Saturday, December 22, 2012

awek dan makwe




Awek.

Makwe.

Aku memang suka usha awek. Memang suka usha makwe.

Bukan.

Aku bukan lesbian. Walaupun aku pernah tersuka seorang pengkid.

Semalam aku duduk di stesen LRT Sri Rampai. Aku tidak pernah lagi jejak kaki ke (tak tahu uptown atau downtown) Gombak, jadi tempat ini memang sangat asing bagi aku. Aku sedang tunggu abang sedara menjemputku.

Sambil menunggu, aku niat nak habiskan buku Orhan Pamuk aku yang tak habis habis lagi, tapi entah kenapa, aku tak boleh stop usha awek makwe kat stesen LRT tu. Entah kenapa, aku asyik usha sahaja.

Aku yakin aku bukan lesbian, tapi ada sesuatu tentang awek makwe di kawasan sini yang bikin aku tak keruan, bikin aku tak lepas pandang. Lepas seorang, seorang lagi lalu. Haiihh.

Betul lah orang kata, jauh berjalan (jauh ke, Gombak dengan Puchong?) luas pemandangan.

Sekali lagi aku tertanya tanya, apa yang ada pada mereka yang bikin aku pandang tak berhenti?

Mungkinkah pakaian mereka yang bergaya?
Atau cara jalan dan postur mereka?
Atau keyakinan diri yang dipamerkan?

Tiba tiba aku rasa ada perlunya aku perhatikan diri sendiri. Selendang merah jambu, shirt purple, jaket denim, skirt labuh dan heels. Sekali pandang, memang hipster wannabe. Dengan novel di tangan, pen di jari, dan telinga di sumbat earphone, memang aku tak layak dibandingkan dengan mereka. Tak ada class.

Awek makwe itu semuanya berpakaian lagi dasyat dari aku. Mungkin dari kecil sudah biasa, atau mengikut peer pressure. Either way, aku cemburu dengan mereka. Cemburu.

Kerana mereka menutup aurat dengan sempurna.

Tiada mekap secalit pun, tudung labuh pin tepi, blouse longgar dan skirt comel yang labuh. Ada yang memakai sandal, malah ada yang memakai sneakers. Aku kagum. Mereka mampu bergaya sambil menutup aurat dengan sempurna.

Nak je aku berdiri, tegur sorang makwe dan berkata,

Tolong ajar aku tutup aurat dengan sempurna, please.

Tapi aku tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Kerana satu, aku ni pemalu. Dua, aku masih cintakan kasut tinggi dan gaya aku.

Haih tuhan, buka lah pintu hati aku. 



6 comments:

EDL said...

Aku pun suka tengok awek dan makwe.

Satu hari nanti aku nak duduk dekat situ, perhati macam kau.

Shafa Eman said...

Aku duduk sana dekat sejam jugak lah.

Terbayang perasaan yang aku tak pernah bayang sebelum ni.

Cik Pistachio said...

Kadang kadang aku pun ada rasa yg sama mcm kaw .

Sang Gabriel said...

..leaving our comfort zone is dencfjadkfcanrbfrajdrf. i feels you!

si ngokngek said...

even tho aku perempuan jugak tapi aku pun suka perati kaum aku.aku jeles tgk orang pakai baju kurung.

Shafa Eman said...

Yuzara : kau usha perempuan juga. hehe. Bagus.

Gaban : yeahhh, it's hard.

Ngok ngek : Kau taknak cuba? kau kan comel. Haha.