Indah seindah ciptaan manusia
Di bina dengan emas dan permata
Gemerlapan bersinar terkena cahaya
Burung itu menyanyi gembira
Sepanjang masa berkicau mesra
Memuaskan hati sang tuan punya
Biar hati sendiri diam merana
Burung lain melihat cemburu
Cemburu dengan kemewahan begitu
Memikirkan bagaimana untuk berada
Di tempat pilihan pujangga
Makan bersuap tidak perlu dicari
Mandi berbilas air yang suci
Burung lain terbang melata
Mencari sangkar yang mungkin ada
6 comments:
ada je burung lain tak jeles tapi duduk diam je
burung yang diam tu burung yang reti bersyukur
Yang pasti, dua burung tu dalam dunia berbeza. Cuma perlu tahu macam mana nak corakkan kehidupan mereka.
sering kita dihidangkan dengan dua kisah yang terlalu kontra. takde yang ceritakan persamaan antara dua yang kontra itu.
apa kemewahan yang terpenjara itu suatu nikmat? mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kebebasan adalah kemewahan yang sebenar
Lang : mungkin ramai yang tak bersyukur dengan apa yang depa ada.
Post a Comment