Hujan yang membasahi batu ketiga dari matahari kini semakin
rancak berderap derap. Aku suka musim sebegini. Perjalanan pulang di dalam bas
berseorangan mampu buat aku lemah. Mampu menghilangkan ketenangan. Mampu bikin
aku berangan.
Ah, hujan. Berlatar belakangkan lagu emosional boleh
melekakan kita dari masa. Tiga jam perjalanan hanya terasa seperti tiga minit. Lagi
lagi pabila perasaan yang sedang berdebat antara akal dan hati. Apabila mereka
berdua, berkontradiksi.
Hujan. Aku suka musim sebegini. Kerana satu, ianya akan
membawa rahmat dari Allah dan setiap titisan yang gugur akan dibawa naik bersama
doa oleh malaikat.
Dua, kerana ianya boleh menyembunyikan kesedihan diri atas
palat yang menimpa.
Air hujan. Tempat yang sesuai untuk aku sorokkan air mata.
Selamat datang hujan November. Selamat datang emosi.
6 comments:
jangan emo. yg ikhlas wadi tak emo
kau jadikan semuanya satu.
Wadi : dengan kau, mana pernah nak emo kan.
Ghost : jadikan semuanya satu. kalau lah ianya semudah itu.
Moga untuk tahun-tahun akan datang, November kau akan bawa tawa riang. :)
Fel : aku aminkan doa kau fel. terima kasih.
Post a Comment