makan KFC?

Suka hati lah.

Jebat diam.

Tiba tiba awek nangis.

Eh, dah kenapa?

Tak ada apa apa.

Nangis nangis. Ni mesti period. Asal period je nangis, asal period je nangis. Belum mengandung lagi. Nanti baby lagi kuat menangis, awak jaga la malam malam sorang sorang hahahaha kalau saya kaya boleh la beli bibik seorang.

Lagi kuat awek menangis.

Jenaka Jebat tak menjadi.


Awek menangis lagi.

#2 kedai binatang peliharaan

hi

ye, awak

hi

kelmarin saya nampak awak duduk dekat bus stand
nak turun tegur
tapi tengah bawak laju kereta

hari ini,
saya tunggu awak siap siap
lama juga saya di sini
nak dekat dua jam

baru awak muncul
awak datang berjalan ke arah saya

saya taknak terus tegur,
takut awak terkejut dan menjauhkan diri
perlahan lahan saya mendekatkan badan

menghulur tangan tanda mesra
mengusap kepala
menggosok telinga

hi,

ye, awak

hi

tak perlu saya pergi ke kedai binatang peliharaan

Monday, February 1, 2016

#1 Kipas yang berbunyi di awal Februari

Februari. Bulan yang sinonim dengan cinta.

Pasangan yang bercinta, muda atau tua. Orthodox atau tidak. 
Cinta memang tidak lari, dari semua.

Jebat sedang termenung. Baru bangun, terus tersenyum walaupun masih mamai. Hari ini hari bahagia. Jebat sudah sediakan baju kemeja berwarna pink kotak kotak halus, jangan risau. Jebat tak gay. Baju itu ada makna. Ada istimewa.

Jebat mandi, terbayangkan bakal isteri. 
Bakal isteri yang belum ketahui. Niat Jebat di hati.

Lima tahun kenal, lima tahun yang penuh ketawa kadang kadang sendawa. Kadang kadang air mata. Tapi Jebat ingat yang seronok sahaja, lupakan yang kecewa.

Jebat tersenyum lagi, teringat bakal isteri dulu dulu. Pakai tudung bawal warna hitam, t-shirt beli tiga RM50, seluar jeans bukan Levis. Comot. Tapi comel. Lagi Jebat geram. Tapi tegurlah 18 kali pun, tak ada satu dibalas. Mungkin Jebat hodoh. Tapi mungkin bakal isteri malu. Kali ke 19, kalah sudah bakal isteri. Jebat menang. Malam Jebat lancap.

Jebat tersenyum lagi. Masa pantas berlalu. Sekarang bakal isteri, serupa hijabster. Kata orang. Sudah tidak comot. Maintain comel.

Usai mandi, Jebat bersiap. Sarung baju kemeja pink kotak kotak halus, sarung jeans biru tidak lusuh, rambut di usik usik untuk bergaya. Tidak bersikat. Jebat senyum, handsome juga aku. Heh. Ketawa dalam hati. Acah acah gerakkan bisep depan cermin, Jebat puas hati.

Dua hari lepas, Jebat dan bakal isteri bergaduh. Ala, bergaduh benda bodoh. Pasal nak makan kat mana. Tapi bakal isteri marah sungguh, ungkit ungkit kisah lama. Kelakar, Jebat rasa. Period mungkin. Tapi Jebat malas pujuk. Sebab, Jebat tahu hari ini hari bahagia.

Jebat ingin melamar. Cincin sudah lama dibeli. Memang tunggu hari ini.
Jebat terus ke kereta, singgah kedai bunga. Beli lili dua. Kesukaan dia.

Sampai ke rumah bakal isteri, Jebat kentut lepaskan gementar. Ketuk pintu. Eh lupa, Jebat ada kunci spare. Hehehe Jebat bodoh sekejap.

Jebat masuk, jerit sayang ! Kejutan ! Hehehe ketawa gembira. Bunga lili di tangan jatuh. Jantung berdegup laju tidak lagi kerana adrenalin.

Bakal isteri. Tergantung di kipas. Kipas berbunyi seperti ingin patah.

Jebat menjerit. Bersungguh sungguh. Air mata bergenang, jatuh atas baju kemeja pink kotak kotak, baju istimewa, baju ada makna. Jebat tidak nampak keliling, seperti ingin pengsan. Seperti tidak lagi bernyawa.

Jebat meraung. Seperti mati anak. Worst. Mati isteri.

Jebat tidak nampak, sebatang kit ujian mengandung dalam tong sampah. Simbol tambah.

Iya. Februari. Sinonim dengan cinta. Tetapi, cinta siapa?

“Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: (1). Allah ta’ala dan Rasulullah S.A.W lebih ia cintai daripada yang lainnya, (2). Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan karena Allah ta’ala, (3). Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api” Sabda Rasulullah S.A.W