Hari ini aku sangat bosan. Maka, aku pun buka facebook aku
dengan harapan ada orang orang yang menaikkan status yang boleh bikin aku
ketawa hentak hentak kaki tepuk tepuk lutut.
10 minit aku skrol ke bawah, tiada apa apa yang menarik.
Mana pergi klise jumaat yang sering di post kan oleh makwe
makwe islamic sementara pukul 12.30 sehingga 2.30 petang semua?
Mana pergi abam abam yang selalu post gambar mereka memakai
baju melayu dengan caption 'hanya ingin ke masjid untuk solat jumaat, tapi
pakai macam nak nikah' semua? yang kemudiannya dibalas oleh makwe makwe islamic
sementara tadi dengan komen 'macam ni lahh calon suami titeewww *wink wink'.
Mana pergi kakak kakak yang post kelegaan perut mereka
selepas makan durian crepe yang di war war kan bagai sedap gila nak mam, walhal
bila room mate aku beli, kami berdua hampir termuntah dan nyatanya sambal
tempoyak lagi menyelerakan?
Mana pergi pasangan bercinta yang suka mengabdikan diri
mereka 29jam sehari dengan menulis setiap bait bait cinta untuk santapan umum
dengan gaya yang paling tomeyy tomeeyy sekali?
Selepas seketika, baru aku sedar.
Aku dah unfriend mereka. Semua !
Ahhhh, kini aku tiada lagi unsur hiburan. Tiada lagi bahan
ketawa. Tiada lagi ceria di muka dengan selingan hembusan nafas heh bergabung dengan
senyuman sinikal.
Ahhh, maafkan aku wahai rakan rakan yang telah di unfriend
kan. Kerana baru sekarang aku sedar, tanpa anda semua, hidup aku kini tidak
lagi ceria.
4 comments:
untuk apa kita hidup? dan mati sia-sia adalah perkara paling bodoh
ah, aku komen apa entah
aku faham inti pati kau nak bagi lang, tapi tak tahu releven kepada entri ini. hehe.
salah satu faktor aku deaktif fb. haha. tapi jangan risau, aku akan bukak balik ye sayang. untuk kita bercanda kembali macam dulu
Entah bila dapat bercanda sama. Dah kau dengan fel bergumbira di twitter. Haha, pedih ulu hati aku guna twitter. Terbatas.
Post a Comment