Monday, February 8, 2016

#8 Tirai Merah

Di sebalik tirai merah itulah, Jebat baring. Baring seorang diri setelah penat menangis, meraung mati bini. Bakal isteri yang belum tahu niat Jebat di hati, tergantung di kipas. Klise bukan, kadang terfikir bagaimana kipas boleh menampung berat manusia dewasa.

Jebat bangun, habis sudah raungannya. Dia ternampak meja solek di tengah tengah bilik, bukan di tempat yang sepatutnya. Jebat syak, itulah tempat berdiri bakal isteri sebelum menggantungkan diri. Jebat panjat, dengan lemah lembut mengangkat bakal isteri dan membaringkan di atas katil.

Sejam setengah selepas panggilan dibuat, ambulans dan polis tiba. Pelbagai soalan dilontarkan. Satu pun Jebat tak boleh jawab. Polis kata, kita bincang balai. Tipikal dialog lagi. Tapi memang betul. Pihak medical telah membawa bakal isteri Jebat ke hospital, dan keluarga juga telah dihubungi.

Sekarang, tinggal Jebat sahaja menjawab soalan yang menjadi tanda tanya semua.

1.       Mengapa bakal isteri ingin bunuh diri?

Jebat tidak mampu untuk menjawab. Jebat hanya mampu menceritakan kisah mereka, yang sepatutnya, pada Jebat, indah bahagia.


Autopsi akan mengambil masa yang lama, polis juga akan hanya boleh bertindak jika ada bukti yang kukuh. Buat masa ini, emosi Jebat terganggu. Satu apa pun dia tak mahu.

No comments: