Gopalasanthiran a/l Manickam
Aku tak kenal dia siapa, dia tak kenal aku siapa. Tapi dia
buat aku ada faith in humanity. Semalam aku tunggu bus lepas balik dari kerja,
dan selalunya aku akan tunggu bus dua tiga dah lalu baru boleh naik.
Sebab apa?? Sebab penuh. Penuh tahu tak! Semua orang nak
naik bus. Semua orang balik rumah masa sama macam aku. Semua orang suka tiru
aku. Korang ni, cuba beli kereta. Supaya aku boleh naik bus.
Berbalik kepada cerita. Kenapa aku sebut nama
Gopalasanthiran a/l Manickam. Aku nak masa depan nanti, dia cari kerja lain dan
bakal majikan dia Google nama dia, bakal majikan dia baca blog aku ni dan bagi
dia kerja. Sebab, dia baik. BAIK GILA !!
Bus penuh, kau jangan harap lah bus driver nak berhenti
untuk kau. Kau siapa?? Manusia kerdil. Hanya seekor homosapian di tengah tengah
hutan batu. Kau tayang lah dada montok kau pun, belum tentu bus driver nak
berhenti. Okay, tu tipu. Dia mesti berhenti.
Tapi, En. Gopalasanthiran a/l Manickam ni, BERHENTI. Berhenti
untuk aku walaupun tudung aku menutup dada. Bukan aku sahaja, setiap bus stand
dia berhenti. Orang dalam bus dah maki maki dia.
Buat apa berhenti doo, dah penuh. Peluh.
Panas bro. Terus je, bodoh punya bus driver. Tamak.
Dudes ! Bus driver tak dapat apa apa. Dia makan gaji buta. Dia
nak tolong semua orang balik rumah. Sama macam kau nak balik rumah. Cuba kalau
kau yang kat luar tu, mesti kau maki bus tak berhenti. Bila kau dah kat dalam,
kau maki bus driver cakap jangan berhenti.
Bapak selfish! Celaka lu si pemaki. Apa lu nak? Selain memaki.
Cuba cerita.
Aku jujur mula mula terasa panas dalam bus. Sumpah. Dengan bau
rokok Surya campur pewangi one-drop-of-shit, siapa tahan. Tapi aku fikir juga, kalau
En. Gopalasanthiran tinggalkan aku je dekat bus stand awal-awal tadi, mungkin
aku akan sampai rumah dalam masa lapan belas jam menunggang kura-kura.
Aku saja tulis entri ini untuk bagi kredit kepada En.
Gopalasanthiran. Sebab mana lah tahu, dia nak cari kerja lain. Prospective employer
dia akan kata,
Wow, this man is a really good man. I should give him his
own bus. Or a tortoise.
Kejap lagi aku nak tulis surat dekat Rapid KL. Suruh dia
naik kan gaji En. Gopalasanthiran a/l Manickam dalam dua ratus ke. Tak dapat tak
apa, dapat bagus.
p/s En.Gopalasanthiran, kalau naik gaji, hulur hulur le. Kekekeke.
Hilang niat ikhlas.
2 comments:
Kem salam En. Gopalasanthiran a/l Manickam esok ye..hmm..
hana hani : kalau jumpa dia esok . haha .
Post a Comment