Monday, March 25, 2013

Boss handsome


Okayy, pagi isnin yang paling gembira. Meeting di panggil untuk satu department aku. Semua sembilan orang internal auditors dipanggil untuk briefing.

Lapan cina. Seorang melayu. AKU.

Director berdiri di hadapan, senyum dengan gembira sebab dia dah dapat client baru. Ini petikan kata-katanya pagi tadi.

“Okay, so I just secure a job over in Beijing, and there are good news and bad news. The bad news is, we will have to go to Beijing in less than two weeks. Hence, all of your pending work must be done before we go there. *looking over at the manager* make sure all of them finish their work promptly.”

Kami angguk angguk. Tanda faham.

“The good news is, I am going to send ALL of you over to Beijing !!”

Semua orang dah nak melompat dari kerusi bergembira.

“Except for you, Shafa”

Boss pandang aku dengan pandangan simpati.

Pehhh peehhhh, nak nangis!! Tapi alasan boss aku terima. Satu, dia kata aku tak reti cakap cina. Dua, dia kata sana susah nak cari makanan halal.

Nangis weyy, nangisss. Belikan aku aiskrim berbatang-batang kerana sebatang sahaja tak cukup nak cover sedih aku. Waaaaaa ):

Terima kasih boss. Terima kasih.

“However, I’m going to compensate this by sending you to Indonesia in June.” Dia senyum.

Aku pun senyum. Tak jadi menangis. Tak perlu aiskrim.

Hehehehehehehhehehehehehehehehehehehehehehehe. Lebar senyuman aku.




2 comments:

ghost writer said...

wah, kata jogja bakal menyambutmu dengan sorga makanan. yang pelik, yang unik, yang ah, malas nak sambung lagi. sediakan june dalam journalmu, shafa. sedihmu akan lupus serta merta.

Shafa Eman said...

Sedihmu akan lupus serta merta. Aku suka dengar itu. Terima kasih ghost :)