Tuesday, November 13, 2012

Dunia dan kopi

Dunia ini penuh dengan palat yang dipalit pada muka sendiri. Aku sedang merasa kepalatan yang bertubi tubi dilancarkan ke arah muka aku yang fragil ini. Ya, seronok rasanya menjadi punching bag dunia yang tidak adil.

Aku termenung menghadap Goodreads dengan harapan ada komentar yang menarik atas buku buku yang pernah aku baca. Tapi haram. 

Kemudian aku membuka fail di start menu komputer peribadiku. Aku klik pada video. Mencari cerita yang mampu bikin aku ketawa, bikin aku gembira. Sekali lagi. Haram.

Lantas aku membuka dokumen dan skrol ke bawah. Cari. Cari. Tu dia. The Notebook oleh Nicholas Spark dalam bentuk pdf. Ya, aku miskin. Itu sahaja yang aku mampu. Empat puluh minit ralit membaca dan kini mataku mengalirkan titisan air masin. Masin kerana mungkin petang tadi aku banyak makan asam. *nota kaki : aku tidak menangis membaca buku itu, tetapi mata aku pedih. Aku tidak jiwang.

Aku bangun, berdiri tegak dan menggeliat dengan senonohnya. Rakan sebilik aku hanya memerhati dengan wajah yang sayu. Tapi aku tak suka muka kau begitu. Maafkan aku kerana melempang kau. Rasa diriku seperti seorang yang lemah. Kalah. *baca : Loser.

Aku ke dapur, mengambil cerek elektrik dengan niat untuk bikin secangkir kopi hitam pekat. Sepekat malam. Sehitam hati. Aku tunggu air mendidih. Usai, aku mengambil air didih itu dan curah ke muka aku. Biar padan muka. Padan muka aku. Menangis tak henti henti. Aku curah kedua tanganku pula. Ambil sedikit dan letak di ubun ubun kepala. Kemudian, aku celur kedua kaki ku kedalam cerek itu. Puas.

Masuk ke bilik semula, aku mula menaip entri ini. Entri tiada maksud. Entri yang cuma menyatakan hidup aku yang aku rasa tidak adil. Hidup yang minta mula semula. Heh.

Tapi kalau dunia ini tidak adil kepada semua, bukankah ianya adil?

Cop, mana kopi aku tadi? Celaka. Air sudah habis. Kena jerang sekali lagi. Tengok, aku dah kata. Dunia tidak adil. 


Maafkan aku untuk entri kali ini. Ianya tiada seni. Tiada erti. Entri babi.


4 comments:

ghost writer said...

kau tetap berpeluang mulakan hidup kau macam kau ulang semula untuk buat kopi pekat. meski rasanya dah tak sama macam yang pertama, sekurang-kurangnya ia tetap kopi pekat.bukan kah hidup ini suatu pengulangan, bukan deja vu, tapi pengulangan atas apa yang kita fikirkan.

ko ada goodreads?

Wadi AR said...

rilek. aku ada neskepe dgn kopiko. aku pun ada tengok ko dari jauh

Shafa Eman said...

Ghost : Mungkin ini bukan tahun aku. Mungkin permulaan baru aku tahun depan. Tak apa, aku tunggu.

Ya, aku ada goodreads.

Shafa Eman said...

Wadi : Kuredeeeee. Haha, tengok aku dari jauh? Dari dalam bus?