Semalam seekor pari pari datang ke bilik ku dan bertanya
kepadaku. Berapakah nilai yang kau akan letakkan jika aku ambil masa tidurmu?
Aku terkedu. Kerana pari pari itu seekor pari pari jantan
yang memakai spender ketat. Lantas aku menjawab dengan laju kerana malu.
Aku letakkan RM10,000 untuk setiap sejam yang kau ambil.
Pari pari itu menghentak meja tepi katilku dengan penuh
emosi. Haram jadah katanya. Mana aku mampu!
Lalu dia meniupkan angin kus kus ke mukaku dan aku terus
tidur dengan lena.
Sebab itulah sayangku, aku tak angkat call kau malam tadi.
6 comments:
Seekor naga datang ke dalam mimpiku, dan bertanya, "berapa kau boleh bayar aku untuk membalas dendam ke atas mush-musuhmu?" lalu aku berkata, "cukuplah aku hadiahkan kau lighter cricket sebagai tanda-kenang-kanangan" Lalu naga itu menceroboh ke dalam mimpi musuh-musuhku lalu membuta huru-hara dan menjadikan mimpi mereka sebagai mimpi ngeri. Keesokan harinya apabila aku ingin menghisap rokok sebab terasa nak berak, aku perasan lighter aku hilang. "Ketiak punya naga, aku ingat kau bergurau!" Jeritan yang kuat menyebabkan aku terkencit. hahaha. Ni gua boleh letak dapat BESI BISU ni. HOHO!
Hahahhaa. Letak lah nanti aku baca.
aku rasa blog ni macam gedung "pick up line" pun ada.
bagus.
Qiez : Kau macam dah melabel aku punya blog. Haha. Sebelum sebelum ni takde lah. Sebelum sebelum ni cerita depressing.
nasib baik cuma pari-pari yang datang dalam mimpi..
Post a Comment