Sunday, September 23, 2012

#18 Jam

Kalau aku dapat memutar kembali masa ke zaman lampau, aku akan kembali ke tarikh 16 Ogos 2011, tarikh perkenalan kita. Tarikh mulanya babak kisah kita. Tarikh aku jatuh cinta.
Entah kenapa, walaupun aku tidak pernah menatapi matamu, aku dapat rasakan renungan matamu menusuk terus kedalam hatiku. Dan entah kenapa juga, tanpa sebarang kata kau dapat menyakinkan aku dengan ketelusanmu.
Tahun yang paling bahagia untukku, tahun yang terisi dengan memori manis, tahun yang dipenuhi dengan kenangan indah antara kita.
Aku suka apabila kau sentiasa memegang tanganku. Tidak pernah lepas dari genggamanmu.
Aku suka apabila kau benarkan aku mengelus mukamu. Membenarkan aku merasai raut wajahmu. Kacak. Sungguh.
Aku suka apabila kau menasihatiku. Kau kata lihatlah dunia dengan cara yang berbeza. Jangan di lihat dengan mata tetapi tidak menggunakan hati untuk menilai. Rugi. Living life without living.
Kau hadiahkan aku jam tangan. Kau tahu bukan, yang aku tidak perlukan jam. Tetapi kau kata juga, ini satu-satunya pemberian yang boleh aku bawa kemana-mana. Kau kata nak beli emas, tak mampu. Berdekeh kau ketawa. Kata kau lagi, satu hari nanti aku akan mampu melihat jam itu, teringat akan semua memori antara kita dan tersenyum panjang. Aku tersenyum, hanya memakai jam tangan itu dengan setia.
Enam bulan aku kenal kau. Sepanjang itu kau layan aku dengan baik. Aku letak harapan yang tinggi dengan kau. Aku yakin yang kau adalah cinta pertama aku. Dengan harapan, cinta terakhir aku juga.
Tetapi kau penipu. Sepanjang kita berkenalan, kau tipu aku. Aku tak sangka kita akan berpisah sebegini rupa. Kau kata kau sayang aku. Kau kata kau tak akan tinggalkan aku.
Tidakku jangka, perkenalan sepanjang enam bulan ini hanyalah masa untuk kau merasai dunia setelah dua tahun menghidap penyakit leukemia.
Kini, aku berdiri di kalangan Jemaah. Mengiringi mu ke tempat bersemadi.  Aku berjalan bersama adikku, memakai cermin mata hitam dan jam tangan pemberian kau. Berjalan mengikuti ketukan perlahan bertongkat pengganti deria.
Kau tinggalkan aku tanpa aku sempat melihat wajahmu. Hanya jam tangan pemberianmu menjadi temanku. Meskipun aku tidak mampu untuk menentukan waktu.
Selamat tinggal sayang. InsyaAllah aku akan dapat menatap mukamu. Disana.  


8 comments:

ghost said...

ada tisu tak?

Shafa Eman said...

Sudah habis semasa termenung.

Anonymous said...

kak tia da leh buat novel arr.. siyes! buat ar satu terbitan. sure laku. haha..
-inchek hafiz-

p/s: pssstt sy lupa email blog xdpt nk login da. T_T

Shafa Eman said...

Haha, terima kasih!! InsyaAllah usahakan. AMIN!!! Hehe.

Nurfarahana A.Aziz said...

nice story *menangis*

ada bakat menulis !

Shafa Eman said...

Terima kasih awak. Idea keluar semasa berak.

Syura Bunga said...

untunglah idea keluar masa b****.
btw, nice lol!

Shafa Eman said...

Ahahha. Berak lah selalu.