Thursday, March 29, 2012

This is something worth to be shared


Something we had that the new generation doesn't.
Real communication. Real friends. Real life.
Thanks Raihan Razali. .for this :D

Monday, March 26, 2012

Jangan terasa

Tatkala mereka kecil, kau biarkan
Diasuh dijaga, oleh orang suruhan
Tempat tinggal, pakaian dan makanan
Memang kau sediakan
Tapi manakah belai ehsan
Kau tunjukkan.

Remaja kini mereka memberontak
Sebenarnya mahukan perhatian, seorang anak
Kau melenting menampar menendang
Mereka menangis dahagakan kasih sayang
Pencapaian mereka kau pandang sebelah mata
Kesilapan mereka kau simpan sampai tua.

Kau gantikan kasih dengan harta
Dengan niat orang sekeliling tidak mengata
Mudah bagimu melepaskan tanggungjawab rohani
Membiarkan mereka tercari-cari
Dicuba peluk cium kau tak membalas
Benih sendiri mengharap belas.

Dewasa sudah berdikari sendiri
Mereka kini beranak beristeri
Kau kata anak tanggang lupa daratan
Lupakah kau bagaimana mereka diperlakukan
Jasa dibalas dengan wang ringgit
Tibalah masa kau menangis menjerit.

P.S. Peringatan kepada yang akan menjadi ibu bapa. Jangan abaikan anak-anak. Layan mereka dengan baik. Kelak di hari tua anda perlukan mereka pula.

Tuesday, March 20, 2012

Imaginasi

Tanpa imaginasi, dunia takkan berubah, manusia takkan maju dan binatang akan. .well, stay sebagai binatang.

Aku memang suka berimaginasi. Aku suka buat statement yang tak pernah lagi di dengari oleh orang. Or so it seems. Kebanyakan kawan-kawan aku akan kata tak pernah mereka dengar orang berfikiran macam aku. Aku tak tahu samada itu merupakan pujian ataupun sindiran. Mudah untuk orang kata aku ni pelik orangnya. Mudah juga untuk aku berkata pergi meninggallah kamu semua.


Tapi yang aku tak faham, kenapa orang sering katakan pada aku supaya berpijak di bumi nyata. Aku bukanlah berimaginasi sehingga tahap kronik sampai terjadinya lucid dream. Itu sungguh seram. Sumpah taknak buat. Aku juga tidak berimaginasi untuk memadukan suami aku kerana itu haram dalam Islam.

Aku cuma berimaginasi untuk menaik tarafkan pemikiran aku. Kematangan aku. Aku ingin berwawasan 2020. Memandang ke hadapan. Berfikiran jauh dan terbuka. Ye memang kadang-kadang aku harap aku dapat kahwin dengan Optimus Prime. Itu hanyalah angan-angan. Tapi sekarang yang aku ingin kisahkan ialah imaginasi yang boleh membawa kita pergi jauh.

(sebab tu aku suka tengok katun)

Korang tahu tak, KLCC tu tercipta masa Tun Dr Mahathir sedang tengok kad raya sambil berimaginasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul. Semua orang ketawa. Masa beliau mempropose untuk membuat kereta Proton semua gelak hentak-hentak kaki tepuk-tepuk lutut. Sekarang yang gelak tu jugak amek gambar depan KLCC bawak sedara-mara sekampung naik Proton sebab tak mampu beli Audi TT Coupe.

Korang tahu tak, masa Alexander Graham Bell nak cipta telefon, semua orang yang berpakaian cliché tahun 1800an seperti dalam televisyen tak percaya. Sekarang telefon tu nyawa semua orang. Kecuali yang tahun 1800an kerana mereka sudah mati. Tak perlu dah setiap kali nak contact kawan-kawan kita terpaksa nyalakan mancis dan beri isyarat asap.

Masa the Wright brothers nak cuba buat kapal terbang pakai kad manila, helang pun tersedak-sedak tengok. Sekarang kat fesbuk merata-rata kita tengok orang travel ke sana ke mari naik kapal terbang. Dah takde yang naik feri pergi Mekah nak buat umrah. Superman pun terpaksa retire sebab Lois Lane dah tak mintak tolong dia terbang ke Cameron Highland nak beli strawberry.

Masa Justin Bieber kata dia nak buat album lagi bagus dari The Beatles, ha yang ni memang nak kena bakar. Motif? Takde. Memang aku tak suka dia. Jangan di samakan The Beatles dengan si lahanat ni.

(even Albert Einstein setuju dengan aku)

Jadi kenapa bila aku kata aku nak bertanding dalam parlimen orang suruh aku buat lawatan sambil belajar je. Kenapa bila aku kata aku nak lawan badminton dengan Dato’ Lee Chong Wei orang belikan aku batu seremban bukannya raket. Kenapa bila aku kata aku nak belajar nano science sebab nak cipta virus yang boleh makan kelemumur orang kata guna Head and Shoulder je. Kenapa bila aku kata aku nak cipta pintu sesuka hati takde pulak yang tanya berapa harga pintu tu aku nak jual kat Tesco Puchong nanti. Kenapa?

Salah kah berimaginasi? Kerana bagi aku imaginasi akan membawa aku lebih jauh dari anda yang setakat duduk kat depan laptop dan membaca blog aku dan imagine anda semua segenius aku. Persetankan ini semua. Aku suka berimaginasi. Dan aku akan teruskan. Walau bagaimana remeh pun.

Sekian.

Cikgu sekolah

Entri kali ini khas aku tujukan untuk semua yang pernah dididik oleh cikgu, yang mendidik sebagai seorang cikgu, pernah bodek cikgu, pernah kena rotan dengan cikgu, yang bakal jadi cikgu, yang sayang cikgu, yang benci cikgu dan yang paling utama, CIKGU-CIKGU ku.

Aku ada macam-macam jenis cikgu. Ada yang garang gila baby. Ada yang baik sanggup bagi tidur dalam kelas. Ada yang sporting tolong kenenkan dengan abang senior form five. Ada yang suka buat lawak sampai pecah pundi kencing kita gelak. Ada yang pemurah selalu bagi gula-gula 5 sen sorang. Ada yang memanjang bawak rotan tapi tak pernah guna. Rindu.


 
Aku ingat lagi aku dan besfren aku kena baling duster sebab tergelak-gelak kat belakang. Apa yang kitorang gelak pun ntah. Yang aku ingat, English teacher aku kata ‘I’m not making any jokes here.’

Aku ingat lagi cikgu kimia aku yang suka merajuk sebab kitorang nakal. Kadang dia pegang marker lepas tu usik-usik hidung dia sampai ada misai. Teruk kitorang bantai gelak. Merajuk lagi.

Aku ingat lagi aku buat bising kat dalam kelas sampai cikgu add math aku menangis tak tahan terus keluar kelas. Aku kejar tapi dia buat bodoh je. Aku patah balik sebab nampak cikgu disiplin.

Aku ingat lagi ustazah aku marah sebab kitorang tukar baju untuk pendidikan jasmani dalam stor kelas. Dia kata kitorang buat parti liar dalam stor. Padahal kitorang buat lawak je.

Aku ingat lagi cikgu pendidikan jasmani baling bola kat kitorang sebab walaupun dah tukar baju, kitorang duduk kat tepi taknak main bola jaring sebab kasut baru kapur.


 
Aku ingat lagi cikgu bahasa melayu aku suruh kitorang buat ketuk ketampi 200 kali sebab kitorang main passing-passing rumusan buku sastera. Tak pergi rehat sebab tak tahan terketar-ketar kaki turun tangga.

Aku ingat lagi masa kelas sejarah cikgu baru bangun tidur mamai-mamai ajar kitorang then puas kitorang gelakkan kemamaian dia. Terus tersedar dia kena simbah air dengan pengetua.

Aku ingat lagi cikgu merangkap kaunselor yang suka buat kami budak Pembimbing Rakan Sebaya stress walaupun hanya kerja gunting kad manila. Tapi still lepak bilik kaunseling sebab nak ponteng kelas.

Memang benda-benda ni tak seronok masa sekolah dulu. Yelah, siapa suka kena marah kena rotan kena baling duster kena denda kena sepak terajang. Aku yakin korang semua mesti ada kisah macam aku jugak. Tak kira lah seronok ke perit ke pedih ke kelakar ke. Kan? Lepas tu, dah buat jahat, masa hari guru mula lah mintak maaf bagi hadiah. Tapi benda-benda ni yang buat kita ingat dan rindu kat cikgu-cikgu kita.


 
Cikgu tak layak disamakan dengan pepatah “bagai lilin membakar diri untuk menerangi orang lain” sebab bagi aku cikgu lebih dari lilin. Mereka adalah matahari. Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan

TERIMA KASIH CIKGU.

Kerana anda semua, aku kini sudah berjaya.

Friday, March 2, 2012

Takde tajuk khas

Ayat yang kita SELALU dengar masa ada kenduri kahwin
“Kau bila lagi?”


Ayat yang kita TAKNAK dengar masa ada pengebumian jenazah
“Kau bila lagi?”


The awkward moment when two exact phrases means different thing in different situation.


Think before you speak. Google before you tweet.

Sekian