Monday, March 18, 2013

Mungkin


Semalam kawan baik aku tanya.

Apa cerita kau sekarang?

Poket sihat?

Hati sihat?

Wahhh. Aku nak jawab je dengan mudah dan malas. Poket sihat, hati mesti sihat juga maa.

Tapi, siapa lah aku nak menafikan hati aku sendiri dan kawan baik aku tu. Dia, panties bra aku pun dia tahu. So, apa lagi aku boleh sorok. Aku pun jawab dengan jujur.

Hati sihat tapi dia semakin layu.

Aku dah jarang menulis. Dia ketawa. Katanya, mesti kau dah lama tak membaca kan. Heh. Kau memang hebat baca aku walaupun jauh berbatu.

Aku ketandusan idea. Dia ketawa. Katanya, mesti kau duduk terperuk kat rumah je kan. Hah. Kau memang celaka. Terlalu jujur dengan aku.

Hari ini, aku mula membaca kembali. Mula keluar dari rumah, berjalan mencari inspirasi. Mungkin, mungkin aku mula nampak cahaya gembira.

Tapi itulah. MUNGKIN.




Ps: terasa penulisan aku semakin kurang kualiti. Entah berapa kali aku padam dan taip satu perkataan.

5 comments:

Felly Sophia said...

Nasib baik tak biarkan blog bersawang. Nasib baik. ;p

ghost said...

dan sekarang kau pun dah mula menulis. tapi lebih bagus kalau perbanyakkan membaca terlebih dahulu sebelum menulis.

biarkan dia dengan hati layunya. bila kau sendiri buat tak tau, dia sendiri akan datang. :)

alifdalmim said...

hati yang layu perlu disirami dengan aktiviti bersama-kawan-kawan.

ahmad said...

setiap backspace dan delete tu ialah antara metode pembelajaran juga

cheers :)

Shafa Eman said...

Fel : Hahaha. Rindu I lettew.
Ghost : Aku lama tak membaca, menulis. Tak ada masa. Huhu. Hati aku layu, lembik.
Adam : Kawan jauhh. Puchongggg. Haha.
Aberun : Cheers ! :) Thanks.