Friday, February 5, 2016

#5 Kung Fu

Abah Jebat duduk di beranda, dengan baju pagoda dan kain pelekat gajah duduk, secangkir kopi dan sebatang sigaret gulung di sebelah peha. Tunggu anaknya pulang dari kota. Katanya nak bawa bakal menantu. Abah Jebat gembira, tapi sebab abah lelaki, abah kena cover.

Mak Jebat di dapur. Tengok The Walking Dead rerun sambil potong bawang. Malam ini kena masak istimewa. Sambut bakal menantu lain macam rasa. Tak sama seperti bersalin anak, tapi gembira lebih kurang sama. Malam ni masak siput sedut lemak cili padi.

Adik Jebat ada dua. Seorang perempuan seorang lelaki. Yang perempuan baru tingkatan dua, yang lelaki sudah tingkatan lima. Adik lelaki Jebat hitam, mungkin sebab selalu pergi main bola petang petang. Adik perempuan Jebat putih, sebab mak tak bagi keluar. Hahaha. Kesian.

Jebat sedang memandu. Sekali sekala toleh tengok kereta sebelah. Acah acah ajak racing. Jebat tipikal lelaki. Ingat dia power. Awek Jebat duduk sebelah. Sekali sekala tukar lagu. Awek Jebat tipikal perempuan. Suka tukar fikiran.

Hampir tiga jam Jebat memandu, sekali pun tak berhenti kencing. Hebat juga pundi kencing mereka. Lagi 5 minit sampai rumah abah.

Sayang, nanti tolong tolong la mak kat dapur. Tak ada apa sangat pun, tunjuk rajin je. Pesan Jebat.

Okay, hehehe seronok pulak rasa. Tapi nervous.

Ala mak abah okay je, baru nak sambut menantu, mesti suka punya.

Hehe okay. Awek Jebat tersenyum lebar.

Sampai sudah, Jebat turun dari kereta. Menjerit bagi salam, sambil turunkan dua beg dari kerusi belakang. Abahnya tak sempat Jebat angkat beg lagi satu, sudah turun bawah.

Anak abah dah balik. Anak abah dah balik. Hahaha. Meh timang timang. Tak lama cover abah. Kah.

Jebat ketawa. Sambil buat gaya menimang diri sendiri. Hahaha bodoh. Baru kita tahu dari mana datang perangai Jebat.

Fast forward selepas makan, abah Jebat ajak berborak di beranda. Awek Jebat di biarkan di depan tivi, tengok cerita kungfu. Raya cina kemain cerita kungfu malam malam. Oh lupa nak cerita, Jebat power silat. Tapi itu cerita hari lain.

Abah suka dia.

Terima kasih bah.

Bila nak langsung.

Tak tahu lagi bah. Jebat baru kerja tak sampai setahun. Duit tak ada.

Jangan lama lama. Takut jadi apa apa.

Em. Tahu.

Sambil asap sigaret meresap ke udara, Jebat termenung hadap jelapang padi depan rumah. Fikir. Cincin dah beli, Gaji pertama lagi.



No comments: