Wednesday, February 20, 2013

RM 10


Nilai RM 10 berbeza untuk semua orang. 

Tadi aku nak pergi kerja, aku bukak purse dan aku sedar duit aku tinggal RM20 je. Untuk dua minggu. Aku baru mula kerja, jadi gaji tak dapat lagi. Dan aku fikir masak masak. Apa aku nak buat dengan duit aku untuk ianya bertahan selama dua minggu.

Lepas tu aku teringat. Dulu masa kecik kecik, RM 10 tu kau dah kaya dah. Biar aku buat check list apa yang kita boleh beli dengan RM 10, 15 tahun lepas.

1.       Tora
2.       Apollo
3.       Nasi lemak 50sen
4.       Air sirap sekolah 30sen
5.       Biskut murah kat pasar malam yang ada gula kat atas macam aiskrim tu
6.       Semua di atas kali 18

Aku tahu kadar inflasi yang buat nilai matawang kita meningkat, tapi aku tak rasa itu masalah kenapa sekarang RM10 nilainya kecik je pada mata aku.

Betul. Standard of living aku mengada-ngada.

Bukan aku tak boleh nak makan makanan murah-murah, dulu masa aku intern dekat KPMG (kantoi tempat internship) tempat makan aku semuanya offer makanan yang harga paling minimum adalah RM9.90 sebelum service tax.

Kenapa aku pergi ke tempat-tempat macam tu? Sebab aku gedik mengada. Atau peer pressure. Tapi basically, aku memang gedik.

Senior aku pernah cakap, gaji dorang majoritinya paling sikit RM3,000. Itu memang entry level punya gaji. Iyalah, aku baru intern dah allowance RM1,000. Kawan aku buat OT boleh dapat RM2,200. Mana tak menggila lifestyle dekat sana.

Tapi yang kelakar aku rasa, gaji dorang dah cecah RM4,000 pun boleh kata tak cukup. Tapi berdasarkan aku punya observation and frankly sebab aku pun buat benda yang sama, aku tahu duit tu semua pergi kat mana.

Pergi dekat kopi yang mahal. Breakfast yang panas. Parking berbumbung. Kereta ber-CC tinggi. Rumah yang luas.

Aku takde buat tu semua. Atleast not yet. Tapi itu antara reason kenapa aku taknak balik ke KPMG, sebab jujurnya aku takut aku akan terikut-ikut perangai diva mereka.

Sekarang, aku minum nescafe free dekat pantry office, beli nasi lemak pagi pagi sampai office dah sejuk, takde parking sebab naik bus. Rumah sedang-sedang je.

So, berbalik kepada nilai RM 10 tadi.

Kopi kat office aku = free.
Nasi lemak pagi-pagi = RM1
Makan tengah hari = RM5
Tambang pergi/balik kerja = RM 2
Kepuasan hati ada duit lebih nak beli buku = priceless.



Ps. Duit aku RM 20 tadi tu, aku terpaksa waive makan tengah hari lah gamaknya. Kah kah. Masuk gaji, aku Bill Gates sekejap.




4 comments:

Adam Manson said...

Dulu coki-coki sebatang 10 sen. Sekarang sebungkus 120 sen. Ada 6 batang je tak silap aku. 1 batang dah 20 sen.
Jajan sebungkus oun dah jadi 30 sen.
Dulu Rokok Pallmall 10 batang cuma 190 sen.
Sekarang dah 20 batang dah 870 sen. Bayangkan kalau 10 batang = 190 sen X 2 baru 380 sen.
870 - 380 = 490. RM 4.90 beza!

Shafa Eman said...

Hahaha, memang beza zaman dulu dengan sekarang.

si ngokngek said...

ada satu benda ja aku rasa

semua orang tgh gawat!

Shafa Eman said...

Hahaha. Aku gawat mula dari tengah bulan sampai akhir bulan.