Tuesday, January 22, 2013

graduasi dan kerja


Aku dah habis belajar dan kini bergelar sebagai seorang graduan. Aku akan skip ayat ayat klise seperti

‘akhirnya, tamat sudah 5 tahun perjuangan sebagai seorang pelajar, dan aku akan menempuhi dunia baru’

Atau

‘homaigod! Pasti aku akan rindu kawan kawan aku, goodbye uolls! I’m gonna mish you! Muacks.’

Aku terus pergi ke cerita yang aku nak cerita. Habis paper, aku dah terus start kerja. Baru angkat barang dari kampus ke rumah, penat macam haram. Nak kemas, memang terbaik. Nasib baik aku ada bibik, dia tolong aku gosok baju kemas semua. Ya, bibik tu diri aku sendiri. Shaddap.

Dan semalam, hari pertama aku bekerja. Malang dan sialnya, aku LAMBAT setengah jam. Iya, lambat gila. Ini semua gara gara aku tak tahu macam mana keadaan dekat office aku. Tempat baru, suasana baru dan bus macam haram.

Hari pertama kerja. Dan aku lambat! Menangis. Meh pujuk aku.

Aku sepatutnya terus ke tempat klien berdasarkan apa boss email pada aku, tapi sebab lambat maka senior pun dah blah. Ah, nangis lagi. Meh pujuk beli gula nano nano.

Disebabkan aku tak pergi klien, boss briefing sikit pasal kerja aku. Yang aku dapat konklusikan dari briefing boss bagi selama dua jam adalah
   
1. Boss comel.
2. Boss kelakar.
3. Tapi boss dah kawin.

Boss bagi buku untuk aku baca. Takyah hafal pun takpe dia kata. Takde periksa. Balik rumah, tak makan. Pengsan.

Dalam mimpi, aku nampak aku duduk di tempat boss tapi dengan office yang lagi cantik.

Yayy! Akhirnya tercapai cita cita aku ingin menjadi internal auditor. Okay! Aku dah berhenti nangis. Siapa yang beli gula nano nano untuk aku, kita share jela. 



6 comments:

gabanMorka said...

tahniah

Wadi AR said...

wahhhh, tahniah sayang. nanti kita jumpa tau <3

Shafa Eman said...

@gabanMorka thanks heee.

@Wadi AR hehe. okay !! Nanti kita jumpa yayy! <3

miradyana said...

dah lame tak singgah sini.hee.waa.dah dapat keja.congratsss XD

Shafa Eman said...

MIra :Hehehe,terima kasih :)

nasyrun nasyrun said...

selamat datang ke neraka haha