Sunday, February 24, 2013

Bukan untuk orang bahagia


Pernah tak kau bayangkan kau di bangunan yang tinggi, dalam kes aku, KLCC. 

Pernah tak kau rasa nak berdiri, dan pandang bawah walaupun gayat macam mana kau masih memandang dan berkira-kira jarak dari atas hingga ke bawah.

Pernah tak kau berfikir jika kau terjun ke bawah apa yang akan jadi?

Selangkah ke depan dan kau terjun ke bawah. Dalam kes aku. KLCC.

Semasa aku mencapai tahap velositi yang tinggi ditarik daya gravity, aku perhatikan scenery sekeliling KLCC, pokok pokok renek, kolam air, kanak kanak berlari, orang dewasa camwhoring dan serta merta memuji ciptaan Ilahi.

Beberapa belas meter dari tanah tiba tiba aku berdoa bahawa mutasi akan terjadi secara miracle dan badan aku akan tumbuh kepak membawa aku terbang tinggi.

Tapi ini bukan cerita x-men maka kepala aku bertemu lantai konkrit dan bersepai menjadi makan besar untuk burung gagak.

Pernah tak kau terfikir macam ini?

Aku pernah. Malam tadi bukan pertama kali. Sudah berkali kali.


4 comments:

alifdalmim said...

aku tak fikir, memang ya; aku selalu mimpi terbang -- tanpa kepak. Selalu; kerap; berulang kali.
Sampaikan suatu tahap aku boleh request, "malam ni aku nak mimpi terbang." Nah! Terbang tinggi aku malam tu (dalam mimpi).

Shafa Eman said...

Bilanya nak datang mimpi yang best? haihhh.

si ngokngek said...

aku tak pernah fikir camtu,mimpi pun tak pernah.
tp selalu terfikir nak bawa aeroplane.itu pun kira terbang gak kan(secara moden)ihik

Shafa Eman said...

Amboi, terbang naik mesin. Haha.