Aku menghentak jam locengku.
Pening pagi-pagi dengar bunyi bising. Malam semalam selepas puas berjimba, aku
tertidur dengan nyenyak. Badanku masih lagi berbau arak dan kepalaku berat
berpusing dengan hang over.
Aku berpusing dan menghadap ke
kanan. Tanganku terasa kehangatan. Aku tersedar dari mamai dan seorang gadis
sedang tidur dengan lena. Bertelanjang. Aku mengangkat selimut dan memerhati
sesusuk tubuh yang ramping, punggung yang mungil, kaki yang panjang dan apabila
dia pusing, mencanak buah dada yang ranum membuatku tersenyum.
Aku bangun dari katil lantas
mencapai boxer di atas lantai. Selepas ke tandas untuk rutin harian, aku
mengejutkan gadis tersebut. Sambil menguap, dia tersenyum kepadaku dan
menyelimutkan badannya dan ke tandas juga. Bagai sudah biasa dengan kondisi
apartmenku.
“Hi Shaun. I see you make some
coffee. Have extra for me?” tegur gadis itu selepas keluar dari tandas. Pakaiannya
ketat berwarna putih menampakkan susuk tubuhnya yang menggiurkan. Aku menelan
air liur. Tipu jika aku katakan, darah lelaki aku tidak meruap ke anggota
kesayangan.
“Yeahh, I make a pot of coffee
but in case if you don’t like them, there’s some juice inside the fridge,”
Gadis itu tersenyum dan duduk
dihadapanku. Mencapai cawan dan menuang kopi panas. Sambil meniup cawan yang
berada di bibir mungilnya, aku tertarik untuk menanya soalan yang jarang
ditanya kepada one night stand.
“I’m sorry, usually I don’t ask
this question. But, what is your name?”
“I’m Kady. And I should leave now
since it’s morning already.” Dengan hanya menghirup sekali, dia mencapai tas
tangan namun terjatuh dari meja dan terburai segala isi di atas lantai.
Segera aku membantu mengutip
barangannya dan mataku tertancap pada sekeping kad berwarna biru.
Siti Khadijah Binti Husaini
“I know. I’m a muslim. But it’s
only in my identification card. What’s in a name right my dear,” Kady berkata
dengan tertawa mersik sebelum menghala ke arah pintu.
"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
No comments:
Post a Comment