Saturday, November 24, 2012

aku ternampak kau





17 Sept 2015

Kaku aku berdiri di stesen KL sentral. Niat untuk berebut naik komuter tidak lagi ada.

Kau.

Aku nampak bayangan kau. Berdiri di situ, kau juga kaku. Terkedu. Sama seperti aku. Aku tonyoh biji mata untuk memastikan mataku bukan penipu besar. Sah. Mata aku jujur.

Kau pandang aku dengan separa senyuman. Satu sifat kau yang kau gemar lakukan pabila kau cuba sembunyikan kesedihan kau. Aku faham. Aku balas senyuman kau dengan senyuman paling tak cukup garam.

Tiga tahun lepas, kita berpisah. Aku ingat lagi saat itu. Saat yang kau dan aku redha. Terpisah kerana tentangan keluarga aku. Ya, klise drama melayu. Tapi itu realiti. Realiti antara kita, antara kau dan aku. Saat yang paling aku ingat walaupun aku ingin lupakan. Saat yang bikin aku menangis berbulan-bulan seorang diri. Saat aku kurus tiada selera makan. Mungkin ini sahaja yang aku suka, dapat jadi kurus sementara.

Tiga tahun lepas, kau dan aku mengucapkan selamat tinggal. Dengan janji untuk bergerak ke depan, usaha dan tawakal. Dengan janji untuk percaya pada takdir, pada jodoh.

Dua puluh saat lepas, kalau orang tanya pada aku tentang jodoh, mungkin aku akan ketawa sahaja dan kemudian tukar topik sebelum pulang ke rumah dan menangis semahu mahunya.

Sekarang, aku percaya. Jodoh itu ada.

Kau berjalan ke arahku. Hatiku berdebar-debar. Gemuruh. Perasaan yang serupa semasa aku cuba lompat dari jambatan. Bukan untuk bunuh diri, bungee jumping.

Dalam hati aku memaki maki. Kenapa lah banyak banyak hari, hari yang aku baru balik kerja dan keadaan tidak terurus dengan tudung senget dan berbaju kurung putih terkena sos sedikit di hujung lengan ini lah, hari aku dan kau bertemu kembali.

Hai.

Sapa kau. Ringkas. Namun cukup untuk bikin hatiku kencang. Adrenelin semakin rancak. Tangan menggelatar. Mukaku terasa panas. Bibir diketap. Tidak percaya, tetapi gembira.

Hai.

Aku balas.

Kau senyum dengan senyuman yang mampu bikin aku gila suatu masa dahulu dan masih lagi mampu kini. Aku balas dengan senyuman yang paling cuba menahan untuk menangis.

Kau secara tiba-tiba mengambil tanganku. Segala renjatan elektrik mengalir ke seluruh tubuhku. Sudah aku lupa sentuhan kau.

Terasa seperti masa berhenti seketika. Seperti homo sapien sekeliling berhenti bagai android dicabut bateri. Seperti angin dan udara diberhentikan pengalirannya. Seperti aidonggeevademm pada dunia. Seperti, pasangan bercinta.

Kau pandang aku, aku pandang kau. Kita sama sama senyum. Tanpa berkata apa apa dengan pandangan yang hanya beberapa saat. Aku dan kau menzahirkan kasih dan rindu yang disimpan lama.

Sebelum kita berdua lompat bersama di atas rel keretapi dan menjadi terkenal sebagai pasangan bodoh yang mati bunuh diri dilanggar komuter di stesen KL sentral.

Ya, manusia memang lakukan perkara bodoh untuk cinta. 



4 comments:

Wadi AR said...

cinta tak bodoh. orang yang bodoh. kakaka

Shafa Eman said...

Ya, manusia memang lakukan perkara bodoh untuk cinta.

Anonymous said...

bodohkan aku??????????

Shafa Eman said...

anonymous, aku tak tahu kau siapa. so tak berani nak cakap kau bodoh ke bijak. entah entah kau doktor, atau lawyer. aku tidak layak nak judge.