Monday, April 15, 2013

bukan lagi anhedonia


Sekarang aku berseorangan. Solitari diri. Sesuatu yang aku perlukan setelah sekian lama.

Beberapa bulan yang lepas, aku mulakan perjalanan berdiri di dengan kaki sendiri. Tiada bantuan. Tiada sokongan. Tiada keluarga. Iya, komunikasi dengan manusia itu penting. Iya, keluarga itu penting. Aku tahu. Itu semua tahu. Sosiati bikin kita sebegini.

Iya, aku tahu mati tak tanam sendiri. Iya, aku tahu tanpa bantuan kita boleh mati.

Tapi sejauh mana kita perlukan bantuan? To what extend?

Orang yang tidak tahu kisah pasti akan spekulasi tinggi. Menghakimi tanpa mengenali. Orang yang tahu pula akan menasihati. Yang terasa akan geli hati.

Heh.

Selama ini aku fikir yang jika kita bersendirian tanpa sesiapa, ianya perkara yang paling menyedihkan. Pathetic. 

Sekarang aku sedar, perkara yang paling meyedihkan bukanlah perasaan sunyi apabila sendirian. Tetapi perasaan sunyi apabila orang yang sepatutnya dikatakan famili, menghakimi.

Dan sunyi yang bersendirian, adalah lebih menenangkan dari tempat yang ramai orang. Aku bukan lagi anhedonia. 

Mengarah ke euforia.




3 comments:

Adam Manson said...

Pagi tadi aku nampak kereta ada guna stiker Euphoria, tapi sayangnya, kau puntahu hp aku macam mana kan? Nak buktikan tak boleh. kahkahkah!

Pencari Allah said...

melody best. :) Sekelumit rasa keinginan itu dibatasi segalanya dengan menjadikan dugaan sebagai hakim kehidupan.

Shafa Eman said...

Adam : Haha, ya aku tahu. Phone kau sama phone aku.

Pencari Allah : Terima kasih.