Perempuan itu termenung. Menghadap bulan cuba memetik gitar.
Gitar pemberian lelaki. Gitar hari jadi. Cuba petik sekali lagi. Busuk
bunyinya. Ah, tensen. Dia letak tepi.
Perempuan itu keluarkan telefon bimbit. Cuba menghubungi si
lelaki. Voicemail. Cuba hubungi sekali lagi. Voicemail. Ah, tensen. Dia letak
tepi.
Diangkat kembali gitar, letak di paha. Chord C. Chord G.
Yang mudah mudah sahaja dia cuba. Baru sedap bunyi dipetik sekali lagi. Leka tak
sedar masa. Bulan yang terang tadi kini makin hilang dari pandangan. Gelap yang
kelam tadi kini makin kelabu.
Berjaya menukar chord. Jari semakin rancak. Perempuan itu
gembira.
‘saya dah berjaya tukar chord. Saya cuba lagi ya’
Text dihantar ke lelaki. Tak delivered. Tak apa. Perempuan itu
masuk. Tutup pintu. Hadap Tuhan.
Berdoa kesejahteraan lelaki.
Yang terpisah dua alam. Tak terpisah dari hati.
16 comments:
suweet!! :)
Sweet kalau dia hidup lagi.
tak perlu call pun dia masih leh dengar kau petik gitar.
Aku harap apa kau cakap tu betul :)
tiba tiba aku obsesi dengan tulisan kat blog ni. seronok membaca. menkiwainya.
Terimakasih. Kau baca lah sampai hafal. Lebih menarik dari baca buku DIIM.
dia sentiasa ada di sisimu mendengar kamu, shafa.
Ghost : Nak menangis aku dengar ayat tu.
dah tukar link blog. noted.
Jay : Link blog siapa? you or me?
I never tukar link blog.
Hampir juga air mata air mata jantan ini menitis. Nasib baik post in tak dihidangkan sekali dengan lagu You - Switchfoot.
Nanti aku tengok lagu tu kat youtube ye.
mine. muahahaha !
Dia tak ada di sisi. Tapi pasti, dia tinggal dalam hati.
hux i, naik tocinggg lah u..
teruskn petik gitar ye.
Fel : selamanya dalam hati.
Saddlone : sedang memetik. Haha. Terkial kial.
Post a Comment