Monday, March 25, 2013

Boss handsome


Okayy, pagi isnin yang paling gembira. Meeting di panggil untuk satu department aku. Semua sembilan orang internal auditors dipanggil untuk briefing.

Lapan cina. Seorang melayu. AKU.

Director berdiri di hadapan, senyum dengan gembira sebab dia dah dapat client baru. Ini petikan kata-katanya pagi tadi.

“Okay, so I just secure a job over in Beijing, and there are good news and bad news. The bad news is, we will have to go to Beijing in less than two weeks. Hence, all of your pending work must be done before we go there. *looking over at the manager* make sure all of them finish their work promptly.”

Kami angguk angguk. Tanda faham.

“The good news is, I am going to send ALL of you over to Beijing !!”

Semua orang dah nak melompat dari kerusi bergembira.

“Except for you, Shafa”

Boss pandang aku dengan pandangan simpati.

Pehhh peehhhh, nak nangis!! Tapi alasan boss aku terima. Satu, dia kata aku tak reti cakap cina. Dua, dia kata sana susah nak cari makanan halal.

Nangis weyy, nangisss. Belikan aku aiskrim berbatang-batang kerana sebatang sahaja tak cukup nak cover sedih aku. Waaaaaa ):

Terima kasih boss. Terima kasih.

“However, I’m going to compensate this by sending you to Indonesia in June.” Dia senyum.

Aku pun senyum. Tak jadi menangis. Tak perlu aiskrim.

Hehehehehehehhehehehehehehehehehehehehehehehe. Lebar senyuman aku.




Friday, March 22, 2013

Grand Prix F1 2013


Hari ini hari terakhir aku mengaudit sebuah hotel.

Hotel ini, dah seminggu pemandu Grand Prix F1 duduk menetap. Okay, aku tak batak dengan mereka walau handsome macam mana dan tinggi dan comel pun mereka. Aku tak gila pun tengok mereka sebab satu, aku tak kenal mereka siapa dan dua, aku tak minat pun F1.

Tapi hari ini aku audit bahagian sekuriti. Dan entah kenapa supervisor sekuriti sangat kabut hari ini. Aku pun tanya. Dia kata, dia baru halau seseorang keluar dari hotel kerana orang itu masuk dan pergi ke swimming pool untuk mengambil gambar dan autograph pemandu Grand Prix ni.

Okay. Macam aku kata tadi, aku tak batak dengan mereka walau handsome macam mana dan tinggi dan comel pun mereka. Aku tak gila pun tengok mereka sebab satu, aku tak kenal mereka siapa dan dua, aku tak minat pun F1.

Tapi aku tengok surveillance camera, dan baru aku tahu kenapa orang tu boleh naik gila.

Mereka. Sangat. Well build. Dan tough!

Hahahhaah ! Dosa mata hari ini.




Monday, March 18, 2013

Mungkin


Semalam kawan baik aku tanya.

Apa cerita kau sekarang?

Poket sihat?

Hati sihat?

Wahhh. Aku nak jawab je dengan mudah dan malas. Poket sihat, hati mesti sihat juga maa.

Tapi, siapa lah aku nak menafikan hati aku sendiri dan kawan baik aku tu. Dia, panties bra aku pun dia tahu. So, apa lagi aku boleh sorok. Aku pun jawab dengan jujur.

Hati sihat tapi dia semakin layu.

Aku dah jarang menulis. Dia ketawa. Katanya, mesti kau dah lama tak membaca kan. Heh. Kau memang hebat baca aku walaupun jauh berbatu.

Aku ketandusan idea. Dia ketawa. Katanya, mesti kau duduk terperuk kat rumah je kan. Hah. Kau memang celaka. Terlalu jujur dengan aku.

Hari ini, aku mula membaca kembali. Mula keluar dari rumah, berjalan mencari inspirasi. Mungkin, mungkin aku mula nampak cahaya gembira.

Tapi itulah. MUNGKIN.




Ps: terasa penulisan aku semakin kurang kualiti. Entah berapa kali aku padam dan taip satu perkataan.