Pernah tak kau bayangkan kau di bangunan yang tinggi, dalam
kes aku, KLCC.
Pernah tak kau rasa nak berdiri, dan pandang bawah walaupun
gayat macam mana kau masih memandang dan berkira-kira jarak dari atas hingga ke
bawah.
Pernah tak kau berfikir jika kau terjun ke bawah apa yang
akan jadi?
Selangkah ke depan dan kau terjun ke bawah. Dalam kes aku.
KLCC.
Semasa aku mencapai tahap velositi yang tinggi ditarik daya gravity,
aku perhatikan scenery sekeliling KLCC, pokok pokok renek, kolam air, kanak
kanak berlari, orang dewasa camwhoring dan serta merta memuji ciptaan Ilahi.
Beberapa belas meter dari tanah tiba tiba aku berdoa bahawa mutasi
akan terjadi secara miracle dan badan aku akan tumbuh kepak membawa aku terbang
tinggi.
Tapi ini bukan cerita x-men maka kepala aku bertemu lantai
konkrit dan bersepai menjadi makan besar untuk burung gagak.
Pernah tak kau terfikir macam ini?
Aku pernah. Malam tadi bukan pertama kali. Sudah berkali
kali.
4 comments:
aku tak fikir, memang ya; aku selalu mimpi terbang -- tanpa kepak. Selalu; kerap; berulang kali.
Sampaikan suatu tahap aku boleh request, "malam ni aku nak mimpi terbang." Nah! Terbang tinggi aku malam tu (dalam mimpi).
Bilanya nak datang mimpi yang best? haihhh.
aku tak pernah fikir camtu,mimpi pun tak pernah.
tp selalu terfikir nak bawa aeroplane.itu pun kira terbang gak kan(secara moden)ihik
Amboi, terbang naik mesin. Haha.
Post a Comment